~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Gempa Bumi vs Tsunami

INFO TERKINI GEMPA BUMI: RABU 27 OKTOBER 2010 12.33 pm: Gempa bumi lemah bermagnitud 4.9 skala Richter telah berlaku di Barat Daya, Sumatera,Indonesia. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 3.5 Selatan longitud 99.6 timur - 712km dari Barat daya Melaka.

Berita ini telah menggemparkan seluruh dunia yg berlaku isnin lalu apabila berlakunya gempa bumi berserta gunung merapi telah mencetuskan tsunami yg berukuran setinggi 7.7 skala Richter di Barat Indonesia dan telah menyebabkan beratus2 org maut dan hilang dalam bencana alam ini. Namun setakat ini masih belum ade rakyat Malaysia yg dikatakan hilang. Itu yg disahkan oleh kedutaan Malaysia setakat nie. Aku bersyukur kerana aku dilahirkan di Malaysia, tiada gempa bumi tiada gunung berapi, tiada peperangan ganaz, seperti mana di negara-negara luar sane. Syukur alhamdulillah... Moga Allah sentiasa memberkati dan memelihara rakyat di Malaysia ini agar kite hidup aman dan damai.

Bila kuar pasal berita gempa bumi nie terus aku teringat tragedi 6 tahun lepas (26 Disember 2004), dimana gempa bumi 9.1 skala Richter di Aceh yang mencetuskan tsunami besar di lautan Hindi hingga meragut 230,000 nyawa di berpuluh negara tak terkecuali Malaysia. Masa hari kejadian aku sedang bercuti bersama keluarga kat Penang. Pada pagi hari kejadian aku baru sampai kat Batu Feringgi yg dikatekan pantainya cantik dan bersih.

Namun apa yg digembar-gemburkan oleh rakan aku, ternyata tidak benar sama sekali. Dari pandangan aku ketika itu, air lautnya sangat la kotor, busuk dan ombaknya yg sangat kuat sehingga mampu menumbangkan mak aku. Percaya atau tidak itulah yg kami hadapi. Mak aku siap jumpe rantai org india lagi, seriuss aku tak tipu. Tapi pagi tu aku tak mandilah, pasal aku dah penat sangat drive dr JB ke Penang, aku hanya bermain di gigi air kemudian aku tidur ditepi pantai tu je. Hanya mak, makcik juga sepupu2 aku saje yg mandi kat pantai Batu Feringgi tu.

Selepas beberapa jam kami kat pandai tu, kami pun bergerak mencari kedai makanan. Selepas makan, ketika dalam perjalanan pulang ke apartment yg kami sewa, pandangan kami tertumpu pd gelombang-gelombang ombak yg sangat besar berwarna hitam dan tinggi. Masing2 di dalam kereta memberhentikan kenderaan tak terkecuali aku, melihat dengan mata kepala sendiri kejadian di hadapan mata.Pada sangkaan kami itu fenomena biasa yg berlaku di situ. Beberapa ketika aku nampak beberapa org berkejaran, menangis mendukung anak masing2 yg lemas, muka kebiruan perot pun dah buncit. Ada yg menangis berkejaran mencari anak yg dah ditelan ombak hitam.

Beberapa minit berlalu kami semua pulang ke apartment yg di sewa. Terus kami membuka tv untuk mengetahui kejadian sebenar. T.S.U.N.A.M.I... ya itulah perkataan pertama yg keluar dr mulut aku. Bunyi ambulans berulang alik di sepanjang jalan Batu Feringgi itu.

Bila berita di tv mengatakan sekumpulan adik-beradik hilang di telan ombak, kami mengucap panjang. Kerana apa??? Kerana berdekatan kumpulan adik-beradik itulah keluarga aku mandi, dan berdekatan merekalah aku, abg, nenek dan pancik ku duduk. Subhanallah Maha Suci Allah yg melindungi kami sekeluarga. Aku benar2 bersyukur kerana Allah memanjang usia kami sekeluarga dan takziah kpd keluarga yg telah tiada.

Selepas kejadian itu lama kami tidak mendekati laut. Fobia rasanya... Kalau dulu kami sekeluarga sentiasa berpiknik di tepian pantai juga bermandi-manda.

Semoga mereka di Indonesia yg ditimpa ujian dari Allah ini, dilindungi oleh Allah S.W.T. dan pada yg telah terkorban marilah sama2 kite sedekahkan Al-Fatihah dan marilah sama2 kite memberi bantuan kepada mereka.

2 Ng0mel-ng0mel:

~ Lady ell ~ said...

ko pun mengalami gak tsunami tu..tp syukur nasib menyebelahi kan.

Lieya said...

Perghh kalau ingat2 balik, mmg aku bersyukur sangat2 beb...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.