~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Tandukan Zenadina Zidane

Fuhhh fiuhhh akhirnya demam piala dunia FIFA berakhir malam tadi.. Hehehheeh... Tapi pengakhiran yang memang memeranjatkan seluruh dunia, apabila Zinadine Zidane menanduk pemain Italy Marco Materazzi dengan kepalanya. Perghhhhh smua orang tak sangka Zidane wat macam tu. Terror nye dierrr... mentang-mentang dah nak pencenn. Satu-satunya sejarah dalam permainan bola sepak pemain menanduk pihak lawan, bukan menanduk bola. Zidane dah mencipta recordnya dan juga record dunia. Siapa sangka kannnn... Aku, abah and abang ngah terkezuttt tengok ape yang Zidane buat. Mesti Zidane lepas geram sebab tak dapat tandung bola... Alahai Zidaneee...
petikan dari Harian Metro yang aku ambil pagi nie...
Itali juara kali ke-4
BERLIN: Itali muncul juara Piala Dunia selepas menewaskan Perancis 5-3 melalui penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan itu terikat 1-1 dalam perlawanan 120 minit waktu tambahan di Stadium Olimpik Berlin, awal pagi tadi.
Kemenangan itu memberikan Itali takhta Piala Dunia keempat selepas menjuarai pada 1934, 1938 dan 1982.
Perancis gagal meneruskan kecemerlangan 1998 apabila sepakan penalti penyerang gantian, David Trezeguet terkena palang gol sekali gus mewarnai kepahitan persaraan kapten Perancis, Zinedina Zidane yang dibuang padang pada minit ke-110 kerana menghantuk kepalanya ke dada pertahanan Itali, Marco Materazzi selepas dua pemain itu berperang mulut pada waktu tambahan.
Pemain pertahanan Itali yang membuat penampilan pertama di Piala Dunia, Fabio Grosso memastikan kemenangan mutlak negara itu apabila menyudahkan sepakan penalti terakhir. Zidane, 34, membuka jaringan pada minit ke-7 sebelum Materazzi menyamakan kedudukan 12 minit kemudian untuk memberikan final Piala Dunia pada babak pertama terikat 1-1 pada separuh masa pertama.
Penalti itu diberikan selepas pemain sayap, Florent Malouda terjatuh apabila dicabar Materazzi dan Fabio Cannavaro.
Bintang Real Madrid itu melambungkan bola mengenai palang dan hanya sedikit melepasi garisan gol dengan penjaga gol, Gianluca Buffon tertewas.
Itali pantas menyamakan kedudukan apabila Materazzi melonjak tinggi melepasi pemain tengah Perancis, Patrick Vieira untuk menanduk masuk bola sepakan percuma Andrea Pirlo pada m-19. Penjaga gol, Fabien Barthez gagal menampan bola yang melencong masuk ke gawangnya.
Juara dunia tiga kali itu hampir mendahului apabila mengambil kesempatan kelemahan benteng pertahanan Perancis yang alpa melalui satu lagi sepakan sudut tetapi tandukan penyerang, Luca Toni singgah di palang dengan Barthez sekali lagi tertewas.
Dua jaringan itu dan aksi turun-naik yang tidak menentu pada babak pertama mula mewarnai perlawanan itu yang diramalkan berlangsung dalam keadaan bosan, kurang menarik berikutan reputasi dua skuad dikenali memiliki benteng pertahanan yang kental.
Thierry Henry terjatuh pada awal perlawanan itu apabila kepalanya terlanggar bahu Cannavaro. Dia kelihatan terhoyong-hayang dan berjalan keluar padang seketika sebelum meneruskan perlawanan beberapa minit kemudian.
Pada minit keempat, Gianluca Zambrotta menerima kad kuning kerana melakukan bentesan lewat terhadap Vieira di luar kotak penalti.
Willy Sagnol diberikan kad kuning pada m-12 oleh pengadil Argentina, Horacio Elizondo kerana melakukan kekasaran terhadap Fabio Grosso dengan tapak kasutnya.
Itali beraksi pada perlawanan itu dengan formasi sama 4-4-1-1 yang digunakan ketika menang 2-0 pada separuh akhir mengatasi Jerman dengan Francesco Totti beraksi selaku perancang di belakang Toni. Jurulatih Perancis, Raymond Domenech turut menggunakan sistem yang sama untuk kali keempat berturut-turut pada Piala Dunia kali ini.
Zidane yang beraksi pada perlawanan terakhir kariernya menggunakan formasi 4-2-3-1. Henry berseorang di bahagian pertahanan diikuti pemain sayap, Franck Ribery dan Malouda.
Thuram membuat penampilan kali ke-122 bersama William Gallas di pertahanan tengah Perancis. Thuram bersama pemain tengah, Claude Makelele akan bersara daripada aksi antarabangsa selepas final itu.

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.