~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Pose yAng y0k, paGi-pAgi bukAk peri0k

Lagi kisah di Era Rentak Muzik Terkini. Tajuk perbualan pagi nie antara Apek, Khairil and Kiran serta pendengar Era pasal "Pose yang yok, pagi2 bukak peri0k". Hmmm puasa di zaman kanak-kanak Apek and K&K macam nie...
"Mase time mandi, sambil mandi sambil minum air"
"Apek plak kantoi bila bibir dia merah sebab dia minum air sirap" Kahkahkahkahkahhh...
dan yang sebenarnya aku pun sikit lebih kurang cam dia orang gak. Mase umor aku 6 tahun mak aku dah ajar aku berpose. Bukan pose setengah hari tapi mak aku paksa aku pose 1 hari. Aku nak ponteng jangan harap dapatlah. Bila masuk darjah 1 lagi lah takleh nak ponteng. Kebanyakkan kawan2 aku mase tu siap bawak bekal pegi sekolah. Aku yang tengok nie hanye telan air liur jelah. Waaaaaaa mase tu aku rase mak zalim sangat sebab paksa aku pose dan tak bagi aku berbuke pose tengahari. Sudahnya setiap kali balik sekolah pagi and petang konfem aku pegi mandi. Atas alasan nak segarkan badan, tapi yang sebenarnya sambil aku mandi sambil aku minum air. Air paip pun air paiplah janji aku dapat air. Hehehehheh... Kalau tak silap aku betul2 aku pose penuh darjah 3. Itu pun selepas kantoi ngan mak aku panjat pokok kelapa. Mak pelik macam mana aku bleh kuat panjat pokok kelapa sedangkan aku pose mase tu,dah le kudrat kanak-kanak perempuan, kuat mana!!!. Dah le gitu abg long and abg ngah pun tak larat nak panjat, dia orang tunggu kat bawah aku plak yang kat atas pokok. Mana tak kantoiiii!!! soal punya soal...haaaa bocor rahsiaaa... Wahkahkahkahkahh terok aku kene belasah ngan mak. Pastu tobat tak nak wat lagi dah. Dan sampailah ke sekarang setiap kali Ramadhan tibe pasti aku teringat kisah lama. Hehehe... Macam-macam ada... Kowang plak macam mana. Ntah-ntah lebih terok dari aku kot...Muahahahahahaaaa

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.