~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

4 bulan punya N3

Sungguh aku dah menjadi seorang yang makin malas untuk update blog aku yang 1 ni. Hampir 4 bulan aku langsung tak ada masukkan apa-apa cerita dalam blog, habis jadi kejung kaku blog ni kan??? Adehhhhh.... wahai aura rajin datanglah engkau ke dalam badan ku. Hiiiii hiii hiiii....

Mana nak mulakan ni ye... okey aku mulakan dengan berita sepupu aku yang sakit dalam N3 terakhir aku pada 2 November 2012. Sepupuku itu telah pun kembali ke pangkuan Allah, arwah Mohammad Harith Darwisy bin Zainuddin telah pun meninggal dunia selepas beberapa hari aku tepek cerita pasalnya, sabtu lepas kite orang ada buat kenduri sempena 100 hari arwah pergi. Syurga baginya kerana meninggal diusia yang hanya beberapa hari itu. Al-Fatihah untuk Muhammad Harith Darwisy bin Zainuddin...

Masuk ke bulan 12, mmmm takde ke mana pun kami. Hanya menghabiskan percutian bersama keluarga ke Melaka dan di sana aku sambut ulang tahun kelahiran Mak aku yang ke 58 tahun. Kemudian balik dari Melaka bapa mentua sepupuku pula meninggal di Singapura. Maka dari Melaka terus ke Singapura untuk melawat orang yang telah kehilangan ahli keluarga tersayang. Percaturan Allah tiada siapa yang tahu kan.

2013... yeahhhh tahun baru, tiada apa yang menarik di awal tahun baru. Biasa-biasa aje... hingga tiba pada tarikh 18 Januari 2013 hari jumaat.. haaaa Piala Liga Super Malaysia, Johor DT vs ATM. Aku dan ahli keluarga yang lain pergi menyokong pasukan Johor DT ye.. dah nama pun orang Johor maka kenelah sokong Johor DT kan. Balik dari menonton bola sepak sampai kat uma dah pun pukul 12.30am pasal kite orang menyinggah isi perot dengan char kuey tiaw Jalan Rawa, Perling. Bile dah tengah malam maka tarikh ofkos berubahkan.. so 19 Januari 2013 adalah tarikh En. Hubby dilahirkan. Oleh kerana aku tak sempat nak membaking maka kek untuk En. Hubby adalah kek aiskrim, ini semua bola punye pasal. Tapi yehhhhhh aku telah celebrate En. Hubby dengan kek aiskrim di pagi hari.. 12.45am kot time tu... aahhahahaah sasauuuuu pepagi hari mencekik aiskrim laki bini.... and pepagi hari itu jugak aku telah menyusahkan hidup En. Hubby dengan menyuruh dia membuka hadiah yang telah aku sampul dengan berlapis-lapis kertas dan kotak. Hiu hiu hiuuuu... sangat best wooo kerana dapat membuli En. Hubby. Ohhh hadiah?? Aku just bagi En. Hubby powerbank jeee, kemudahan untuk En. Hubby mengecas hp nya ditempat keje. Pastu aku mintak En. Hubby balas hadiah besday aku ngan kuali Tefal yang siap ngan penutup.

Haaaa macam inilah yang aku mau...

Hihiiii.. amboiii sikit punye demand aku mintak hadiahkan, udahla mahai giler kuali tefal ni. Tunggu nanti kalau ada rezeki ke Langkawi, aku nak grab sebijik pasal ramai orang kata kat Langkawi Tefal murah. Dapat 1 ni jadilah pasal aku lebih suka memasak gunakan kuali, pastu baru transfer ke periuk cap buayak yang mak aku hadiahkan. Haaaaa tengok picca kat bawah tu ha... sederet tu lah periuk cap buayak Mak aku bagi hadiah kat aku. Aku sangat suke hokeyyyyy... Rege sederet aku tengok kat web yang aku cilok gambar ni 9pcs bersamaan dengan RM320. Kalau kat kedai area Johor ni lagi lebehhh mauuuu harganya. Syukurrr alhamdulillah pasal aku dapat free je. Memula aku dapat set kecik-kecik yang belah atas tu ha, Mak aku kirim dengan penyewa rumah makcik aku kat kg. Lepas tu yang belen 3 besar tu Mak aku kirim ngan makcik aku masa dia hantar anak dia ke Kedah tuh hari. Gile tak seronok dapat periuk free, ni semua gara-gara mak aku kesian tengok aku pakai periuk ala-ala tefal yang jual kat mydin tu ha. Calar sikit dah tak boleh pakai. Nyampahhhh tauu baru pakai 4 5 kali dah rosak. Sakit je hati aku tengok periuk yang dah calar tu, sudahnya aku buat pasu pokok cili je periuk tu. Hu hu....   

Inilah deretan periuk cap buayak yang Mak aku hadiahkan. Gambar cilok dari web  My Budget Shop


...The end
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.