~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Aku BELI rumah dengan DUIT

Ooooo sangat seronok bile dapat tau akan dapat kunci rumah. Oooyeahhhh... aku dapat berita dari pemaju bahawasanya aku dah boleh pegi amik kunci kat opis pemaju. Itu pun setelah berbulan-bulan menunggu dengan penuh kesabaran dan dengan penuh menanggung perit membayar 2 bijik rumah. 

Maka dengan rasa bangganya aku dan En. Hubby ke opis pemaju rabu lepas untuk buat bayaran terakhir sebelum mengambil kunci. Lepas settle membayar kite orang pun terus ke rumah yang telah pun ditunggu oleh salah seorang pekerja pemaju. 

Sampai-sampai je kami terus dibawa masuk ke rumah, so cek sikit-sikit mana yang perlu dikomplen kepada pemaju. Aduhaiiii... walaupun dengan mata yang rambang macam tu kami still boleh tengok akan kekemasan pembuatan rumah aku tu.Mata aku kate SEDEYYYY tauuu tengok rumah tu.

Jadi untuk hari minggu ni, tugasan aku dan En. Hubby adalah untuk memeriksa dengan terperinci lagi keadaan rumah yang pembuatan tidaklah proper... Ini macam memang nak kene tembak kontraktor yang buat rumah aku tu tau. Ingat aku beli rumah tu murah-murah agaknye... GERAMMMMMMMM.. Korang ingat aku ngan En. Hubby ni olang kaya ka....


Ini namanya tampalan asal boleh...

Gambar 3 - Tingkap sliding door, bile dah bukak tak boleh nak tutup... kene tolak sekuat tenaga dan sampai tingkap terjongkit baru boleh tutup.
Gambar 4 - Tiang pagar yang berpaku dan simen yang menganga.... beserta pagar tak boleh ditolak masuk ke dalam....


Haaaa aku dah kata tak properkan!!!!! Ni baru belajar buat wayering ke ape!!!

Cermin tingkap bilik yang pecah dihujungnya, tu tak dikira pulak grillnya yang bengkang bengkok

Haaaaa part ni je hati aku sejok sikit.... Rumah aku dah pasang grill... yeayyyyyyyy

2 Ng0mel-ng0mel:

nUR_rOsALiNdA said...

Kak, macam mana akak beli rumah hari tu? Maksud kita macam mana kita nak tau pemaju baru naik kan rumah ke..Sebab sblm ni kita beli rumah atas org..

Lieya said...

Woooo soklan ye.. he he... pertama pegi pemaju, pastu tanya ngan pemaju tu ada uma kosong lg tak. Tp bende2 ni semua kite kene rajin serveylah, kadang pemaju2 uma ni ade bukak boot gak kat shopping2 kompleks.Pendek kata kene rajin servey menyervey... ada nampak rumah nak naik, tengok nama pemajunya...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.