~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Hari MingGu aKu...

Hari sabtu yang lepas aku bekerja setengah hari aje memandangkan aku perlu memenuhi jemputan Bibi & Am, adik Zu dan juga kawan mak. Jemputan Bibi & Am aku pergi dengan rakan2 seperjuangan. Kemudian pengantin yang lainnye aku pergi dengan mak. Lepas aje memenuhi undangan aku teruskan perjalanan pulang ke kampung halaman. Sampai uma nenek dah lewat petang, selepas solat maghrib karen pulak takde. Hiskkk bengang betol, terus Mak Ya ngan Mak Ani ajak pergi ke kedai kain jakel kat JB, konon2nye memasing saje nak mencuci mate. Last2 Mak Ya borong sampai 4 pasang kain, Mak Ani sepasang dan tak terkecuali aku, pun sepasang aje.
Mmmmm pagi minggunye plak aku ade pertandingan bola jaring. Aku mewakili kampung halaman, Kampung Pekajang. Kalau ikutkan jadual pukul 8.00 pagi sepatutnye setiap kumpulan sudah mendaftar. Tapi kami terpaksa menunggu sehingga ke pukul 9.30 pagi. Selame 1 jam setengah aku terpakse menunggu, perkara yang paling aku tak suke kerana kene menunggu lame. Akhirnya lebih kurang pukul 10.00 barulah pertandingan dimulakan. Bermain di atas padang yang mulanya lecak kemudian menjadi becak macam sawah padi membuatkan aku takde mood nak bermain. Terasa berat dan pergerakan terbatas lagi buat aku tension. Kalau baju, seluar dan kasut jangan cakaplah habis semuanye dipenuhi dengan lumpur, mana taknye asyik tersungkur menyembah bumi dan asyik di langgar serta dihempap oleh mereka yang berbadan besar dan tinggi membuatkan badan aku sakit tak terkata, dan selepas nie aku kene beli kasut baru lagi sebab kedua-dua tapak kasut dah tercabut. Untuk permainan yang seterusnya aku terpaksa pinjam kasut bola Pak Din yang besau giler. Dah macam iklan McDonald berlari tengah padang mengejar bola lagaknya. Hahahaha... ape nak buat itulah alternative lain yang terpaksa aku lakukan demi perjuangan yang satu itu. Ape pun kemenangan tak menyebelahi kumpulan aku seperti biasa, dapat tempat ke 4 aje. Hamper dan wang saguhati dibahagi same rata. Alhamdulillah rezeki dariNya...

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.