~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Mandi Lulur di Rumah

Wahhh dengar je mandi lulur kompom korang semua sukakan, dan pastinya yg bakal jadi raja sehari nie la yg paling suka, kan kan kannnn... Haaa jangan nak tipu, tipu tu dosa ok. So meh sini aku ajar korang camne nak mandi lulur dengan cara paling mudah dan yg murah punye. Tak payah nak pegi ke saloon bagai, nie korang buat sendiri je kat uma, and ofkos dlm bilik mandi la yerk. Jangan korang pegi buat kat bilik tido plak, mau berlendir bilik korang nanti.

Ok langkah pertama yg perlu korang ada ialah sebiji kelapa parut. Mana nak dapat??? Tak reti2 pegi beli kat kedai. Kalau terlebih rajin tu bolehlah parut sendiri. Macam aku nie yg terlebey M nya, wajiblah aku membeli kat kedai and kene plak kat kawasan aku tinggal sebatang pokok kelapa pun xde. Kalau kat uma mak aku tu, ofkos laa bergayut2 buah kelapa kat pokoknye. Itu pun aku men tengok je.. xde rajinnye aku nak kukur or nak pegi parut sendiri kelapa tu, even uma aku ade mesin parut kelapa.

Haaa nak buat ape ngan kelapa parut nie, ok time korang mandi tu selepas korang dah kembangkan daki2 kat badan korangkan, silalah lumur kelapa parut tu ke seluruh badan korang jangan dilupa rambut korang sekali. Sementara melumur tu biarkan kelapa parut tu meresap kat rambut & kulit kepala. Korang tentu taukan khasiat santan kelapa utk rambut. Selain menguatkan rambut santan kelapa ini juga akan melebatkan dan menghitamkan rambut korang. Tp pada mereka yg mewarnakan rambut tu, xyahlah korang lumur kat rambut sekali. Cukup korang tenyeh2 kat badan korang je.

Lepas korang menyental badan korang, barulah korang mandi seperti biasa. Jangan lupe plak pakai sabun and syampoo. Ade berbau kelapa plak korang nanti kalau tak memakainya. Pastu jangan nak salahkan aku plak yeeee... After that korang akan rase betapa lembuuuuttttnya kulit korang. Seriuss aku tak tipu, ini petua yg mak aku suruh pakai sejak dr bulan lepas lagi. Aku je yg terlebih rajin nak membuatnya. Hehehee... tp skang nie dah nak kahwinkan kenelah betul2 merajinkan diri ngan bende2 nie semua. Sepatah kate makcik aku, orang nak kahwin nie kene rajin membelai badan ngan muka. Barulah naik pelamin nanti berseri2. So dlm seminggu korang buat la dalam 2 or 3 kali. Pastinya korang akan dapat hasil yg sangat menakjubkan.

Pada yg tak kenal kelapa parut meh tengok kat bawah nie aku tunjukkan gambarnya...

Inilah yg dipanggil kelapa parut ye kawan2... Original from coconut

Ini kelapa parut dlm tin, tp jangan guna yg ini.

***picca from wikipedia, SELAMAT MENCUBA....

3 Ng0mel-ng0mel:

MushroomCute@Mariea said...

wah..boleh cuba ni...

Lieya said...

Haaa cube2 jgn x cube

Seimura said...

thanks for the info

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.