~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Finally... Yeahhhh

Alhamdulillahhh... Syukurrr.....







Opsssss... masih belum bersalin lagi da.. hihihiiii.. tajuk finally tu pasal hari ni Cek Baby dah 39 minggu di dalam perot aku.

Okey... jika mengikut kiraan tinggal berapa hari je lagi untuk sampai tarikh aku bersalin. Mmmm bersalinkah aku time tu yeee??? Bersabarlah hati... teruskan penantian dengan penuh KESABARAN.


Copy paste from Baby Centre

Panjang bayi biasa adalah antara lebih kurang 51sm dari kepala ke jari kaki, dan beratnya lebih kurang 3.4kg semasa lahir. Namun begitu berat 2.5kg hingga 3.8kg adalah lingkungan yang sihat bagi bayi baru lahir. 

Cecair amnion anda, dahulunya jernih, sekarang berwarna pucat seakan susu akibat penanggalan verniks kaseosa bayi anda. Lapisan atas kulit juga menanggal apabila kulit baru timbul. 

Lazimnya, dalam program TV, sakit bersalin dan melahirkan selalunya bermula dengan pemecahan ketuban air – lazimnya berlaku di tengah bilik yang penuh dengan orang, dan kontraksi akan terus bermula. Jika anda bimbang yang senario ini akan berlaku kepada anda, hentikan sajalah. Ruptur membran berlaku bagi kurang dari 15 peratus kehamilan dan bila ia berlaku, kepala bayi bertindak sebagai penyumbat di pembukaan uterus. (Tetapi, jika anda berbaring, anda akan sedar ada cecair yang meleleh.) 

Anda seharusnya bertenang - kontraksi pertama hanya akan berlaku dalam beberapa jam lagi - dan hubungilah doktor anda dengan serta merta. Badan anda akan mengeluarkan lebih banyak lagi cecair amnion sehingga bayi dilahirkan, jadi penjaga-penjaga anda mungkin mencadangkan supaya anda duduk di rumah sehingga kontraksi bermula secara mantap atau mungkin mencadangkan pencetusan. 

Apa pula halnya jika minggu ini berlalu dan bayi masih belum muncul? Jangan panik - hanya 5 peratus bayi dilahirkan pada tarikh yang dijangkakan. Kebanyakan doktor akan menunggu dua minggu lagi sebelum memperakui yang kehamilan itu sudah terlewat. Rujuklah bagaimana menguruskan kehamilan yang terlewat. 

Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Laman-laman di bahagian ini bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.





Kawan-kawan tolong DOA kan untuk aku agar aku boleh bersalin normal serta segala urusan ketika aku hendak bersalin dan sesudah bersalin nanti dipermudahkan olehNYA, dan tolong DOA kan juga agar aku kuat dan bertenaga untuk mengharungi detik-detik bersalin dan sesudah bersalin serta DOA kan agar aku melahirkan bayi yang sihat serta sempurna.


Check-up 38 Minggu

Hari ni pegi check-up lagi. Cek minggu ke-38.. Hu hu hu... 38 yeee lagi 2 hari 39 minggu. Puan Misi tengok muka aku terus tanya, "Tak bersalin lagiiii?". hahahahaa... Puan Misi ni pun satu, dah aku ada tercongok depan mata dia plus dengan perot memboyot kompomlah aku tak bersalin lagi. Hok alohhhhhh... Puan Misi risau ke?? Kalau risau yang membawa Cek Baby ni lagi 10x risau ooooo.... Hari-hari tanya ngan Cek Baby, bila Cek Baby ibu ngan ayah ni nak kuar.

Tadi timbang berat badan, ok Puan Misi tengok.. amboiii naik 1kg yeeee dalam masa seminggu? Minggu lepas dah cantik dah naik 500gram je. Ini minggu boleh pulak naik sampai 1kg. Hoiiii... nasib baik kene dengan Puan Misi yang baik hati, kalau kene yang kaki bebel kompom dah kene ceramah di pagi hari. Ni mesti gara-gara aku makan banyak masa hari sabtu tuh hari. BerBBQ sangatkan... haaa melantak tak hengat dunia, hambekkk ko naik sampai 1kg, makan sedap. 

Tapi memang minggu lepas aku makan banyak, plus gastrik menyerang maka keje aku memang makan makan makan. Selagi belum tutup mata, memang makannnnn jela... Dah tutup mata terjaga dari tidur pun aku bangun makan biskut cecah dengan milo. So ini semua gastrik punya pasal, maka salahkan gastrik yang menyerang. Sekarang ni pun gastrik masih menyerang, tapi ampun sikitlah dari masa awal-awal preggy aku kene dulu. Dulu dengan mabuknya dengan takleh bau makanannya... sekarang gastrik tapi berselera makan. Makanan je yang non hadoo depan mata.. Hiiiii....

Yang lelain check-up semua ok... tekanan darah ok, hb tak amik minggu depan baru amik, air kencing ok, degupan jantung Cek Baby pun tiptop. Cuma bila cek kedudukan Cek Baby, masih belum masuk penuh. Alahaiii.. Cek Baby memang nak tunggu sampai 40 minggu ke sayang???

Tapi tak mengapa, ibu ngan ayah SABAR menanti selagi belum cukup 40 minggu atau terlebih-lebih hari. Kene usaha keras berjalan dengan lebih banyak ni. Mmmm nak berjalan ke mana yeee??? Ok... balik rumah kita exercise turun naik tangga plus buat jalan itik plus sental bilik air segala bagai. Alamat semakin berkilat bilik air aku. Hahahahaha...

Kawan-kawan tolong DOA kan untuk aku agar aku boleh bersalin normal serta segala urusan ketika aku hendak bersalin dan sesudah bersalin nanti dipermudahkan olehNYA, dan tolong DOA kan juga agar aku kuat dan bertenaga untuk mengharungi detik-detik bersalin dan sesusah bersalin nanti.

Terima kasih...





It's 38 Weeks

Alhamdulillah... hari ini genap Cek Baby dalam perut ibu 38 minggu. Syukurrr Alhamdulillahh... Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Actually ramai yang dah tak sabar nak jumpa dengan Cek Baby ibu ngan ayah ni. Hari-hari memasing bertanya ngan ibu bila Cek Baby ni nak keluar. 

Mmmm jawapannya manalah ada pada ibu ngan ayahkan... So just wait and see.. menanti dengan penuh kesabaran bilakah tiba masanya itu. Jeng jeng jenggggg... 

Hari ni bangun pagi kaki kanan aku sakittttt sangat nak bangun subuh tadi mintak tolong En. Hubby papah. Boleh dikatakan lately bangun pagi macam tu lah gamaknya. Sampai kat opis kaki kiri pulak sakit, maka jalan tertencut-tencut.

Terasa diri semakin tak larat nak pergi kerja. Tapi layankan jugak dan gagahkan jugak diri membawa kereta dan memanjat tangga setiap hari. Harap-harap aku dapat melahirkan Cek Baby dengan mudah nanti. InsyaAllahhh... kawan-kawan tolong doakan kemudahan serta keselamatan aku dan Cek Baby ye. 

Maafkan segala salah silap aku jika ada... kot laaa hari kaa lusa kaaa aku bersalin. Hiihihihihii.. InsyaAllahh segalanya aturan dari Allah.


37 weeks 6 days Preggy : About 17 days to go


Alhamdulillah... semua barang-barang untuk Cek Baby dah siap. Barang-barang yang nak di bawak ke hospital pun dah diletak dalam bonet starting 36 minggu tuh hari. Hiiiiii.. tu pun lepas kene bising ngan En. Hubby. En. Hubby yang bising tauuuu.. kalau dia tak bising sampai la ni aku tak letak lagi dalam bonet. Yelaaa letak awal-awal tengok sampai sekarang Cek Baby belum mau kuar, tu yang aku malas tu. Kesian barang-barang Cek Baby berpanas bersejuk dalam bonet kereta.

Lepas tu barang-barang lain Cek Baby, macam baju, tuala, barut, bedung, boxing segala bagai aku masuk dalam kotak plastik tu ha, semua dah siap basuh. Senang takdelah berhabuk nanti. Lagipun nampak lagi kemaskan, kalau nak bawak balik ke rumah aku semula nanti pun senang, terus hangkut je satu kotak tu ha, takde susah-susah nak mengemasnya. Set berpantang luaran dalaman pun semua dah dihantar balik kampung. Kalau nak tunggu time aku bersalin baru nak bawak balik kampung semua, kompom sesak kereta kebal aku tu. Hihihihi... 



37 Minggu 4 Hari @ 9 bulan 11 hari

9 bulan 10 hari dah terlepas ye... Maka tidaklah sama birthday Cek Baby ngan Nekdenya. Hihihi... Pasal birthday Nendenya semalam. Okey now ibu ngan ayah tau Cek Baby takmo share birthday ngan Nekdenya. No problem.. asalkan Cek Baby sihat dan masih belum terlepas due yang sepatutnya. Huhu....

Maka penantian WAJIB diteruskan dengan penuh keSABARan dan menDEBARkan. Uiskkkkk... Gerun?? Tak gerun tapi aku risauuu dan tertanya-tanya, BILAKAH??? 

Okeh... Pagi tadi macam biasa, semakin dekat hari ni maka seminggu sekali kene berjumpa dengan Puan Misi. Amik berat badan, tekanan darah, HB, cek dimanakah kedudukan kepala Cek Baby serta degupan jantung Cek Baby. Alhamdulillah.. hari ni semuanya TIP-TOP. 

Berat badan just naik 500gm, maka genap berat badan aku 60kg.. haaaaa hamekkkk kau. Berat hoiiiii badan aku. 60kg - 47kg, BERAPAKAH BEZANYA??? Dahulu dan sekarang, hihi... Nasib baikkk tak naik sampai 1kg, kalau tak kompom kene bising lagi. Huhuhuhu... Syukurrrrr....

Cek pulak tekanan darah, tekanan darah juga ok tidak tinggi tidak rendah, just nice u'olls. Syukurrrrr... Alhamdulillahh... 

Kemudian bila part nak cek HB ni plak... Jeng jeng jenggg... punye aku berdoa dari uma, dari semalam, hari-hari dari minggu lepas lagi supaya HB aku naik lagi dari keputusan minggu lepas. Puan Misi amik jarum, tekan-tekan jari dan zasssssss... Ok masuk darah dalam mesin... dupdapdupdap... tetibaaaaaa... Puan Misi kataaaa, TARAAAAAAAAA 11.2 HB awak...  Alhamdulillahhhhhhhhh syukurrr tak terhingga rasanya. HB dah OK, yeahhhhhhh... Tak sia-sia tahan tekak minum susu kambing hampir setiap hari, memang berkesan u'olls. TQ Encik Hubby kerana paksa minum susu kambing. 

Lepas tu masuk bilik baring untuk cek perut dan degupan jantung Cek Baby. Tekan punye tekan, tanya ngan Puan Misi.. dah masuk laluannya ke?? Puan Misi kata macam belum masuk. Uiskkk mau terbeliak biji mata aku. 37 minggu dah ni, ok mula risau. Puan Misi panggil sorang lagi Puan Misi yang lebih veteran aka terror. Tekan tekan... tengok muka aku dan muka Puan Misi yang sorang tu. "Dahhh masuklahhh... tapi baru masuk sikit, takde apalah ni. Ok ni...." Aku yang mendengarrr.. FUHHHHH LEGAAA rasaaa... Alhamdulillahhh syukurrrr...

Udah tu cek pulak degupan jantung Cek Baby... dupdapdupdapdupdapdupdapp... Puan Misi kata Alhamdulillahhhh sihatttt... Syukurrrrr...

Lepas tu, sesi soal jawab ngan Puan Misi... Puan Misi tanya tanda-tanda nak bersalin tu macam mana. Dah siap bersoal jawab... Yeahhhh boleh balik... Alhamdulillahhh syukurrr.. check-up hari ini dipermudahkan. 



36 Minggu... Ohhh 9 bulan Sudah

Teettt teetttt teett teetttttttttt....(bunyi sms dolu-dolu kala ;-D) menandakan ada sms yang diterima dalam hp aku. Ok laju-laju tengok siapakah gerangan penghantarnya. Wooo sms dari En Hubby rupanya. Klik baca terus senyum.. hihiiii...

"Alhamdulillah... dah 9 bulan zuriat kita di dalam perut sayang.. Cyg doakan sayang dan anak kita tu sihat dan panjang umur... Aminnn"

Ok itu yang ditulis oleh En. Hubby untuk aku, anak ibu & ayah... ini untuk tatapan awak bila dah besar nanti. Ayah awak hantar sms pada ibu masa awak 9 bulan dalam kandungan tauu.

Syukur Alhamdulillah... hari ini genap 9 bulan bersamaan dengan 36 minggu aku membawa anakku di dalam perut. Terasa semakin tak sabar menanti kelahiran Cek Baby. Takpe teruskan bersabar seperti bersabarnya aku menunggu 9 bulan ini tiba. Setiap hari menanti dengan penuh debaran.

Dalam pada berdebar tu, keadaan badan aku semakin hari semakin tak larat. Biasalah kata orang dah semakin dekat ni maka semakin macam-macam dugaan akan dialami. Hari-hari ada masanya terasa begitu malas hendak pergi berkerja. Alahaiiii... tapi digagahkan jugak diri membawa kereta menuju ke pejabat. Memandangkan tuntutan kerja yang menimbun di pejabat tidak mengizinkan aku bercuti sesuka hati, selain dari melaksanakan tanggungjawab dan amanat yang diberi. Alhamdulillah segalanya diselesaikan dengan segera tanpa ditangguh-tangguh. Risau kalau ditangguh tetiba terbersalin awal, menambah bebanan di kepala bos aku. Walau terpaksa menahan sakit dibawah punggong kanan kerana duduk lama dan kadang berdiri untuk hilangkan kesakitan dan dengan rentak duduk yang pelbagai cara, terkejar ke sana ke mari membuatkan kaki kiri aku pula krem menjadikan aku jalan tertencot-tencot, tapi depan orang cuba cover tu semua. Malu pula kalau orang kata sakit sikit mengada je lebih. Hadoiiiiii.... Kekadang termengah-mengah walaupun bukan berlari. Semuanya ditahan dengan kesabaran dan pertolongan dari NYA. 

Balik ke rumah, tugasan tidak habis di situ. Tuntutan tanggungjawab di rumah pula menanti. Selepas selesai mandi semua mulakan tugasan memasak untuk perut En. Hubby dan perut aku juga, sambil-sambil mengemas apa yang patut yang tak disenangi biji mata. Ohhh part ni memang setiap hari rasa macam nak phengsan kerana superduper kepenatan. En. Hubby menasihati kalau tak larat tak payah buat semua, tapi dah nama pun tanggungjawab... larat tak larat aku cuba usahakan buat mana yang aku mampu. Kalau dulu tengok mak boleh buat tu semua, kenapa tidak aku. Jadi jangan terlalu memanjakan diri. Yeee aku masih lagi memasak, aku masih lagi menyapu rumah, aku masih lagi mengemas rumah, aku masih lagi membasuh kain baju (yang ini mesin tolong basuh.. hihi), sidai baju, lipat baju, kemas kain baju, mop lantai uma atas dan bawah dan masih lagi mampu menyental 2 bilik air dan 1 tandas. Segalanya masih aku lakukan sendiri sehingga kini, cuma bila En. Hubby ada kelapangan dia akan membantu. Segalanya atas bantuan dari NYA kerana memberi aku kekuatan dan tenaga untuk melaksakan tanggungjawab yang diberi.

...dan aku sangat-sangat bersyukur kerana mempunyai suami yang sangat memahami. Selalu menghulurkan bantuan jika aku memerlukan, selalu mengurut badan aku yang mana kesakitan sebelum aku tidur. Alhamdulillahh... Ya Allahh... semoga kau kekalkan perkahwinan kami ini serta kebahagian dan kesihatan milik kami bersama hingga ke syurgaMu dengan kehadiran orang baru yang bakal aku lahirkan nanti dengan izinMu. InsyaAllahhh....






Minggu Ke-35

Alhamdulillah.. hari ni dah pun masuk ke minggu 35. Syukurrr Ya Allahh.. semoga Kau lancarkan perjalanan kami seterusnya. Juga semoga aku kuat untuk menanggung semua ini dengan hati yang sentiasa redho dan sabar.

Bila semakin dekat nak melahirkan ni, badan aku terasa semakin memberat, terasa semakin letih. Bukan tu aja... asal malam je aku semakin susah nak tidur. Pasal apa??? Kaki, tapak kaki, lutut dan belakang badan sakit-sakit. Macam malam tadi, wooo terasa sengsaranya nak mulakan tidur. Baring serba tak kena, kemudian aku bangun duduk termenung, amik nafas.. puss pass puss pass. En. Hubby yang rajin melayan tolong urutkan kaki ngan belakang badan, pakaikan stokin selimutkan kaki. Masalahnyaa bila dah selimut kaki tu PANAS lah pulak badan yang sedia ada panas ni haaaa. Tapi nak tak nak kene gak selimut kaki aku dengan selimut tebal supaya kurang sikit kesakitan di kaki ku itu. 

Perut pulak semakin kerap mengeras. Wooooohoooooo.... dan Cek Baby semakin aktif bergerak. Kadang-kadang nampak perut aku senget ke kiri kadang senget ke kanan. Kadang nampaklah sikunya ke lututnya ke membenjol dari perot aku. Subhannallahhh rasa teruja dengan ciptaan Allah, tak terkecuali juga En. Hubby bila masa dia tengok tu Cek Baby bergerak-gerak. Hihihi...




Picca dan nota di bawah dicopy paste dr BabyCenter


Berat bayi anda sekarang 2.4kg dan panjangnya ialah lebih kurang 45sm dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran.

Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan.

Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 11kg ke 13.6kg, dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar.

Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air - bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap.

Masih belum mendapat nama bayi? Cuba rujuk nama-nama bayi kami untuk mendapatkan idea-idea baru.

Doktor anda mungkin mahu berjumpa dengan anda setiap minggu sekarang sehingga anda melahirkan.

Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Laman-laman di bahagian ini bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Meronda ke Legoland

Tengok picca yang ado tu jela. Malas nak type panjang-panjang. Wahai Cek Baby... Ibu dan ayah telah bawak awak masuk ke dalam Legoland ketika umur awak di dalam perut ibu 34 minggu 3 hari. Hihihii....

Akibatnyaaa... Kaki dan badan ku sakit-sakit semua kerana telah menjelajah Legoland yang seluas 30.4 hektar. Nasib baiklah tak pengsan or terberanak dalam Legoland tu. Huhuhuhu... Namun apa yang penting, En. Hubby gembira pada hari kejadian. Wahhhh puas hati yeee dapat meronda dan main game dalam Legoland tu. Alhamdulillahhhh.....


Silalah tengok sapa lagi besar, aku ke Mr. Ribenaberi ni... ahahhaha...

Baru aku perasan yang perut aku besarrrrr... huhuhu sungguh aku tak percaya perut aku sebesar ini

En. Hubby yang terlebih xcited, berjaya mengangkat bebanan badan sendiri sebanyak 6 kali dalam masa 90 saat. Terrer kaaaaa??? 
Take a look, perot sape lagi besar? Hahahahaa.. Sudah tentu perut itu Mr. Dragon lagi besarkan!!!

1st time naik gayat katanya... Eh cuba kali ke-2 then rasa seronok and for the 3rd time inilah jadinyaaa... xcited terlebihhhh.. ahahahaha...

Sebagai kenangan ke-2 masuk ke Legoland, we all beli 1 FM getah yang berharga RM6 jee pasal barang-barang Legoland tengah offer skang ni dengan sebiji mug Legoland. Cukuplah beli tu je... lain kali boleh beli lagi. Hihihihiii....


Check-up Minggu Ke-34

Isnin-11 November 2013, kene pegi check-up kat Klinik Desa Kampung Pulai. Since dari minggu ke 28 dah start kene buat check-up 2 minggu sekali. Macam biasalah timbang, cek air kencing, amik tekanan darah, amik darah untuk cek HB, cek denyutan jantung Cek Baby dan kedudukan kepala Cek Baby.

Bermula dengan timbang... Alhamdulillah dalam masa 2 minggu just naik 0.5gram je, kalau tak 2 kali minggu sebelum sebelum ni naiknya mak oiiiiii 2kg pastu 2.5kg. Sampai kat buku nurse tulis dengan pen kaler MERAH hokey. Hagak-hagakkk naiknyaaaa, tapi betulla tu... kalau dah perut aku asyik lapar and makan tak berenti macam manalah badan tak naik sampai macam tu sekali. Hahahahaaa....Maka jangan nak salahkan misi... So sekarang berat badan terkini aku ialah 58kg... Mmmm berat Cek Baby?? Aku belum pegi check-up kat Hospital Columbia Asia lagi la, rasa-rasanya next week kot baru pergi.

Lepas timbang cek air kencing pulak. Air kencing ok, bersih. Pastu amik tekanan darah... Tekanan darah 90/60, nurse diam je maka kira ok la tu. Hihihihii.. Pastu amik darah untuk cek HB. Sekali cucuk darah kuar sikit je, malu-malu nak kuar darah aku ni ha... nak kata pekat tak jugakkkk, tapi ditekan-tekan tak nak jugak keluar. Cucuk plak kat jari lain haaa barulah ok, ditekan-tekan keluar dengan lajunya. Pastu terus nurse amik darah and bubuh kat mesin kiraan. Sekali tengok haa hamek kau mesin mencatat 10.6.. Hoiiiiii apsal turun balik ni. Maka MERAH lah lagi hasil tuaian HB aku minggu ni. Hok allohhhhh...

Pastu macam biasalah nurse pesan suruh makan sayur hijau banyak-banyak, suruh minum susu 2 hari sekali pagi ngan malam, kene makan makanan yang mengandungi zat besi. Kene kurangkan minum kopi dan teh. Mmmmm part kene kurangkan kopi ngan teh, memang aku dah kurang minum pun dalam sebulan adalah agaknya 2 3 kali, dalam kuantiti yang sangat sedikit, tu pun bila dah masuk trimester ke-3 ni ha baru terasa-rasa tekak ni nak minum tanpa dapat dikawal-kawal tekaknya. Masa awal-awal preggy lagi aku tak teguk teh ngan kopi tu. Cuma sekarang ni bila dah masuk trimester ke-3 tekak aku ni macam asyik nak minum kopi ngan teh jeee... Puas gaklah aku kawal keinginan aku tu. Kebiasaannya memang aku jamah je air tu. Cuma pagi sebelum check-up bijaknya aku, aku boleh minum nescafe.. Huhuhu tapi takdelah banyak mana pun, bak kata orang tua jamah-jamah jeee...itu pun saki baki En. Hubby tak habis minum dan hari sebelumnya pun aku menjamah teh susu yang aku buatkan untuk En. Hubby. 

Lepas tu cek denyutan jantung Cek Baby pulak, ok part ni Alhamdulillah memang tak penah ada masalah. Tiptop sentiasa dan kedudukan kepala Cek Baby pun dah kat bawah, syukurrr alhamdulillah. So tunggu check minggu ke 36 pulak. Moga-moga naik baliklahhhhhh HB aku. 

Persiapan Cek Baby

Alhamdulillah semua dah lengkap kot... kot la ye... mari buat checklist baru nampak apa yang dah tersedia dan apa yang belum. Aku ni kadang pelupanya boleh tahan juga. Huhuhu...


Barang-barang Cek Baby
Baju/ seluar panjang -  done
Baju/ seluar pendek - done
Sarung kaki/ tangan - done
Barut - done
Kain bedung - done
Lampin - done
Topi - done
Tuala mandi - done
Tuala muka - done3
Tisu lembap - done
Minyak telon - done
Pampers - done
Set mandian - done (sabun mandi, losyen badan dan minyak.. bedak aku tak beli pasal tak elok untuk cek baby)
Sikat & berus rambut - done
Sepit kuku - done
Nasal aspirator (utk selsema) - done
Kapas muka - done
Putik kapas - done
Botol - done
Berus botol - done
Pencuci botol - done
Pelapik untuk tukar pampers - done (sepupu bagi)
Set tilam - done (makcik aku hadiahkan)
Katil cek baby - done (katil baby turun temurun dari sepupu aku)
Besen mandi - done (sepupu aku bagi)
Stroller - done (beli 2nd hand ngan kawan je)
Sabun baju - done


Barang untuk Ibu
Nursing pillow - done
Nursing bra - done
Nursing cover - done
Nipple shield - done
Disposable panty liner - done
Maternity pad - done
Pad biasa - done
Disposable breast pad - done
Breast Pump - done
Set berpantang luaran- done (aku beli brand Tanamera punya)
Set berpantang dalaman - done (brand Shaklee, since ngandung memang dah start makan produk shaklee)


Barang Cek Baby untuk ke Hospital
Set baju - 2 set
Sarung tangan/kaki - 2 pasang
Kain bedung - 1
Topi - 1
Pampers - 6 pics


Barang dalam Labour Room
Baju/seluar - 1 set
Sarung tangan/ kaki - 1 set
Barut - 1 helai
Kain Bedung - 1 helai
Tuala mandi - 1 helai
Pampers - 1
Kurma
Air zam-zam
Air selusuh


Barang Ibu untuk ke Hospital
Baju sejuk - 1 helai
Baju - 2 helai
Kain batik - 2 helai
Tudung - 1 helai
Stokin - 2 pasang
Tuala mandi - 1 helai
Tuala muka - 1 helai
Nursing bra - 2 helai
Disposable panties - 10 helai
Maternity/Heavy Night Pad - 6 pax
Set mandian
Bakul - (pinggan/cawan/sudu/garfu/tarmos/milo/roti/air zam-zam/madu/kurma)


Barang yang Belum Ada
Bottle/bag storage milk
Ice pack
Cooler bag
Krim ruam lampin
Bottle warmer
Dryer rack
Car seat
Kipas untuk stroller

Hah tu jela kot... len kali kalau teringat akan diupdate.

Minggu ke-34

Alhamdulillah.. hari ni dah masuk ke minggu ke-34. Syukur kepada Mu Ya Allah atas anugerah Mu ini. Apa jadi  pada aku bila masuk minggu ke-34 ni. Ooooo semakin hari kaki aku terasa semakin berat untuk melangkah. Terasa macam tak larat nak bawak badan pergi kerja, tak larat jugak nak drive kereta sesorang diri. Nasib baik rumah dan tempat kerja dekat je. Tak larat juga nak melasak buat kerja-kerja rumah seperti biasa, memang segalanya terbatas. 

Dari kandungan aku masuk minggu ke-32 lagi En. Hubby dah mula risau. Risau aku bawak kereta sesorang, siap minta aku tumpang kawan-kawan pergi kerja. Ohhh no... tumpang tu memang boleh, tapi nanti susahlah. Kawan-kawan seopis kebanyakannya berlainan jalan kalau ada pun sorang dua je, tu pun nanti lain fasanya dan lain persimpangannya. Lain dia orang balik kerja lambat, aku??? Ohhhh memang tak la nak balik kerja lambat, cukup time 5.30pm aku punch card. Masa tak mengandung pun aku tak suka stay back ini kan lagi time aku mengandung. Maka dengan itu, larat tak larat gagahkan jugalah diri tu memandu sendiri.  

Bila dah balik kerja, kalau dah dekat rumah paham-paham ajelah. Ada je kerja-kerja rumah yang sedia menanti. Namun macam aku cakap, segalanya terbatas. Rutin harian memasak untuk bekalan En. Hubby dan diri sendiri untuk hari esok. Kalau ikut penat badan memang tak larat. Tapi macam aku cakap, gagahkan juga untuk buat tu semua, buat pelan-pelan walau kadang terasa nak phengsan. Memang macam ni ke?? Ke aku je yang beralahan macam ni. Kalau tak kesian En. Hubby tak berbekal, bukan dia tak nak makan kat kantin tapi En. Hubby aku ni perutnya agak sensitif tersilap makan sikit cheri de' beri la pulak nanti. Nanti aku dalam pantang tak tahulah macam mana ye...

Kerja-kerja kat opis semakin bertambah semenjak geng opis cuti bersalin, maka semakin penatlah aku pasal terkejar-kejar buat kerja, naik semput kekadang. Punggong pun semakin sakit, tapi belah kanan je pulak tu yang selalu sakit. Nak duduk tempat empuk je, tu pun kekadang sengal jugak. Time tidur, masa permulaan nak tidur jelah payah sikit pasal nak cari tune tidur yang selesa. Lepas dah tidur tu... haaa tak hengat hape dah. Kalau terjaga pun hanya sekadar untuk buang air je, lepas tu sambung balik tidur.

Ooo mau cite pasal makcik cleaner kat opis aku ni ha, dari kandungan aku 32 minggu sebok cakap tak lama lagi aku akan bersalin pasal dia tengok perut aku dah ke bawah. Ayat yang selalu keluar dari mulut dia... "Ko ni dah dekat bersalin ni Lia... lagi 2 minggu bersalinlah kau". Hok allohhhh makcik... boleh dikatakan tulah ayat hari-hari yang akan aku dengar keluar dari mulut dia. Sampai la ni malas nak layan dah. Senyum dan layan jela, nama pun orang tua. Penah makcik cleaner tu emosi ngan aku pasal kes dia cakap aku akan bersalin awal ni. Lawak plak rasa bile pikir-pikir balik pasal makcik tu teremo ngan aku. Hahahahaha... Memang perut aku style gini kot, dari masa 2 bulan lagi... inilah style perut aku. Sepatah kata makcik tukang urut anak aku ni memang suka duduk menyelit kat bawah, kalau naik pun kejap-kejap je. Pastu mak kawan aku pun cakap memang ada jenis perut ke bawah macam aku ni ha, nurse lagi tau yang bercakap. So apa nak diherankan sangat, yang penting Cek Baby sihat yeee.

Mmmm ok lah... meh kite tengok perkembangan fetus masa 34 minggu ni. Copy paste dari web babycenter je... 



Copy & paste from Babycenter

Berat bayi anda sekarang 2.2kg dan panjangnya ialah lebih kurang 45sm dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya. 

Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35 minggu kehamilan, pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi. 

Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang. 

Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semut dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. Jika anda merasakan betul-betul tidak selesa, beritahu doktor anda dan rujuklah tip-tip membantu diri kami. 

Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Laman-laman di bahagian ini bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.







Weeks-33

Ok sudah masuk minggu ke-33. So ada lagi 7 minggulah gamaknye yeee... Huhuhu.. progress Cek Baby di dalam perut, alhamdulillahh sihat dan ligat bergerak. Walau pun kekadang terasa sakit tapi aku suka kerana itu menunjukkan Cek Baby sihat walafiat, Alhamdulillahhh...

Kepala Cek Baby pun dah berada di  bawah, masa check-up kat klinik desa senin lepas nurse cek and cakap kepala baby dah berada di bawah. Terasa kadang-kadang kepala Cek Baby menekan, bila keadaan tu berlaku memang terasa ngiluuuu. 

Ulu hati aku pulak selalu terasa penuh dan terasa macam ada benda menolak ke atas. Ooo yang ni macam sengsara sikit, sikit jela. Pasal bila berlakunya macam ni, aku macam kene gastrik plus nafas aku jadi pendek buatkan aku sangat tak selesa.

Tidur... mmmm permulaan nak tidur tu memang agak payah sikit pasal nak mencari posisi yang selesa. Kiri tak kene kanan tak kene telentang lagi tak kene, meniarap pulak??? ha ha boleh ke dengan perut dah besar gini. Memang tak lah kan....Hihihihi

Bila dah tertidur tu kebiasaannya aku akan terjaga pada pukul 2 3 pagi. Terjaga jelaa takdelah lepas tu tak boleh tidur, bangun pegi ke toilet melepaskan hajat lepas tu sambung tidur balik. Hahahaha.. Alhamdulillahhh 

No Paraben, No Sulphates Toiletries Set the series - PIGEON ka???

Hamekkk ko.. sikit punya panjang tajuk N3 kali ni. Hihihi takpe sesekali nak jugak tajuk panjang berjela. Mmmm so mummy to be... lagi-lagi yang nak dapat 1st baby macam aku ni ha. Apakah produk mandian yang akan korang gunakan untuk si baby korang???

Untuk aku.. memang memeningkan kepalalah nak mencari produk yang takde paraben takde sulphates bagai. Setiap kali pergi shopping complex habis aku belek satu-satu produk mandian baby yang ada kat situ. Fiffy, Carry Junior, Pureen, Baby Kiko, Johnson & Johnson, Tenderly, Tollyjoy pendek kata semua brand aku belek. Ada yang part syampoo takde paraben ok setuju untuk amik produk tu tapi bile belek kat losyen or mandian ada pulak parabennya. Kansel la pulak and cari lagi. Korang bayangkanlah berapa lama aku amik masa untuk decide part toiletries si baby ni. 

Sampai En. Hubby cakap... "Alaaa semua sama jeee... mana ada yang takde paraben and sulphates tu, mesti ada je". Ehhhh aku yang tak nak mengalah ni pun cakap, "Takpe kita cari pelan-pelan". Satu hari mesti jumpa punya, kalau nak ikutkan ada je produk yang takde tu semua. Cari yang organik kompom semua benda-benda macam tu takde. Tapi organik ni mahal sikitlah, nama pun organik. So Misi mencari diteruskan sampailah aku jumpa Set Pigeon Sakura Toiletries kat UO Angsana, dari yang aku tengok memang no paraben and no sulphates. Tapi masih ada masalah lagi, masalah apa??? Masalahnya dikalangan family aku memang takde sorang pun yang pernah gunakan produk Pigeon ni. So aku tak tahu tahap kebagusan produk ni. Harga?? Memang mahal sikitlah dari brand yang lain, tapi dah kata nak anak bebas dari segala bahan tu kan, so apa salahnya. Lagi pun bukannya setiap minggu ko kene beli set tu pun. Paling-paling mesti sebulan sekali.

Bila ada kelapangan kat opis, aku try search kat internet. Kalau ikut dari blogger-blogger memang kata set ni bagus, belum ada lagilah yang aku jumpa kata set ni tak bagus. Apa pun kite tengok dulu yeeee....

Pastu selain set mandian ni, Pigeon baru-baru ni aku tengok ada pulak buat promo, promo boleh trade-in botol lama. Wahhhhh lagi lagiii la macam best je kan. Ini macam kalau selalu Pigeon buat promo macam ni, memang aku guna botol brand Pigeon je la lepas ni. Kannnn... memang pandai Pigeon tarik pelanggan.


Benefits yang ada dalam PIGEON Sakura Baby Toiletries sets ni:-

  • Enriched with natural SAKURA extract to nourish and soothe sensitive skin
  • Proven safe for baby's sensitive skin
  • Hypoallergenic
  • Paraben-free
  • Sulphates-free
  • Free from colouring agents
  • Tear-free
  • pH balanced
  • Mild & Gentle
dan mengikut pembacaan aku dari blogger-blogger yang dah pakai set Pigeon ni, set ni memang bagus untuk si baby yang berkulit sensetif. So misal kata kulit anak aku nanti jenis sensitif memang takde masalahlah kalau pakai set ni. Maka dengan itu takdelah datangnya perkataan membazir... Bukan apa.. kita ni tak tahu jenis kulit si baby macam mana kan. Kang main belasah beli set mandian yang sebarang sekali dibuatnya alergik pulak tak ke dah membazir namanya. So untuk mengelakkan pembaziran berlaku adalah lebih baik beli yang betul-betul bagus punya. Bukanlah aku nak kondem brand lain, tidakkk.. tapi mencari yang bagus untuk si baby itu kan lebih baik sebelum terjadinya apa-apa.

So if korang rasa nak membelek dan membaca lagi pasal Pigeon ni bolehlah layari laman web rasminya kat sini... PIGEON

It's 32 Week

Okeyyy sudah 32 minggu 4 hari ni, so ada lagi 54 hari saja lagi nak jumpa ngan Cek Baby. Yihuuuu.. harap-harap segalanya dipermudahkan nanti dan semoga kami sentiasa dilindungi oleh yang Maha Esa. Alhamdulillahhh selama preggy ni aku berjaya untuk mengharungi dugaan yang diberikan oleh Allah, terima kasih En. Hubby yang sentiasa rajin melayan kerenah si isterinya ni. Hihiii.... and hopes it will continued until the day. InsyaAllahh...

Rakan seperjuangan dan yang seopis pun dah selamat melahirkan, seawal 2 minggu. Aku masih menghitung hari dan waktu itu. InsyaAllah semoga semuanya berjalan dengan lancar. 

Perihal barang kelengkapan Cek Baby, alhamdulillah hampir sempurna semuanya. Cuma masih adalah 2 3 barang yang belum disediakan. Beg untuk ke hospital pun dah dipack. Tinggal masuk barang-barang yang belum ada je. InsyaAllah akan cuba sedaya upaya lengkapkan secepat yang mungkin. Tadi pegi check-up pun misi cakap dah boleh masuk beg dalam bonet dah, standby jee kot apa-apa kan. Timbang berat badan... jeng jeng jenggggg... berat aku kini 57.5kg yehhhh... Hamekkk kau penangan kuat makan, kejap-kejap lapar kejap-kejap makan. Dalam masa 2 minggu berat badan aku naik 2.5kg. Ok misi tulis dengan pen kaler MERAH. Hahahahaaa... takpe baru 2.5kg kan.... So total berat badan naik before aku preggy ialah lebih kurang 10kg.

Kite tunggu pulak berat badan lagi 2 minggu, 11/11/2013 kene pegi check-up lagi. Yelahhh dah masuk 8 bulan ni check-up kene 2 minggu sekali. Nanti dah 9 bulan seminggu sekali pulak. Will see... Jangan misi nak suruh aku minum air gula lagi hudah... tobat nasuha aku kene minum air gula sebanyak 3 kali. 1st time minum masa preggy 3 bulan, time tu tengah mabuk-mabuk. Aku ni dah le tak berapa nak minum air manis-manis ni, sekali kene minum  air gula plus dengan pening-pening plus dengan gastrik... belum sampai time amik darah ke-2 habis semua air gula aku muntahkan. Bukan segaja aku muntahkan tapi memang takleh handle dek tekak aku dah. Selang 2 minggu misi call soh datang minum balik, tak ke haru namanya tu. 

Tapi alhamdulillah... masa minum kali ke-2 tu, aku boleh tahan sikit. Cara aku minum air gula tu???? haaaa ko minumlah air gula tu sekali lalu, jangan minum sikit-sikit. Buat naya tekak je kalau nak minum sikit-sikit, ramai yang aku tengok ibu-ibu yang saing aku minum tu. Dia orang dok minum sikit-sikit air gula tu, memanglah korang cari nahaskan. Aku memang taklah nak minum sikit-sikit aku tarik nafas panjang pastu aku bedal minum sekali lalu pastu ada belen lagi sikit lagi dalam 1 inchi dr dasar gelas aku terus aku buang kat singgi dan cuci gelas terus bagi misi. Gila ko dah lah bagi aku gelas besar gabakkkk... Ada akak yg aku jumpa masa sama-sama minum tu, dia kata kat klinik lain yang penah dia pegi misi bagi gelas kecik je. Ini kat klinik aku pegi ni, memang bapak besar punya gelas. Memang takdelah aku nak habiskan semuanya. Otak kene pandai sikit, camne caranya??? Sebelum minum tu ko hameklah tisu yang ada dekat singgi yang disediakan tu, pastu ko balut gelas besar tu konon-konon tak nak air gula tu tumpah. Lepas tu terus jalankan operasi minum sampai licin. Hahahahhaa...

Lepas minum aku tak duduk dalam klinik tu, aku p duduk kat luar amik udara segar lepas 2 jam baru aku masuk balik ke klinik tu. Itu pun lepas kuar dari klinik, habis keluar semua air gula tu. Tu takpelah pasal dah selamat darah aku diamik. Bacaan before minum 3.9 selepas minum 7.3.

Kemudian minum lagi masa kandungan cecah 28 minggu bacaan sebelum minum 3.5, lepas minum air gula 5.3. Yang ni pun alhamdulillah dipermudahkan... pun aku buat style macam minuman ke-2. Lepas  minum kepala pening.. aahahaha alasan??? Tak biasa minum manis-manis. Hihihi... ok sambung lagi nanti.








Operation Berjaya

Alhamdulillah... mak mentua aku dah selamat buat pembedahan pada 21 Oktober 2013 yang lepas, seminggu duduk di wad dan sabtu baru ni doc dah benarkan balik. Khamis ni pegi follow up lagi untuk bukak beg air kencing. Dan rahimnya pun telah dibuang semua... Sekarang tengah menanggung sakit untuk kulit perut bercantum balik. Alahaiii kesian tengok mentua aku, tengok pulak bekas jahitannya dah tak rupe macam jahit kantung guni je gamaknya. 

Nak duduk sikit punya seksa. Ada masa mentua aku mengaku bisa dan perit-perit kat tempat bekas dibelah tu. Yelaaa.. kulit dah dihiris2 pastu nak mengering dan bercantum balik gitulah rasanya. Tu belum masuk kes gatal-gatal lagi tu. Kene pulak doc belah perut mentua aku tu menegak bukannya melintang macam orang operate bersalin tu ha. Lagilah seksaa kesiannn...

So untuk dalam masa sebulan lebih ni doc bagi ubat je dulu, nanti bulan 12 akan disambung pulak dengan kemoterapi. Ramai orang cakap kemoterapi tu sakit, tapi nak buat macam mana ye. Kalau dah itu jalannya maka kenelah teruskan jugak. Kalau tak lagilah sel kanser tu merebak nanti. Pasal sel kanser mentua aku ni dah merebak ke leher, dan yang kat leher tu doc tak buang pasal mengikut kata doc kalau buang takut akan membahayakan mentua aku. Tak tahulah mana betulnya, apa pun berusahalah dulu selagi yang mampu.

Sakit Itu Ujian dari Allah

Beberapa bulan kebelakangan ini.. hati selalu risau. Bukan risau kerana aku nak bersalin, tetapi risaukan keadaan mak mentua yang sekarang ni tengah sakit. Sakit yang ditanggung dari tahun lepas hingga ke hari  ini. 

Ingatkan sakit biasa-biasa aje atau pun sakit nak monopos, rupa-rupanya tidak.....

Sakit yang tak pernah disangka-sangka dan tak pernah terpikir. Pembunuh wanita nombor 2 didunia... Yeee itulah yang sedang menyerang mak mentua aku. Dari tahun lepas ke hospital tp doc kata takda apa-apa. Sehinggalah 6 bulan lepas mak mentua aku diserang sakit perut yang amat sangat dan darah keluar dengan banyaknya. Pada permulaannya bawak ke HSA, tp selepas buat rawatan dan x-ray doc hanya kata kencing kotor. Ok.. percayalah kami anak beranak... kemudian selang beberapa minggu mak mentua aku diserang sakit perot yang melampau lagi. Kami bawa pulak ke HSI... 

Pada permulaannya jawapan dari mulut doc memang menghampakan... Jawapannya mak mentua aku takde sakit apa-apa. Tapi Allah memberi jalan kepada kami, kebetulan aku yang mengiringi mak mentua aku masuk berjumpa doc. Lalu aku terangkan kat doc muda tu bahawasanya yang mentua aku ni dah menanggung sakit dari tahun lepas lagi. Hasil x-ray dari HSA juga aku tunjuk dan aku mintak doc tu buat pemeriksaan lebih terperinci. Mintak buat ultrasound segala bagai. Maka dari situ, baru doc nampak ada kepelikan sikit pada perot mentua aku. 3 orang doc mengerumuni mentua aku, dan mereka katakan yang rahim mentua aku MACAM bengkak. 

Namun selepas 3 orang doc tu berbincang, mereka buat keputusan just nak bagi mentua aku makan ubat tahan sakit aje, then kalau sakit lagi mereka mintak mentua aku datang balik ke hospital. Aku yang mendengar ni pun membangkang la... Yelaaa dah orang tua tu sakit, ko just nak bagi ubat tahan sakit jeeee. Walhal aku dah cite kat doc tu semua yang mentua aku ni menanggung sakit start dari tahun lepas lagi memang bergantung dengan ubat tahan sakit jee. Dengan muka mentua aku yang pucat tu doc2 tu soh balik. Ok mereka setuju untuk test darah mentua aku. 

Hasil ujian, darah mentua aku kurang, ko tengok muka pun tau kotttt... orang tua tu kurang darah dalam badan. Dah darah kurang barulah doc tu kata mentua aku kene tahan kat wad, dan bila je kata kene tahan wad aku terus cakap kat doc mintak rujuk ke pakar sakit puan. Maka dari situlah baru kami tahu yang mentua aku ni kene KANSER RAHIM. Itu pun puas kuar masuk hospital... berbulan-bulan juga orang tua tu menahan sakit setiap hari dekat rumah, dan berbulan-bulan juga orang tua tu makan postan. Sungguh aku tak paham permainan doc ni, sekejap cakap macam ni sekejap cakap macam tu. 

2 minggu lepas aku jumpa doc pakar, doc Badrul namanya.. katanya pakar O&G di HSI... mengikut penerangan dia mentua aku ni maybe dah berada di tahap yang ke-4. So tak boleh di bedah, kene buat radioterapi selama 5 minggu bersamaan dengan 25 kali kemudian disambung pulak dengan kemoterapi kemudia baru boleh bedah... tapi tup-tup sekarang ni lain pulak ceritanya. Sabtu lepas mentua aku sakit lagi, keluar darah beku sebesar tapak tangan kemudian diikuti darah beku yang panjangnya hampir 10 inchi kemudian dengan darah yang keluar mencurah-curah tak guna air paip, doc kata nak bedah hari isnin ni pulak. Lepas bedah baru buat radioterapi, kannnn dah terbalik pulak apa yang dicakapnya masa 2 minggu lepas aku jumpa dia. Sungguh aku memang tak paham dengan doc ni. Macam bedah ni 1 permainan pulak dibuatnya... dan sekarang mentua aku masih di hospital, aku doakan segalanya berjalan lancar.. semoga Allah memberi kekuatan dan semangat kepada kami sekeluarga untuk mengharungi dugaan ini, terutama sekali mak mentua aku, semoga kesihatan miliknya nanti. 


Alahan pada 1st Trimester

Untuk bulan pertama preggy Alhamdulillah aku tak mabuk teruk, cuma kekadang ada laa pening-pening dan mamai-mamai sikit. Tapi bila masuk aje pertengahan bulan ke-2 aku diserang gastrik yang teruk ditambah dengan hilang selera makan, sampai nak makan apa pun tak tahu.

1st klinik yang aku pergi masa gastrik teruk tu ialah Poliklinik Qualitas Taman Nusa Perintis Gelang Patah. Masa tu hari ahad, dan doktor yang merawat aku tu doktor ganti. Doktor India muda belia lagi, mesti fresh graduate... Kenapa aku cakap macam tu.. pasal doktor tu macam tak tau apa-apa. Bolehhh??? Aku cakap aku gastrik, ok konon bagilah nasihat semua aku takleh makan pedas2 bagai semua. Ok itu semua orang tau kot... Tapi  bukan itu yang aku nak, aku nak ubat untuk hilangkan gastrik masa preggy ni ha. Kalau time tak preggy aku tahulah nak makan ubat apa pasal before ni memang aku ada gastrik pun. Lepas doktor tu membebel, aku cakap aku nak ubat. Korang tau doktor tu jawab apa??

Haaa.. dia jawab macam ni, 'I tak boleh bagi U ubat gastrik, biasa kalau orang kene gastrik bolehlah makan antacid tapi ni U mengandung, bahaya untuk baby U. I cuma boleh bagi ponstan'.

Aku yang dengar ni tercengang, En. Hubby yang tak tahu apa-apa diam saja. Oleh kerana aku dah malas nak melayan doktor tu, so aku iyekan sajalah apa yang dicakapnya. Bila tiba dapat ubat, memang betul sangkaan aku, doktor tu pegi bagi aku PONSTAN 500mg hokeyyy... Setahu aku lah panadol pun doktor tak galakkan wanita preggy makan inikan lagi ponstan 500mg, aku ni gastrik bukan sakit kepala or sakit-sakit badan.

Sakit hati punya pasal aku terus balik. Buat buang habis duit aku jeee pegi klinik macam ni. Sudahnya keesokkan harinya waktu bekerja oleh kerana tak tertanggung menahan sakit aku pegi pulak klinik lain, Klinik Biosucinas di BBU. Haa kat klinik ni barulah aku dapat ubat yang betul, ubat antacid jugak tapi untuk preggy mummy dan aku diberi MC selama 2 hari. Jangan korang tak tau time ni kawan-kawan aku tak tau lagi aku preggy ok, yang dia orang tau aku cuma diserang gastrik yang teruk.

Oleh kerana aku kene gastrik yang teruk, walaupun makan ubat tapi saki baki gastrik tu ditambah pulak aku tak boleh makan sebarangan membuatkan aku lembik dan longlai tak bermaya muka pucat macam mayat bernyawa. Tapi aku kuatkan semangat dan cekalkan hati, dan ingat bahawa ada lagi orang yang teruk daripada aku.

Haaaa... selain aku diserang gastrik, aku tak boleh cium bau-bau yang busuk. Kalau bau wangi takpe aku suka.. tapi bile part bau busuk tu, kompom akan membuatkan aku mengeluarkan semua isi perut aku. Kalau makanan tu, aku tak boleh sangat makan makanan yang dalam polisterin, bau dia memang memeningkan kepala, tapi oleh kerana aku juga tak boleh masuk ke dapur.. mabuk dapur ok.. hahaa.. nak tak nak aku kene jugak tapau makanan dari kedai. Maka aku makan secara paksa rela, telan saja apa yang ada depan mata walau hati rasa nak nangis mengenangkan nasib badan. Dan kerana hilang selera makan aku ni lah.. aku kantoi ngan rakan-rakan sepejabat yang aku preggy pada usia kandungan aku 8 minggu. Haaa dah 8 minggu ok baru kawan2 tau, tapi yang tau tu pun hanya kawan-kawan perempuan seofis dengan aku, itu pun 4 orang je.







Buah Zuriat vs Serbuk Debunga Kurma

Ini lah buah zuriat yang aku beli secara online dan ada juga yang orang bagi dan aku kirim kawan untuk beli di Mekah,
Credit picca dari Mr. Google

Ini gambar serbuk debunga kurma, ada yang aku beli dan ada yang orang bagi
Credit picca dari Mr. Google


Cara makan serbuk kurma

Amik sesudu kecil serbuk kurma dan bancuh dengan apa-apa air yang korang nak minum.

atau

Dos yang dicadangkan: 1 sudu teh yang kecil setiap hari bersamaan 1 grams serbuk debunga kurma. Campurkan dengan 1 sudu madu asli. Kacau sehingga kelihatan seperti gambar di bawah.

Waktu makan: Pagi sebelum sarapan atau malam sebelum tidur.

Untuk memudahkan pengambilan, boleh jadikannya ketul-ketulan seperti gambar dibawah. Caranya mudah sahaja. Ambil packet Streptsil yang sudah digunakan atau dibuang isinya dan jadikan ianya sebagai acuan. Kemudian campur madu asli dengan Serbuk Debunga Kurma dan gaul sehingga agak sebati. Letakkan ke dalam acuan paket strepsil tersebut.

Atau lepas gaul hingga sebati tadi, gumpal kecil-kecil jadikan bebola. Make sure boleh dapat 20 biji untuk 20 hari makan. Dos yang kami sarankan ini sebenarnya digunakan oleh penyelidik Universiti of Tikrit, Iraq.

Simpan dalam peti sejuk.  

Kalau nak tambah serbuk habbatus sawda dan debunga lebah, lagi bagus. Ramai wanita Arab menambah 2 unsur ini kedalam resipi Serbuk Debunga Kurma.

Jangan lupa berdoa banyak2 & minta rezeki hanya pada Allah.

Amaran: Sesetengah orang alah atau alergi pada debunga, jika anda mengalami simptom gatal, bersin dan lain-lain, anda mungkin alah pada debunga...

Sesudu madu
Credit Picca to Mr. Google
Campurkan dengan sesudu serbuk degunga kurma
Credit Picca to Mr. Google

Gaul hingga sebati
Credit Picca to Mr. Google

Bentukkan agar mudah dimasukkan ke acuan strepsil
Credit Picca to Mr. Google
Credit Picca to Mr. Google


Cara-cara penyediaan Air Rebusan Buah Zuriat

Belah buah zuriat ini dengan menggunakan pisau/ parang, dibantu dengan tukul besi dan pastikan dilapis dengan papan lapis dan bawah papan lapis tu pastikan korang letak surat khabar dan kain untuk memudahkan proses membelah buah zuriat yang sangat keras sifatnya
Credit picca dari Mr. Google

Hasil selepas dibelah 2, nampak isi rong buah zuriat yang macam isi rong kelapa sawit tu???
Credit picca dari Mr. Google

Closed up supaya lagi terang
Credit picca dari Mr. Google

Hanya rebus isi rongnya sahaja, kulit boleh buang
Credit picca dari Mr. Google

Rebus selama 15 minit atau sehingga air bertukar warna kecoklatan. 
Minum selepas air menjadi suam.

Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali: 
“RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”. 
Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” 
Ayat 38, surah Ali-Imran.

Ganti buah zuriat ini selepas air rebusan tidak bertukar warna.
Sekali rebus biasanya aku buat 2 biji sahaja.
Minum setiap hari tak kira malam atau pun pagi.
Minum pada hari pertama korang uzur.

Selamat berusaha.. Yakin dengan usaha yang dibuat, berdoa, merendah diri serta berserah kepada Allah sepenuh hati. InsyaAllah ada rezeki untuk kita atau ada hikmah disebaliknya.   





Usaha untuk Mendapatkan Si Comel

Amboiii.... berbulan tak update ni, janji nak update tuh harikan.. isk isk iskkkk... masa tak berapa nak mengizinkan untuk aku update dengan lajunya.

Mmmm ok bermula cerita dengan usaha-usaha untuk mendapatkan si comel. Selepas tahun pertama usaha tidak berjaya, aku mula mencari pergi tempat-tempat mengurut yang orang kata bagus. Tapi takdelah banyak mana pun tempat yang aku terjah tu. Selain berurut dengan bidan kat kampung sendiri, pergi pulak ke tempat kawan En. Hubby yang katanya dah ramai yang berjaya namun untuk aku tak serasi kemudian mak mentua pulak bawak mengurut dengan bidan yang biasa dia mengurut. Semuanya hampa belaka... tidak mendatangkan hasil plus Allah masih mahu menguji dan mahu mendengar doa-doa kami suami isteri.

Usaha tidak habis di situ, aku teruskan usaha dengan meminum air rebusan buah zuriat selama 40 hari ++ bersama dengan serbuk kurma, aku pun tak berapa nak ingat exactly hari yang sepatutnya kene minum. Yeee dah orang kata minum, air rebusan buah zuriat tu so aku minum jelaaa... Suami isteri kene minum, and yes kami buat tapi biasalah kadang kala terlupa tu maka terskiplaa gamaknya. Selepas tempoh yang ditetapkan habis, kami berhenti minum, tapi hasilnya... mmmmm masih tidak ada. Kami tetap berserah kepada Allah dan redha atas ketentuannya, belum rezeki kami lagi.

Beberapa bulan berlalu bergerak dari setahun tu, setiap bulan adalah waktu yang ditunggu hasilnya. Namun segalanya adalah ketentuan yang Allah tetapkan untuk kami, kami terima dengan redha. Bersabar dan terus bersabar dan menanti. Walau selalu hati kecil ini terasa dengan cakap-cakap orang, En. Hubby selalu menasihati dan begitulah sebaliknya. Kami lalui dengan tabah... 

Kami teruskan usaha... pantang dengar ada orang kampung or kawan-kawan nak ke Mekah menunaikan umrah atau haji. Aku pasti mengirim doa, minta keizinan dari Allah memberi kami zuriat. Mengirim sedekah ke masjid pada hari penghulu segala hari, setiap minggu aku pastikan masjid yang berlainan. Tapi kadang-kadang adalah jugak masjid yang sama, dan mintak kawan-kawan tolong doakan sekali kat masjid. 

Pada penghujung bulan Januari 2013, tergerak hati aku dan En. Hubby untuk pergi buat pemeriksaan doktor. Alhamdulillah kami berdua sihat, cuma ada sedikit masalah dengan rahim aku. Doktor Rajesh dari Hospital Pakar Columbia Asia mengatakan aku mengalami rahim terbalik (rahim retroverted), namun menurut kata Dr. Rajesh bukanlah masalah besar jika mengalami masalah rahim terbalik ni, ramai je patient dia yang mengalami rahim terbalik boleh mengandung seperti biasa. Tapi Dr. Rajesh memberi aku pilihan sama ada nak biarkan atau pun membuat pembedahan untuk membetulkan kembali rahim aku pada kedudukan asal. Aku dengar saja pembedahan hati terus tidak senang memandangkan aku telah 2 kali membuat pembedahan. Tak sanggup rasanya nak mengadap pembedahan buat kali ketiga ini. Jadi jalan yang aku pilih adalah mintak Dr. Rajesh bagi aku ubat subur (clomid) dahulu dan bagi aku masa sebulan.

Selepas itu, aku dan En. Hubby balik ke kampung dan berjumpa dengan Pak Haji yang dah aku anggap seperti ayah aku sendiri untuk minta dia tengok-tengokkan keadaan aku. Pak Haji tu pesan supaya jangan buat pembedahan, berubat cara kampung dahulu. Dan kemudiannya aku berurut dengan Pak Haji untuk membetulkan kembali kedudukan rahim aku yang terbalik itu. Kesakitan untuk membetulkan kembali rahim aku tu, jangan di cakaplah... sakitnya memang tak terkata rasanya. Disamping usaha itu, aku kembali meminum air rebusan buah zuriat bermula pada hari pertama aku uzur, kali ini tiada had hari yang aku tetapkan. Tekad aku minum hingga membuahkan hasil.

Pada pertengahan bulan Mac 2013, aku membuat test UPT sendiri di rumah dan aku disahkan mengandung oleh Dr. Rajesh dan ketika itu usia kandungan aku sudah pun mencecah 6 minggu. Kegembiraan yang tidak terhingga oleh kami suami isteri setelah menunggu berita gembira ini selama 1 tahun 10 bulan. Syukurrrr alhamdulillahh... semoga kawan-kawan yang masih berusaha, teruskan usaha dan jangan mudah berputus asa. Penyusunan Allah untuk kita adalah yang terbaik untuk kehidupan kita yang tidak pernah kita ketahui.   

   
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.