~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Operator Celcom CELUP

Aku terima call dari Celcom Care Line 03-21704666 pd 13-3-09 @ Jumaat tepat jam 3.44pm. Perbualannye begini....

Operator Celcom celup:

Selamat petang, saya ______ (aku tak hengat plak name minachi tu) dari Celcom Care Line nak offer cik untuk buat celcom 1+5. Sebelum tu saya nak ingatkan Cik ye yg perbualan kite nie dirakamkan.

Aku:

Selamat petang. Emmm saya dah buat la Celcom 1+5 tuu... takkan takde record???

Operator celcom celup:

Ohhh yekee??? (dengan suara blurnye) Cik dah daftar berapa nombor???

Aku:

Setakat nie baru 2 je. Kenapa??? (lagi aku blur sbb sepatutnya Celcom ade semua maklumat pasal kite, kan kan kannnn)

Operator celcom celup

: Cik nak buat penambahan lagi tak??? Kalau nak saya boleh tolong registerkan. Lebih mudah, so Cik tak perlu ke Center celcom untuk buat penambahan. Cik cume perlu bagi no telefon yg cik nak tambah, selepas tu pihak kami akan registerkan selepas tu kami akan buat penghantaran simcard pada cik. Pembayaran melalui bank.

Pada mulanya aku rase seperti nak buat jugaklah sbb senang by online jerkkan. Tak yah susah2 aku nak ke center celcom. Tapi dlm pd aku nak wat tu otak aku berfikir ligat, kenapa plak dia takde record aku semua. Kan kan kannn.. aku curiga kat situ... Haaa teruskan membace...

Aku:

Mmmm takpelahhh terima kasih aje, saya lebih suke ke celcom center. Saya rase itu lebih mudah tak perlu tunggu untuk simcard sampai apa semua.

Time nie minachi tu mula terdiam sekejap. Pastu dia sambung cakap lagi.

Operator celcom celup:

Kalau cik pergi ke celcom center, cik tak terus dapat simcard, cik buat pendaftaran dan pembayaran lepas tu cik kene collect simcard tu keesokkan harinya.

Aku jadi penin kejap sbb sebelum nie lepas aku wat pendaftaran n pembayaran pesemua, dia orang terus bagi simcard.

Aku:

Ehhh takdelahhh... saya terus dapat simcard time register tu.

Operator celcom celup:

Tidakkkk... cik kene collect simcard tu selepas sehari buat pendaftaran. Kan susah macam tu. (mase nie intonasi suara si minachi nie dah berubah tinggi volumenye)

Aku:

Laaa saya sendiri yg pegi wat registration utk 2 nombor 1+5 tu, saya tau lahhhh.. kedua2nya saya dapat selepas saya buat pendaftaran tak perlu nak tunggu sehari ke 2 hari ke. (dengan suara yg bengang)

Operator celcom celup:

Saya cakap simcard hanye boleh dpt selepas sehari pendaftaranlah... Cik nak buat ke tak nak nie??? (mase nie suara minachi tu memang dah betul2 marah kat aku)

Ehhh dlm hati aku aphal minachi nie nak marah aku plakkan. Suke hati aku la nak buat ke tak nak. Asal plak nak marah2 aku kalau aku tak nak buat ngan dia.

Aku:

Takpelah kalau saya nak buat saya pegi celcom center sendiri.

Lepas tu tanpa mengucapkan terima kasih or (cik ada apa2 pertanyaan lagi?) ayat nie kebiasaannye operator celcom akan cakap sebelum memutuskan talian, minachi tu terus meletakkan gagang telefon. Aku plak tercengang sekejap sbb tergamam dengan sikap operator celcom tu.

Hari ni plak aku telefon celcom care line utk bertanyekan sedikit pasal bil 1+5 yg aku buat. Lepas settle pasal bil aku, aku pun menceritakan perihal yg aku lalui minggu lepas. Aku ceritakan 1 per 1 sepertimane cerita di atas. Lepas tu kowang nak tau ape feedback yg aku dapat. Operator celcom tu cakap dari semakan record calling celcom tiada seorang operator pun yg menelefon aku pada tarikh berkenaan yg ade hanye penghujung tahun lepas. Sekali lagi aku jadi blur... tp kemudian aku mengucap syukur sbb kali nie aku tidak tertipu. Iskkk entah minachi mane lah agaknye yg menyamar jadi operator celcom tu. Operator celcom yg sebenar tu pun mengingatkan aku supaya selepas ini berhati2 jika menerima panggilan seperti itu.

So kepada kawan2 yg menggunakan no celcom, kalau dapat call dari 03-21704666 jangan layan. Penipu tu semuaaaa.... jangan terpedaya ngan tipu helah mereka.

3 Ng0mel-ng0mel:

DH said...

aiii....skarang ni makin banyak kes tipu & jenayah ntah apa ni...apa nak jadi la...ni lagi terang2 nak tipu...apa raa....
neway, thanks for info :)

Anonymous said...

kalau operator 1+5 datang pon.
tayah layan. nak amik salinan ic kite je. my friend dh penah kne da.

Anonymous said...

hi, saya pn baru je dpt cl no ni 3.37pm td..mujur sy x layan..bercakap 3 sec ja..lg pn baru habih hangin ngan HSBC card credit agent yg sama jugak putar belitnya..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.