~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

seLubunG ibAdAt

Semalam selepas keje aku ke JJ Taman U. Saje jalan-jalan cuci mate. Tapi yang pastinye perjalanan aku kali ini bertujuan. Bukanlah saje-saje merambu tak tentu hala or seperti kate mak ukur jalan. Cuci mate tu kire kerja sambilanlah, bak pepatah melayu “sambil menyelam sambil minum air”. Heheheheheh….
Dan perjalanan aku pun kali nie bukanlah lone ranger seperti biasa, kali nie saje aku heret mak, Akim, Dian dan Rin. Sampai je kat JJ dah 7.30 malam. Kami terus ke surau utk menunaikan tanggungjawab yang wajib kami laksanakan. Seusai solat, aku tunggu mak ngan Dian dibahagian belakang. Tibe2 ade sowang akak, dok sibuk mencari beg tangan dia yang diletakkan dibawah telekung. “Iskkkk takkan ilang plak dalam surau nie”, walau aku tau perkara sebegini memang sudah acap kali berlaku. Di mana saje berada kite takleh leka. Puas akak tu selongkar seisi surau, tapi tak jumpe gak beg dia. Konfem dah kene curi. Akak tu terus keluar mungkin nak mencari di luar pulak. Selang beberapa minit kemudian dia masuk kembali dan bertanye lagi pada aku dan ahli surau yang lain, yang pasti memang aku tak nampak ape lagi perasan beg akak tu.
Kesian gak aku kat akak tu. Yelah mesti banyak duit, barang2 dan segala dokumen penting dalam beg dia. Selesai semuanya kami keluar dari surau, dan melihat akak tu baru keluar bilik air. Dia datang pada aku, mintak ehsan pinjamkan dia duit sebab dia nak telefon suami dia. Aku terus bagi henpon aku tapi malangnya tak dapat dihubungi lantas aku dan mak terus bagi sedikit wang sebagai ehsan aku sesama manusia. Dan akak tu terus berlalu menuju ke telepon.
Menurut kate Rin yang menunggu di luar ketika kejadian, dia ade nampak 2 beranak masuk dan keluar dalam keadaan terburu2, manakala anak makcik tu plak keluar dengan beg yang besar sedangkan sebelum tu dia masuk dengan keadaan beg yang kempis. Mmmmm kami cube mencari jejak langkah 2 beranak tu, tapi apekan daye tak jumpe. Akak tu pun aku tak jumpe, mungkin dia terus pegi buat report kat security guard.
Ape yang aku kesali skang nie ialah, mengapa tempat beribadat kite dijadikan tempat untuk mencuri. Berselebung Ibadat, sedangkan pada hakikatnye…!!! Manusia zaman sekarang dah tak kire tempat untuk membuat kejahatan. Dimanakah perikemanusiaan mereka sesame manusia, takde hati dan perasaan dah agaknye!!!
* menCari keSenAngAn deNgan jAlAn yaNg muDAh....???!!!??

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.