~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Daging Dendeng

NUSANTARA: Seorang suami telah membuat permohonan kepada isterinya supaya memasak DAGING DENDENG ketika isterinya sedang seronok menonton tv. Perbualan mereka telah dirakamkan di dalam kotak hati si isteri hingga membuatkan si isteri mencari resepi daging dendeng itu pada keesokan harinya.

Hu hu huuuu ape aku merapu pepegi buta ni kan!!!! Hak hak hakk.... tapi itu adalah kejadian sebenarnya, lakonan dunia antara suami isteri selepas kekenyangan... Burghhhh.... Boleh korang pikir bagaimana kurussssnya En. Hubby aku itu!!! Baru lepas makan dah request menu untuk keesokan harinya pulak. Hahahaha... tapi takpe, aku suke pasal sekurang-kurangnya En. Hubby ku itu telah mengurangkan beban aku untuk memikirkan menu memasak untuk hari esok. I like i like i likeeeeee....

Dah jom kite tengok resepi kat bawah tuh haaa... sila ignorekan gambar masakan aku sendiri, pasal gambar itu kabur. Kalau nak nampak sedap mata memandang sila tengok picture yang ke-2 hasil sentuhan Kak Ita tuan empunya blog Masam Manis.


 
Dah nak habis makan baru teringat nak amibik gambar... ehehehe



 
Picture credit to Kak Azlita Aziz



DAGING DENDENG
Sources from:- Pak Engku
Copy&Paste :- Kak Azlita Aziz


Bahan-bahan :-
  • 1 kg daging lembu yg tiada lemak - ita guna batang pinang
  • 100 gm bawang goreng
Bahan Kisar :-
  • 15 tangkai cili kering - digoreng dan dikisar
  • 10 ulas bawang merah - digoreng dan dikisar
  • 2 inc halia - digoreng dan dikisar
  • 3 ulas bawang putih - digoreng dan dikisar
Bahan Tumis :-
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
Cara-cara :-
  1. Daging dipotong nipis kemudian direbus
  2. Apabila lembut, toskan dan kemudian digoreng
  3. Tumis buah pelaga, kulit kayu manis bunga lawang dan bunga cengkih
  4. Masukkan bahan yg telah dikisar kasar tadi.
  5. Biarkan hingga naik bau dan naik minyak
  6. Barulah masukkan daging yg telah digoreng tadi.
  7. Masukkan garam dan perasa kacau rata.
  8. Kemudian taburkan bawang goreng.

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.