~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

tRageDi 14 September 2008

Ahad pukul 09.30 pagi aku terima panggilan dari Makcik membawakan perkhabaran yang memeranjatkan dan menyedihkan kami sekeluarga. Perkhabaran yang disampaikan ialah kedai Pakcik Tik dan Abg Akim habis hangus terbakar dijilat oleh api tanpa meninggalkan sedikit pun saki baki pakaian, yang tinggal hanyalah sekadar rangka-rangka besi yang digunakan untuk menggantung segala baju, kain, tudung, dan bermacam lagi jenis pakaian dikedainya. Kesedihan itu aku kongsi bersama dengan Mak dan Abah, dan kami segera bergegas ke tempat kejadian untuk mengepohkan diri dan menyaksikan sendiri bagaimana hangusnya kedai pakaian Pakcik Tik dan Abg Akim.

Sesampai di sana aku lihat Abg Akim duduk termenung, sempat aku sape Abg Akim dan aku lihat matanya merah menandakan yang dia baru lepas menangis. Sedihhh... ye itulah kali pertama aku lihat Abg Akim sesedih itu, sebab pada malam kejadian Abg Akim baru saje berbelanja dan segala barang yang baru dibeli dimasukkan ke stor kedainya. Patutlah dia sedih sangat, tak siapa pun kan!!! Sedang aku yang hanye melihat nie pun reti sedih ape lagi tuan punye kedai. Selepas itu aku berjumpe dengan Pakcik Tik dan Makcik dibazarnya yang sedikit bernasib baik kerana barang-barang dari kedai mereka dah dimasukkan sedikit ke bazar ramadhan dan kemudiannya aku bertanyakan bagaimana boleh berlakunya kebakaran nie.

Selepas nie aku pun tak tahu lah ke mana mereka nie nak berniaga. Kedai dah habis hangus terbakar, Pakcik Tik mungkin masih bernasib baik lagi kerana dia ade 1 lagi kedai di Kukup Laut, tapi bagaimana pula dengan nasib Abg Akim!!!... Semoga Pakcik Tik, Makcik dan Abg Akim sekeluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan ini, pastinya ade hikmah disebalik kejadian ini yang tidak kita ketahui...

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.