Arwah telah kembali ke rahmatullah lebih kurang pada pukul 5.30 petang hari sabtu (22 Ogos 2009), tapi anak2 dan suami Arwah hanya mendapat tahu tentang pemergiannya pada hari ahad pukul 5.00 petang semasa mereka semua hendak melawat Arwah. Korang bayangkan perasaan anak2 dan suami arwah ketika mendapat perkabaran itu. Pakcik aku bertanya dgn Nurse yg bertugas ketika itu, namun Nurse itu memberi alasan yg dia telah memaklumkan pada pihak polis utk mencari waris Arwah. Persoalannya disini mengapa Nurse tu memaklumkan pada polis??? Adakah warisnya adalah polis sedangkan ketika membuat pendaftaran awal2 lagi keluarga Arwah telah meninggalkan 3 no telefon beserta alamat lengkap kepada pihak HSA jika berlaku apa2 kejadian. Tetapi pihak HSA langsung takde menelefon keluarga Arwah untuk memaklumkan pemergian Arwah. Menurut beberapa org penduduk kampung sebelah pada mlm sabtu itu, mmg polis ada datang mencari rumah Khatijah Husin, tetapi masalahnye Arwah bernama Azizah Md Yasin. Korang tengok bagaimana mereka melakukan tugas. Nama yg diberi langsung tiada kaitan dgn Arwah.
Korang mesti tertanye2 kenapa anak2 Arwah tidak menjaga Arwah. Untuk pengetahuan korang Makcik aku tu suspek H1N1 memandangkan badan Arwah panas terlalu tinggi hingga menyebabkan Arwah meracau2. Namun penyakit sebenar yg sedang menyerang Arwah pada ketika itu ialah sakit jantung, kencing manis dan pembuluh pernafasannya tersumbat. Jadi tak seorang pun anak2nya dibenarkan utk menjaga, dan memandangkan pada hari sabtu tu adalah puasa pertama, keluarga Arwah pulang ke rumah untuk memenuhi amanat Arwah untuk membuat kenduri pada puasa pertama serta menyambut puasa dirumahnya dan kerana itulah tiada seorang pun yg menunggu diluar wad seperti kebiasaan yg mereka lakukan semenjak Arwah dimasukkan ke HSA.
Susah aku nak menceritakan kesedihan yg menyelubungi kami ketika itu. Kenapa sewenang-wenangnya pihak HSA @ lebih tepat lagi Nurse yg bertugas ketika itu mengambil jalan mudah dgn hanye membuat report pada pihak polis, dan kemudian terus menghantar Arwah ke bilik mayat. Adakah ini misi dan visi yg mereka agung2kan??? Jika ini berlaku pada ahli keluarga mereka, mungkin mereka baru sedar betapa pentingnya untuk memaklumkan kejadian seperti ini pada waris yg ade.
-Al-Fatiha untuk Arwah Azizah Binti Md Yasin-
2 Ng0mel-ng0mel:
Al-Fatihah untuk arwah makcik ko.. buatlah surat aduan kepada pengarah hospital tu supaya perkara macam nie tak jadi lagi.. bukan niat nak hukum orang (nurse terbabit) tapi sekadar teguran untuk mutu & nama baik hospital.. aku sure pengarah hospital akan reply balik to ur family.. ;-)
Itu laaa.. aku dah ckp kat kuarga Arwah, aku x tau la dia orang buat ke idak. Nanti aku balik kg aku tanye. Kalau xbuat aku yg akan buat, thanks Umie coz bg cadangan.
Post a Comment