~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Siput al Sedut

Ini menu entah kurun bile punye... baru teringat nak menepek kat blog aku ni ha. Siput sedut masak sambal kicap, seriously aku memang tak penah masak siput sedut masak sambal kicap. Kebiasaannya masak sambal biasa or masak lemak or masak asam ngan batang keladi or suloh keladi. Tapi oleh kerana En. Hubby request nak makan masak sambal kicap kaw-kaw pedas punya, so aku bedal je resepinya... Time nak masak tu, aku redha je dan berdoa.. moga-moga we all laki bini tidak dikejarkan ke hospital gara-gara masakan aku. Ha ha....

Tapi alhamdulillah, resepi bedal membedal aku menjadi. En. Hubby aku kata "sedapppp hingga menjilat jari" dan makcik aku pulak kata "sedappppp walaupun pedas ala-ala nak membunuh". Hahahaha seriously, siput sedut masak sambal kicap aku tuh hari super duper pedas. Dah laki aku request "kaw-kaw pedas" maka aku sebagai isteri yang mithali (mithali la sangat) ini hanya mengikut perintah. Hahahahaaa....

Jom terjah resepi bedal membedal aku....

SIPUT SEDUT SAMBAL KICAP

Tengok macam tak pedaskan!!! Tapi jangan korang berani2 makan kalau tak tahan...

Bahan-bahan :-D
  • 1kg Siput Sedut (bersihkan)
  • 2 sb Sos Tiram
  • 3 sb Kicap Pekat
  • 1/2 cwn Kicap Manis
  • 2 helai Daun Limau Purut
  • 1 batang Serai (titikkan)
  • Sedikit Air
  • Minyak
  • Air Asam Jawa/ Jus Limau Nipis secukup rasa
  • Garam dan perisa secukup rasa

Bahan kisar :-D
  • 4 biji Bawang Merah
  • 2 biji Bawang Besar
  • 4 biji Bawang Putih
  • 2 batang Lada Merah
  • 10 btg Cili Padi Merah
  • 10 btg Cili Padi Hijau (cili thai mari)
  • 20 batang Lada Kering
  • 1 sb Lada Hitam
  • 1 inchi Halia

Cara-cara ;-D
  1. Tumiskan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan segala macam kicap dan sos tiram.
  4. Masukkan siput dan daun limau purut kemudian gaul rata.
  5. Kemudian masukkan air asam jawa, air dan garam sedikit.
  6. Bila rasa dah ok tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


NotaDihujungjari
***Kalau tak kuat makan pedas macam aku ni, kurangkan kuantiti lada cili.
















0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.