~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

N3 khas untuk Muhammad Fitri Hakim

Telefon berbunyi ring ring ring,

Kuangkat kutanya siapa,

Telefon berbunyi ring ring ring,

Kudengar kudengar suara.

Rupenye mak aku tepon da... soh beli surat khabar Sinar Harian. Cikgu Hakim telefon suruh beli, katanya muke Hakim ade keluar dekat surat khabar. Hamboiii ke main lagi kan sepupu aku sorang ni, untuk tahun je ni dah bape kali muke dia masuk surat khabar. Kebiasaannya surat khabar Utusan atau Berita Harian. Pasal sekolah dia bapa kali memenangi pertandingan dalam pelbagai bidang.

Muhammad Fitri Hakim, dia ni sepupu aku yang mak aku jaga sejak dia berumur 4 tahun selepas arwah adik aku meninggal akibat kemalangan pada tahun 2001 dulu. Nanti ada masa aku cite pasal arwah adik aku ni. Skang mau cite pasal sepupu aku si Hakim ni. Kenapa mak aku ambil dia???? Soalan tu kan yang korang nak tanya aku??? Selepas pemergian arwah adik aku, mak aku merana kerana tak boleh terima hakikat yang adik aku pergi meninggalkan dia. Lama mak aku merana.... kesedihan yang tak terucap, sesapa yang pernah kehilangan orang yang dia sayang, dia akan paham. So makcik aku suruh kami jaga Hakim macam anak dan adik sendiri.

Hakim ni anak ke-2 dari 4 orang adik beradik. Semasa kelahiran Hakim, 2 minggu dia terlantar kat Hospital Sultanah Aminah (HSA). Wayer berselirat kat seluruh badan, dan doktor menjangkakan hayatnya hanya 2 hari. Korang percaya tak kalau aku katakan, bila saluran oksigen Hakim di cabut jantung Hakim terus terhenti. Yepppp itu benar-benar terjadi pada Hakim. Tapi kami sekeluarga, doktor juga misi-misi terus berusaha buat itu ini dan tak berhenti berdoa pada NYA yang satu. Memohon agar Hakim dipanjangkan umur, syukur alhamdulillah kerana kami diberi peluang untuk menjaga Hakim.

Tapi pesanan dari doktor semasa Hakim bertarung antara hidup ngan matinya, "kalau dia panjang umur, dia akan jadi anak yang hiperaktif dan akan ada kekurangan dalam diri dia".

Betul apa yang doktor cakap, Hakim membesar sebagai kanak-kanak yang sangat hiperaktif (ADHD). Ketika kami menjaganya Hakim dirujukkan ke Klinik Permai Tampoi, dulu klinik ni dekat-dekat ngan kondominium Bukit Alif, sebelum Shell yang dekat trafiklite tu ha. Sekarang Klinik Permai ni dah berpindah ke atas Bukit Tampoi dekat-dekat ngan Klinik Kesihatan Tampoi. Masa mula-mula pergi tu aku mintak tolong ngan kawan abang aku tunjukkan. Persepsi kawan abang aku masa mula-mula sampai kat situ, dia tak bagi mak aku bawak Hakim ke situ. Korang tau kenapa?? Pasal dia tengok budak-budak yang datang ke situ semuanya adalah kanak-kanak autisma, sindrom down, terencat akal, hiperaktif dan sebagainya. Tapi kami tak mengindahkan apa yang kawan abang aku cakap sebab kami nak Hakim jadi seperti kanak-kanak lain, keesokan harinya kami datang lagi tanpa bantuan dari kawan abang aku. Selepas beberapa kali berjumpa doktor Hakim diberikan ubat mengikut tahap aktifnya. Ubat pertama yang dimakan sangat kuat dosnya membuatkan Hakim menjadi seorang yang pendiam, membawa haluan sendiri dengan memencilkan diri ditepi-tepi almari, hilang selera makan dan tak keterlaluan jika aku katakan bila dia makan je ubat tu akan menyebabkan Hakim macam orang bodoh.

Menitik air mata kalau tengokkan dia berkeadaan begitu, tapi kami tak boleh nak berhentikan dia dari makan ubat tu. Sebab itu saje caranya untuk mententeramkan Hakim, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Ubat yang Hakim makan pun bertukar mengikut tahap keaktifan dia. Dan sekarang alhamdulillah, dos pil yg di beri kepada Hakim sudah semakin kurang dan pemberian ubat kepada Hakim hanya pada waktu persekolahannya sejak dari permulaan ubat itu diambil, kami takkan bagi time dia cuti sekolah walaupun pada asalnya doktor menegah kami berbuat sedemikian sebab takut tak terkawal perangainya. Kami tak sanggup melihat Hakim macam orang bodoh dungu. Pernah mak aku mintak ngan doktor untuk berhentikan Hakim dari pengambilan ubat tu, tapi doktor tak bagi sebab dengan pengambilan ubat yang berterusan akan membuatkan Hakim normal kembali macam orang biasa. Temujanji dengan doktor pun sekarang ni sudah semakin menjarak, kalau dulu masa mula-mula kene jumpa doktor sebulan sekali, kemudian 3 bulan sekali dan sekarang ni tinggal 6 bulan sekali.

Dan kerana dia berkeadaan begitu, cikgu memasukkan Hakim ke kelas pendidikan khas walaupun Hakim boleh membaca dengan lancar dan pandai mengira. Wooo part duit memang dia terrer mengira. Hehehehe... Tak segan aku katakan yang Hakim ni tergolong dalam orang kurang upaya (OKU) kategori lemah dalam mata pelajaran. Ada sesetengah mak bapak tak terima bila anak mereka dimasukkan ke kelas seperti ini dan dikatakan OKU, tapi bagi aku adalah lebih baik dia dimasukkan ke kelas seperti ini. Sekurang-kurangnya dia diajar berdikari, mengurus diri, bercucuk tanam, berniaga dan sebagainya, dan kami bangga dengan pencapaian Hakim sekarang ni.

Jadi nasihat aku jika anak korang ade ciri-ciri hyperaktif, austisma dan sebagainya janganlah korang malu untuk membawa anak-anak korang ke Klinik Permai untuk buat rawatan dan janganlah korang malu kerana anak korang dimasukkan ke kelas pendidikan khas. Adalah lebih baik dia masuk kelas seperti ini daripada dia masuk kelas biasa tapi tak ada kemahiran yang boleh dia buat.

Untuk kesekian kalinya muka Hakim masuk surat khabar Sinar Harian.

Tu dia orangnya yang bernama Muhammad Fitri Hakim bin Saidon.

TAHNIAH HAKIM... K.Lia masukkan cite Hakim kat sini untuk dijadikan pedoman kepada semua orang yg ada anak macam Hakim. Jangan mereka di luar sane memandang rendah dengan kanak-kanak seperti Hakim hanya kerana Hakim mempunyai kad OKU dan hanya kerana Hakim bersekolah di kelas Pendidikan Khas. Hakim dah sampai Sarawak, dah sampai Melaka dah duduk makan semeja dengan menteri besar Melaka, dah sampai KL hasil pencapaian dia di sekolah, dan tahun depan insyaAllah akan ke Sabah. Korang adooo??? Walaupun pada korang alahhhh setakat sampai Melaka sampai KL apalah sangat, tapi pada kami sekeluarga... kami cukup berbangga dengan Hakim dan TAHNIAH buat Hakim kerana dah berjaya mengumpul duit untuk membeli laptop hasil usaha Hakim sendiri. Korang mampu??? BELI LAPTOP DENGAN HASIL TITIK PELUH SENDIRI PADA UMURNYA 13 TAHUN TANPA BANTUAN ORANG LAIN. Alhamdulillahhhh Hakim kini memiliki sebuah komputer riba berjenama Asus yang berharga RM1699 hasil titik peluhnya memungut biji sawit selama beberapa bulan. Tiada siapa yang memaksanya untuk berbuat begitu, dia berusaha mencari duit sendiri dengan tulang empat keratnya dan memiliki harta hasil usahanya sendiri. Syukurrr alhamdulillahh....

1 Ng0mel-ng0mel:

So Shy Lady said...

best cite ni....
moga jdi iktibar n yakinlah akn kkuasaan Allah.

jgn tlalu bgantung pd prubatn moden - byk guna drug...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.