~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Jerebu o0o Jerebu

Aiskkkk skang nie kebanyakan negara, negeri juga daerah dilanda jerebu. Lagi2 kat Muar, sape2 tengok or bace berita smlm tau la bagaimana tahap pencemaran udara di Muar sampaikan TPM menasihatkan agar sekolah2 di Muar ditutup untuk keselamatan semua pihak.

Hari nie, Singapura pula dikatakan dilanda teruk oleh jerebu sampaikan hotel Marina Bay Sands yg setinggi 55 tingkat tu dikatekan kabur dr pandangan biasa.

Kat tempat aku plak, aku kire taklah sampai tahap membahayakan mcm di Singapura dan Muar. Masih boleh nampak lagilahh.. tp langkah berjaga2 tu mesti ade. Jadi aku nasihatkan kpd pekerja2 yg bertugas diluar bangunan, silalah pakai penutup mulut spy korang x terlebih menghidu udara kotor.

Tiru mcm sayaa... (",)

Nie gambar pg td, mase otw nak masuk opis aku

Nie gambar belakang opis aku

Nie pun gambar belakang opis aku, Ledang heights

Sedikit berita dr Harian Metro Hari ini;

SINGAPURA: Jerebu yang melanda sebahagian kawasan di Malaysia khasnya di Johor kini melanda Singapura, dan kian bertambah buruk dalam masa beberapa jam sahaja.

Keseluruhan pulau republik ini hari ini berkabus dan langit khasnya di kawasan Marina Bay di mana bangunan tinggi seperti Maybank setinggi 32 tingkat dan Hotel Marina Bay Sands setinggi setinggi 55 tingkat, penglihatan tidak berapa jelas disebabkan jerebu tebal.

Pusat bandar raya juga tidak ketinggalan di mana kawasan seperti dalam dan sekitar kawasan pelancong di sepanjang Orchard Road kelihatan berkabus dengan jerebu.

Semalam, Indeks Mutu Pencemaran (PSI) mencecah sekitar 80, menyebabkan kualiti udara di sekitar pulau ini yang paling teruk, yang pernah dicatatkan sejak jerebu buruk berlaku berpunca dari Sumatera, Indonesia.

Berita dr HarianMetro semalam,

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan pihak pentadbiran sekolah di daerah Muar, Johor untuk menutup sementara sesi persekolahan berikutan keadaan jerebu yang berada pada tahap bahaya di daerah itu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan situasi jerebu yang berlaku memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar.

"Kalau ia sudah sampai tahap bahaya, maka pihak pentadbiran, pengetua atau guru besar sekolah boleh mengambil langkah untuk menutup sekolah untuk sementara.

"Itu kalau sudah mencecah (bacaan IPU) 400, sudah dianggap bahaya, maka mestilah ditutup, sehingga situasinya bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Majlis Keselamatan Negara berhubung situasi jerebu di Muar, di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Masalah jerebu di daerah Muar yang berlarutan sejak beberapa hari lalu bertambah serius apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu pada 11 pagi tadi mencecah tahap 432, iaitu dalam kategori bahaya.

--------------------->>>>>(",)<<<<<----------------------

10 Ng0mel-ng0mel:

Amy Syaquena said...

salam...

amy singgah di pagi hari , bahaya jerebu nie pedih mata n boleh sesak nafas... kalau orang ada asma lagi bahaya kan...semoga keadaan kembali seperti sedia kala...

Lieya said...

W'salam.... tuh laa... kadang tekak pun pedih. Jom same2 kite menjaga kesihatan kite...

elle's laaa~ said...

hehe , liya org joho ke ??

Lieya said...

A'a org johor sajeee.. heee ella???

elle's laaa~ said...

same laaa .. johorean jugek .. liya ktne ? elle kt skudai ... hehe :)

Lieya said...

Woooo skudai, dekat je kite. Me kat Gelang Patah je... heeeeeeee

MushroomCute@Mariea said...

Salam..Lieya keje kat Gelang Patah ek? mcm ada perasan Ledang Height area situ?

Alamak..td godek2 cari new template...nampak template ni rasa mcm cantik tp rasa mcm pernah nampak..rupanya kat sini..sib baik lom tukar lagi..

Lieya said...

W'salam... A'a keje kat area Ledang Height tu je... ehehehee... laa pakai jelaaa, xkisah pun. Same template tp tuan lelain, xdehalnye la...

MushroomCute@Mariea said...

Dulu Mush keje kat Nusajaya...terlambat plak kita kenal ekk...

Lieya said...

Woo yeke... so skang keje mane lak???

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.