~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Pengantin Perempuan Lari Tak Mahu Nikah

(picca from MyMetro)

KUANTAN:Kehilangan Rozaliya Mat Lazim, 20, yang bakal berkahwin pada 12 November ini sejak seminggu lalu, terjawab apabila beliau melarikan diri dan bekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kerana enggan meneruskan perkahwinan dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24.

Gadis yang dikatakan hilang ketika membeli-belah kelengkapan perkahwinan di sebuah pusat beli-belah di sini bersama Mohd Helmi, Rabu lalu, bekerja di kedai serbaneka di ibu kota sejak dua hari lalu.

Rozaliya bagaimanapun dikesan jam 12.30 tengah hari semalam, selepas pengurus kedai serbaneka itu yang terlihat gambar Rozaliya dalam akhbar menghubungi polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini.

Bapanya, Mat Lazim Mat Ismail, 52, berkata anaknya memaklumkan perubahan sikap Mohd Helmi menjadi pemarah dan suka mengongkong membuatkan Rozaliya tawar hati dan memutuskan melarikan diri bagi mengelak perkahwinan diteruskan.

Beliau berkata, berikutan tindakan yang diambil anaknya itu, keluarganya bersetuju membatalkan perkahwinan dirancang sebelum ini dan perkara berkenaan akan dibincangkan dengan lebih lanjut antara dua pihak.

"Mereka bertunang pada April tahun lalu selepas saling mengenali empat bulan.

"Rozaliya tawar hati untuk mengahwini Mohd Helmi lalu bertindak melarikan diri selepas takut dan tidak tahu bagaimana mahu memaklumkannya kepada keluarga," katanya ketika ditemui pada sidang media yang diatur di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, malam tadi.

(Picca from BharianOn9)

Hadir sama ialah Mohd Helmi dan beberapa ahli keluarga Rozaliya, manakala ibu Rozaliya, Sabariah Mansor, 42, tidak datang kerana kakinya dipatuk ular, Isnin lalu.

Rozaliya yang kelihatan sugul dan hanya menundukkan muka enggan ditemuramah dan hanya mendiamkan diri sepanjang sidang media berlangsung.

Terdahulu pada hari kejadian, mangsa dikatakan keluar dari rumah keluarganya dengan berpakaian blaus berwarna hitam dan seluar jeans gelap bersama Mohd Helmi kira-kira jam 11 pagi.

Selepas membeli-belah di sebuah kedai peralatan pengantin di sini, Mohd Helmi dikatakan terpaksa pulang ke pejabatnya di Bandar Cheneh Baru kerana terpaksa menyelesaikan satu urusan penting dan berjanji untuk menemui Rozaliya semula pada kira-kira jam 3 petang pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata Rozaliya pergi ke Kuala Lumpur sehelai sepinggang pada hari dia dilaporkan hilang.“Sebaik menerima maklumat, sekumpulan anggota polis bergegas ke kedai terbabit dan membawa pulang gadis berkenaan dan tiba di balai polis kira-kira jam 8 malam sebelum kita menghubungi keluarganya bagi memaklumkan penemuannya,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai pembatalan perkahwinannya, Mohd Helmi berkata, beliau menyerah perkara itu kepada kedua-dua pihak keluarga untuk membincangkannya.

"Saya maafkan dia (Rozaliya) atas apa yang berlaku. Saya memang sayangkan dan suka kepadanya, tapi selepas perkara ini saya tidak tahu nak gambarkan macam mana perasaan saya," katanya yang bersyukur Rozaliya ditemui semula dengan keadaan selamat.

------------->>>>> (",) <<<<<---------------------

Iskkkk mcm2 je kan skarang nie, tp bukan sekarang nie je berlaku perkara2 spt ni. Dr dulu lagi dah terjadinya kes2 mcm nie. Tengok jela drama2 kat tv or filem2 kat wayang sane. Kalau tak, xkan la penerbit, penulis segala buat cite2 mcm tu. Ye dak??? Biasanya ape yg kite tengok kat tv or wayang tu, itulah yg terjadi kat dunia luar nie. Sama ada kite perasan or tak jee.

Bile kes mcm nie berlaku sape nak disalahkan??? Nak salahkan 100% pengantin yg lari tu?? Tak adil bukan!!! Mesti mereka lari tu bersebab, so jangan la suke2 kite nak menuding jari pd mereka nie. Bila kite dah berkasih2an bercinta-cintun bagai, maka kite lebih mengenali pasangan kite berbanding org lain mahupun kuarga pasangan kite. Kannn!!! Betul tak apa yg aku cakap??? Potong kuku aku kalau ape yg aku cakap nie salah. Heeeeeee...

Ape pun, syukur alhamdulillah si Rozaliya nie dah selamat pulang ke pangkuan keluarga dia. Semoga dia buat keputusan yg terbaik utk kehidupan dia akan datang. Amin.....

2 Ng0mel-ng0mel:

Kak Amy said...

asal la di buat macam tue, x nak terus terang je la x yah la menyusahkan org

Lieya said...

Dia takot kene parang ngan family dia tu pasal dia lari.. heeeeeee

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.