~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

MingGu beRpuAsa

Sedar tak sedar dah 3 minggu smua umat Islam berpuasa. Begitu cepat betul mase berlalu skarang nie. Bahang raye pun dah terasa lebih2 lagi bila radio2 mula mendendangkan lagu2 raye. Wahhhhh nak raya sakan r tahun nie. Ape lagi bile aku kira2 baki cuti aku ada banyak lagi. Boleh di ambil hingga ke hujung bulan. Tapi bile di antar ke Sanjiva dia tak nak luluskan cuti aku. Waaaaa dia soh aku naik gak lepas raye. Pastu seminggu or dua minggu sebelum ujung bulan baru aku boleh bercuti kembali. Aduhaiiiiii kenelah bekerja jugak lepas 3 or 4 raye.
Mmmm program berbuka puasa aku sekeluarga tahun nie pun kurang, tak seperti tahun2 lepas. Minggu pertama berbuka puasa di rumah aku. Minggu keduanya berbuka puasa antara kuarga sendiri. Minggu ini pulak aku berbuka puasa di Singapura, rumah Zura. Aku sampai rumah Zura jumaat malam sabtu selepas berbuka puasa di rumah nenek. Sampai je kat rumah Zura kami terus menjalankan xtvt yang telah kami rancang awal iaitu buat kuih raye. Malam tu kami hanye mampu buat 2 jenis kuah raye je. Kemudian operasi seterusnya dijalankan pada hari sabtunye pulak. Kemudian pada petangnya kami bergerak ke Geylang Serai, untuk mencuci mate dan berbuka disane. Tapi oleh kerana keadaan tidak mengizinkan kami terpaksa berbuka puasa di kaki 5 Geylang Serai aje, pun dengan sedikit kuih muih dan air lemon tea. Tapi nasib baik bukan aku ngan kuarga je yang terpaksa berbuka di tepi kaki 5, malah ramai lagi yang senasib dengan kami. Tepi kaki 5, tepi jalan, belakang tiang, belakang kereta lori bas moto, ke mana2 aku pusing semua ade orang berbuka puasa malah ade gak yang siap bawak kuali ngan dapur, kerusi juga meja sendiri asal dapat berbuka selepas membeli belah kat Geylang Serai yang merupakan bazar terbesar di Singapura. Hehehe kelakar pun ade mase tuh. Nie smua berlaku bile semua meja dah habis ditempah 2 3 hari yang lepas dan tak kurang gak ade yang sanggup menunggu dari pukul 5 petang. Hiskkkk ade ke patut. Mmmm sudahnye kami semua dapat makan dengan selesanya lebih kurang pukul 8 malam itu pun masing2 terpaksa jadi pak pacak disetiap meja. Kalau takkk... alamat kebulurrlah kami tak makan. Hehehe ape2 pun tu semua menjadikan kami supaya lebih bersabar dan menjadi pengajaran kepada kami supaya lain kali menempah meja awal2.
Selepas je pulang dari Geylang kami berehat sebentar dan kemudiannya menyambung kembali xtvt membuat kuih sehingga pukul 2.30 pagi. Pada pagi ahadnye pulak kami menziarahi kubur Arwah Mak Imah. Selepas tu baru kami berpusing membeli belah. Wahhh penat tak terkata mase tuh. Pada pukul 12.30 aku ngan yang lain2 berangkat pulang ke rumah nenek dan berbuka puasa di rumah nenek untuk yang kesekian kalinya. Seronok sangat biler dapat berbuka beramai2, terasa riuh suasana berbuka puasa mase tuh. dan kemudiannya aku berangkat pulang ke rumah pada jam 8.00 malam, dan sampai rumah lebih kurang pukul 9.15 malam.
*Minggu depannye plak Majlis berbuka puasa keluarga di Taman Merdeka Johor.

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.