~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Red Velvet Cake Punye Cerita

Seperti yg telah dirancangkan, sabtu lepas adalah majlis berbuka puasa untuk keluarga aku, and sempena majlis berbuka puasa ni jugak kite orang celebrate birthday mereka-mereka yg dilahirkan pada bulan 8. So pada permulaannya aku dipertanggungjawabkan supaya membeli kek untuk sambutan hari jadi tu nanti.

Ok aku setuju, setakat nak tempah kek kan!!!! ooo kije senang je.... tapi oleh kerana bile aku berjalan-jalan sambil mencuci mate di semua blog-blog masakan maka mata aku telah mencemburui kek baldu merah atau lebih dikenali sebagai Red Velvet Cake, terutama sekali mase melintas blog Kak Ayu. Uiskkkkk kalau dah cenggitu rupe keknya sape-sape yg memandang pun akan jatuh chenta pandang pertama. Haaaa... mcm tu sekali penangan red velvet ni tau. Ke aku je yg mcm tu ehhh!!!! Hahahah whateverrrr la kan yg penting aku sukeeeee sangat.

Before terjumpe blog Kak Ayu ni, aku dah jumpe blog Hasue yg telah menepekkan resepi red velvet dia. For the 1st time trying aku guna resepi Hasue, tp tak berjaya. Tak tau dimana silapnya sedangkan aku mengikut 100% resepinya. Rasa kek tu yg tak bape nak menarik tekak aku membuatkan aku menukar resepi dengan menggunakan resepi Kak Ayu pulak.

Ini resepi from Hasue, rasa tak bape nak pegi maybe aku yg salah teknik. Habis aku cincang lumat 1st trial aku ni. Hu hu....

Haaaa ini resepi ke-2 from Kak Ayu, ni dalam proses menyapu cream frosting pd layer ke-2. Hehehehe... tu yg ade saki baki kek kat tepi tu adalah tepi-tepi kek yg aku potong supaya kek nampak lebih cantek bile disapu cream frosting.

Ahaa siap ade kotak ok!!! Dah macam kedai kek la plak... siap sedia dibawa ke rumah nenek.

Yezzaaaa inilah birthday kek yg aku buat... simple jee maklumlah tangan keraihhh tak reti sangat nak mendeko ni... lepaslah untuk kuarga sendiri. Heeeeee

dannnn inilah didalamnyaaa... just 3 layer aje pasal layer yg bawah sekali tu aku tersalah teknik pemotongan. Belum sempat putus 2, keknya dah terpotong kat tengah. So utk menyelamatkan keadaan aku biarkan je walaupun dah potong separuh jalan.

and here the recipe, just copy & paste from blog Kak Ayu. Sangat recommended for those yg nak try buat.

Ingredients:-
  • 1 2/3 cup self raising flour-(1 2/3 cawan tepung naik sendiri)
  • 2 tbsp cocoa powder - (2 sudu besar serbuk koko)
  • 1/2 tsp baking soda - (1/2 sudu kecil baking soda)
  • 110g butter - (ikut kak Ayu gunakan 125g)
  • 1 cup fine sugar - (1 cawan gula halus)
  • 2 large eggs - (2 biji telur besar)
  • 1/2 cup milk - (1/2 cawan susu)
  • 1/4 cup buttermilk - (1/4 cwn buttermilk)
  • 1 tsp vinegar - (1 sudu kecil cuka)
  • 1/2 bottle liquid red colour or 1 tsp red gel - (1/2 botol warna merah cecair atau 1 sudu kecil gel warna merah- aku gunakan 2 sudu besar pewarna merah star brand)
  • ***How to make buttermilk = 1/2 cup milk + 1/2 tbsp distilled vinegar/lemon essen - leave it for while abt 15-20 minutes-but used only 1/4 cup
  • ***Cara-cara membuat buttermilk = 1/2 cawan susu + 1/2 sudu besar cuka/ perisa lemon biarkan hingga 15-20 minit
Method:-
  1. Cream butter & sugar till creamy. Add eggs one at a time. Add vanilla essence. Mix in dry ingredients (sifted) & milk plus buttermilk in alternate batches, ending with dry ingredients. Lastly stir in vinegar.Bake in a preheat oven at 170C for 30-40 minutes or just cooked.
Cara2:-
  1. Pukul mentega & gula hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla. Masukkan bahan kering (yang sudah diayak), bersama dengan susu & buttermilk bergilir2 berakhir dengan bahan kering. Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan selama 30-40 minit disuhu 170C atau ikut kepanasan oven masing hingga masak.
Cream Cheese Frosting
  • 250g Philadelphia cheese - (250g cream cheese)
  • 125 butter - (125 mentega)
  • 1 cup icing sugar- (1 cawan gula ising)
  • 1 tsp vanilla extract - (1 sudu kecil vanilla esen)
  • juice of a squeezed slice of lemon @ perisa lemon - (jus dari 1 hirisan lemon @ lemon essen)
Method:-
  1. Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.
Cara2:-
  1. Pukul cheese & mentega hingga berkrim, masukkan gula ising, vanilla dan jus lemon.

5 Ng0mel-ng0mel:

Adawiyah A.Halim said...

lapa plak di buatnyaa.....

Umie said...

dah lama aku tak buat kek..dah lupa plak cara2x buat kek.. cewahh!!

hehehe

MrsWhyda said...

wowee menjadi la... nnt nak try la.. meleleh plak air liur posa2 nie.. hhuhuhu...

tpkan sejak kawen nie kak lieya rajin gler cooking2 kan... caiyo2...

Lieya said...

Adawiyah->Hehehee time2 puasa tengok air paip pun sodappp apa lg tengok kek kan....

Umie->Haaa pegi buat cepat ajak si Muaz sekali. ehehhee

MrsWhyda->Hehehehee bek lap cepat air liur tu, rajinnn pasal en.hubby depan mate pastu dia suke makan. opkossss kene rajin.. ehehee

Ayu said...

Salam Aidilfitri buat Lieya & family..
Maaf zahir batin sekira ada silap bicara & gurau senda sepanjang perkenalan kita ...wah lieya dah cuba ya kek red velvet tu..shukur alhamdullilah kena dgn seleranya..cantik lieya deconya..lain kali bolehlah buat lagi kan..hehe thanks lieya sudi cuba recipe dari dapur akak tu ya..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.