~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

PerGinya Tak KembAli

Tanggal 04 September 2006 bersamaan 11 syaaban 1427 tepat pada jam 1.40 pagi aku dikejutkan dengan deringan telefon rumah aku. Tiba-tiba aku terdengar raungan Mak yang menyambut telefon, dan kemudian aku bergegas keluar dari bilik mendapatkan Mak. Aku lihat ganggang telefon dah terlepas dari genggaman Mak, Mak terduduk sendu di sisi meja. Aku capai telefon dan mendengar suara di hujung talian, aku dengar suara Mak Ani dan Mak Ani mengatakan bahawa Mak Ngah telah kembali ke rahmatullah tepat jam 01.33 pagi. Ya Allah dugaan apakah ini untuk seluruh keluarga aku setelah 5 tahun pemergian arwah adikku. Begitu sedih aku rasa kan, menangis aku tanpa airmata kerana aku tersentak mendengar khabar berita itu. Baru minggu lepas aku menghantar Mak Ngah pulang ke rumahnya di Singapura dari menghadiri majlis perkahwinan bapa saudara aku di Kota Tinggi dan baru pagi sebelum kematian aku berbual dengan arwah. Ya Allah kuatkan iman aku sekeluarga. Aku bergegas menelefon keluarga yang lain dan sejurus itu juga airmata mengalir laju bagai hujan yang menyimbah bumi, dan kemudian aku bergegas pulang ke kampung halaman, Kg Pekajang Gelang Patah meredah keheningan pagi. Sesampai di kampung semua adik beradik nenek, mak dan abang-abang aku sudah menanti. Aku sekeluarga berangkat pula ke Jurong West, Singapura. Aku sampai di rumah arwah pada pukul 4.30 pagi. Aku terus mendapatkan sepupuku Azura yang sedang sarat mengandung dan sepatutnya keesokkan pagi pukul 9.00 Zura kene operation sebab dia dah lewat melahirkan anaknya dari tarikh yang ditetapkan. Bila terpandang saje wajah aku airmata Zura mencurah bagaikan hujan yang lebat. Aku tenangkan dia, semampu yang boleh walau aku tahu aku sendiri sedih. Kemudian aku mendapatkan arwah. Ya Allah terpandang saje sekujur tubuh yang terbaring tidak bernyawa di katil, dan terpandang oleh aku Mail anak lelaki kepada arwah yang sedang menangis di penjuru katil lagi membuatkan aku sedih tak terkata. Aku ratapi wajah arwah yang tersenyum seolah-olah arwah masih bernyawa. Surah Yasin aku sedekahkan, hanya itu yang mampu aku lakukan sambil mata yang tak penah kering dengan airmata yang mengalir membasahi pipi. Tiada seorang pun yang dapat melelapkan mata ketika itu, hanya airmata yang menemani diri masing-masing juga surah Yasin dan tahlil yang dibaca silih berganti. Menjelang pagi hingga ke tengahari semakin ramai yang datang melawat silih berganti sehinggakan rumah 2 tingkat itu penuh di setiap penjuru. Aku tahu mengapa, kerana arwah seorang isteri, ibu, anak, adik, kakak, makcik, nenek dan seorang sahabat juga saudara yang cukup baik. Arwah seorang yang amat baik pada semua yang dikenalinya. Semua orang menyenanginya. Tak ketinggalan juga aku, aku antara anak saudara yang rapat dengan arwah. Aku jugalah yang selalu mengambil, menghantar arwah pulang ke Singapura atau balik ke kampung atau ke mana saje arwah nak pergi pasti aku yang dipanggilnya, dan rumah arwah jugalah tempat aku tinggal ketika cuti zaman persekolahan dulu. Tak kira senang atau susah kami sekeluarga bersama, aku dan arwah bukan lagi seperti ibu saudara dan anak saudara. Tapi arwah sudah seperti ibu aku sendiri. Buat pertama kalinya aku turut serta memandikan jenazah orang meninggal, walaupun sebelum ini aku antara orang yang paling takut nak memandikan jenazah. Tidak aku tahu dari mana datangnya kekuatan itu dan Alhamdulillah arwah dapat dimandikan dan dikhafankan dengan mudah sekali. Bukan hati aku saje yang berdetik malahan Ustazah yang mengetuai pun mengatakan bahawa jenazah Arwah cukup mudah diuruskan dari dimandikan hinggalah dikhafankan walaupun arwah agak sihat begitu juga ketika dikebumikan, aku tahu itu kerana aku juga turut serta mengiringi arwah ke tanah persemadiannya. Ketika kali terakhir kami sekeluarga diberi peluang untuk mengucup arwah, tiada seorang pun yang tak mengalirkan airmata. Cukup menyayat hati bila Azura, Mail, Pak Haris, Uncle Atan, Mak Ya, Nenek, Mak juga yang lain meraung seperti tak boleh menerima pemergian arwah. Cukup pilu hati aku bila melihatkan wajah nenek, patah hati aku bila melihatkan wajah Pak Ngah suami kepada arwah juga sayu hati aku bila terpandangkan Zura, Mail, Nayli, Mak serta keluarga yang lain. Terlalu pedih aku rasakan untuk terima ketentuan Allah ini. Namun apakan daya, walau sayang kami kepada arwah setinggi langit, tak boleh dilawan dengan sayangnya Allah terhadap arwah. Dan semalam sepupuku Azura anak kepada arwah selamat dibedah pada pukul 1.30 petang. Aku dapat seorang lagi anak saudara perempuan, sangat comel secomel kakaknya Nayli. Rian Marsya nama yang dipilih sendiri oleh arwah, dan sepupuku Azura meletakkan nama itu sebagai nama anak keduanya. Jenazah arwah selamat dikebumikan selepas solat Zohor. Ya Allah berkatilah Mak Ngah ku Rahimah Binti Esa, KAU ampunilah dosa-dosanya, tempatkanlah Mak Ngah ku ditempat orang-orang yang beriman ditempat orang-orang yang KAU kasihi.
....Al-Fatihah...

1 Ng0mel-ng0mel:

Lieya said...

Terima Kasih Noh, aku juga mengharapkan begitu. Amin..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.