~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Sup Sayur ala Tom Yam

Bile dah muhsan makan daging, ayam, ikannnnn... ikan.. ikan... maka menu terus bertukar kepada sayur. Segala-galanya sayur... no rendang daging, no ayam masak cili padi no ikan masak sambal cili... ohhh no no no.... Bile sampai tekak vegetarian, sila lupekan semua itu sampaikan En. Hubby pun terbabit sama.

Hahahahaaa... nasiblah badan, dah chefnya aku dan yang menentukan menu pun aku, makaaaaa sila ikut selera aku. Hik hik hikk... tapi takdelah teruk sangat sampai berminggu-minggu makan sayur, kan sayang kannnn.... tapi apa salahnya makan sayur, sayur itu bagus ape!!!! Betul tak????

Oklah takmo celoteh panjang lagi... meh menjeling resepi aku ni ha... Resepi ikut naluri hati aje, takde nak belek-belek buku 365 Resepi or membelek kat tenet bagai.


Sup Sayur ala Tom Yam




       



Ini picture selepas aku menyamtap sakan ngan En.Hubby.. lapo bebeno sampai terlupe nak snap awal-awal. Orang tengok pun dah macam tak selera je nak menerai resepi aku. Hahahaha tapi ape aku kesah.. ini blog adalah untuk ingatan di hari tua aku dan untuk tatapan generasi aku akan datang, insyaAllahhh....















 Bahan-bahan :-D
  • Kacang Panjang
  • Putik Jagung
  • Lobak Merah
  • Kubis Bunga
  • Brokoli
  • Tomato
  • Cili Padi
  • Jus Limau Nipis
  • Air dari Stok Daging (ahahaha ada gak dagingnya)
  • Garam 
  • Air
Bahan Tumis (di mayang halus) :-D
  • Minyak
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih

Cara-cara ;-D
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan air dari stok daging dan tunggu hingga didih. (kalau takde stok daging pakai stok ayam or seafood pun boleh jugak)
  3. Masukkan sayur-sayuran dan biarkan mendidih lagi.
  4. Masukkan garam dan jus limau nipis secukupnya.
  5. Bila rasa dah cukup, tutup api dan sedia untuk di hidang.
  6. Taburkan daun dup dan bawang goreng barulah sedap dimakan.

NotaDiHujungKaki:-
Jangan masak sayur terlalu lama kerana segala khasiat, zat, vitamin segala bagai akan terbang ke awan. Makan sayur yang telah dimasak lama dan dicuci lama sehingga menghilangkan segala nutriennya samalah seperti kita makan rumput, iskkk itulah ayat lecturer B.I aku dolu masa belajar. Hu hu huuuu




2 Ng0mel-ng0mel:

Zana Adieyza said...

yummy2!! thanks share resepi.. nnti zana nak cuba jugaklah..

Lieya said...

Ha haaaa silalah cube zana... good luck

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.