~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Tragedi Kuih Raya 2009

Tahun nie projek buat kuih raya diadakan pada ujung minggu yg baru nie. Lokasinya seperti biasalah mane lagi kalau bukan di rumah sepupu aku si Zura tu. Memandangkan tahun nie ade sedikit kemalasan dalam diri memasing terutamanya aku, jadi kami semua sepakat membuat kuih sebanyak 3 jenis je berbanding tahun2 lepas. Kami memulakan operasi membuat kuih lebih kurang pada jam 8.30 pagi sabtu, dimulakan dengan membuat kuih yg paling mudah dan ringkas apelagi kalau bukan cornflakes madu. Selesai mengadun aku dan yg lelain pun menjalankan tugas dengan memasukkan adunan ke dalam mangkuk kuih. Kemudian terus masukkan kuih cornflakes madu tu ke dalam aven. Selang beberapa minit terdengar bunyi letupan kecil dari aven spupu aku tu dan besertakan letupan kecil tu karen kat uma spupu aku pun terus mati. Lepas dihidupkan semula karen, tunggu punye tunggu kuih tak masak2. Tengok2 aven spupu aku tu tak panas2, rupe2nye aven tu dah rosak dah. Menggelabah gak kite orang nie, lepas tu sepupu aku mendapat idea meminjam aven mak mentua dia. Lepas spupu aku p amik aven tu kami pun dengan rase gembiranya memulakan operasi, tapi belum lame bile spupu aku nak menaikkan suhu panas aven tu karen terus trip lagi. Aduiiii bengangggnyeee... berkali2 kami buat tapi tetap trip. Korang bayangkan dari pukul 8.30 pagi sampai ke tengahari 1 kuih pun tak berbakar lagi.

Kemudian spupu aku tu bawak la aven tu ke kedai kononnye nak betulkan, tapi tokey kedai tu cakap kene tunggu seminggu baru boleh siap. Lepas tu spupu aku pun pegi la ke kedai2 elektrik yg berdekatan, servey punye servey aven semua dah sold out, kalau nak pun kene tunggu dalam mase 5 hari. 5 hari ok, 5 hari tu dah raye kan. Last2 spupu aku terpaksa menebalkan mukenye meminjam aven dari kawan dia memandangkan kuih dah beradun. So terpaksa jugala spupu aku tu pinjam aven si Yenny tu, kawan spupu aku tu laaa. Haiiii la Yenny nasib baik kau ade aven, kalau idak tak siapla kuih kite orang tu... dan akhirnya kite orang berjaya menyiapkan 3 jenis kuih tu pada pukul 2 pagi. Terima kasih Yennyyyyy.. kalau bukan krana aven kau, kompom kuih kite orang x jadi... huhuuhuuu

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.