They aRe s0 Gorge0us
N.O.M.O.O.D
Meninggal Sebelum Sempat Duduki SPM
Mari bace sikit keratan akhbar utusan hari ni,
“Pihak Jabatan Pelajaran Negeri mengucapkan takziah atas pemergian mengejut Allahyarham dan diharap keluarganya akan banyak bersabar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Sementara itu, ayah Allahyarham, Hasah Eunos, 56, memberitahu, dia dimaklumkan tentang kematian anaknya itu ketika berada di kebun.
“Saya menghantarnya ke sekolah setiap hari sebab itu saya terkejut apabila mendapat panggilan daripada pihak sekolah yang mengatakan anak saya tenat dan kemudiannya meninggal dunia,” katanya yang menetap di Kampung Seri Maamor di sini.
Katanya, Allahyarham merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu dikesan menghidap komplikasi jantung sejak lahir dan dia sering membawa mangsa berulang-alik ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
“Doktor di IJN memberitahu yang penyakit jantung anak saya ini agak kronik dan pembedahan tidak dapat dibuat untuk menyembuhkannya, namun dari semasa ke semasa kami ada membawanya ke hospital.
“Dia boleh bersekolah seperti biasa tetapi tidak boleh aktif kerana badannya boleh menjadi kebiruan. Dia juga sering batuk-batuk, namun dia seorang yang periang dan merupakan anak yang baik,” katanya yang turut memberitahu Allahyarham amat meminati mata pelajaran lukisan.
Marilah sama2 kite sedekahkan Fatiha untuk adik Hazizul Hasah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Al-Fatihah...
Sonotnye Choti
Ini pun terasa seperti mau menyambung cuti setelah seploh hari aku bercuti dr bebanan keje di opis yg kadang2 melambak dan kadang2 datang keje seperti pegi holiday gamaknye. Hahaha. Aiskkkkk bangun pagi pun terasa sangat malas mau pegi keje. Tapi apekan daya, tulang empat keratku harus dibanting, wahhh mcm keje teruk je kannn, padahal keje dok mengadap pc je kat opis ni ha. Senang bangat kalau nak dibandingkan ngan orang2 yg bekerja dibawah terik mentari tu haaa...
Ok selama aku bercuti seminggu takde la ape sangat program aku. Pasal ditengah minggu tu kan hari raya haji, jadi untuk senin dan selasa diawal minggu lepas hanya dok kat uma membuat persiapan untuk raya. Then balik ke kampung halaman meraikan raya bersama nenda dan family terchenta sambil menyaksikan secara live lembu dikorbankan. Tapi aku tak tengok ye kawan2, pasal aku nie boleh dikatekan mabuk darah. Ohhh idak la aku sanggup menengoknye, silap haribulan sebelum lembu tumbang aku yg tumbang dulu. Huhuuu... tobatt hokeyyy... So jangan harap aku nak tepek gambo lembu kene sembelih kat sini.
Pastu pada rabunye pulak, aku meronda sakan ngan makcik juga spupu2 aku yg turun dr KL. Saje depa nak meronda ke Danga Bay and makan kat Marisa Burger and Western atau lebih dikenali kedai chicken chop rm5 di medan selera Atap Berlian Hutan Bandar. Danga Bay??? Aduhaiii sedey aku mau cerita, kedai2 kat dalam Festive Street Mall telah ditutup kecuali yg kat luar2 tu je. Itu pun xdelah banyak mane dibuka. Pastu kedai2 kat luar tu pun non-ado juga. Mungkin jugak kerana aku pegi pada hari khamis.
Dah puas melepak kat Danga Bay tu, kite orang terus ke Medan selera Atap Berlian Hutan Bandar pasal spupu2 aku nie mau pekene chicken chop 5 hengget. Sedap ke tak sedap??? Uiskkkk kalau korang datang ke Johor nie or orang2 Johor yg belum penah pekena chicken chop kat sini, silalah pergi ke kedai ini. Seriuss sangat sedap and harganya sangat berbaloi2. Sepinggan chicken chop hanya 5 hengget je ok, aku tak tipu. (ohhh tuan kedai sila bg komisyen kat aku..promote nie...hahaha). Selain dari chicken chop ade jugak makanan western lain ok!!! Kedai nie dibuka hari2 dari pukul 6.30 petang hinggalah ke pukul 2.30am.
Pehtu sabtu dan ahadnya plak memenuhi jemputan raja sehari and oso merewang kat uma nenek sedara aku. Makcik aku kawin daaa... oohhh makcik aku nie muda ok dr aku. Kemudian semalam pulak bukan aku sengaja mau cuti, tapi kerajaan Johor memberi cuti kepada semua warga Johor kerana semalam adalah HARI JADI SULTAN JOHOR. DAULAT TUANKU...
Dah habisss... ini pun dah cukup panjang rasenye aku berceloteh, malas aku nak tulis panjang2. Mood masih dalam bercuti. Hahahaha... boleh gitu...
Musim Haji
Untuk tahun ini, Big Bos aku akan terbang menunaikan Haji pada hari Sabtu ini. Heeee... Big Bos aku nie base kat KL, sempatlah kami bervideo konferen pagi tadi. Penutup diikuti dengan bacaan doa, uiskkk sedeyy plak rasenye. Terus teringat kesah 2 tahun lepas di mana Nenek aku pergi menunaikan Haji. Iskkkk time tu xde yg x melelehkan air mate. Al-maklumlah kami tak pernah berpisah.
Aku doakan Dato' Wan Abdullah Wan Ibrahim dan isterinya selamat pergi dan selamat kembali dan semoga mereka mendapat Haji yg mabrur begitu juga kepada yg lain2. Aminnnnnnn....
Happy Deepavali
Beautiful Blogger Award from Amysyaquena

- Bile aku rajin aku suke berblogger
- Bile aku free aku berblog walking
- xberapa suke minum air masak
- xberapa suke pakai cincin, krn inilah cincin berharga aku hilang.. adusss sebulan aku kene ceramah free. skang kene belajar sukee yeee
- xberapa suke makan kfc
- xberapa suke makan seafood (kate kawan2 aku,"wahhh untung laki ko, jimat jimat")
- suke dgr lagu tp jarang amik tau pasal tajuknye
Penghibur Baby
|
|
|
|
|
|
|
|
Jeng
Jeng jeng
Jeng jeng jengggggggggggggg
V
Kegunaan Minyak Zaitun
- Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
- Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
- Merendahkan kadar kolestrol dalam darah
- Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
- Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
- Antioksidan dan antikanser
- Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
- Membekal vitamin E
- Kestabilan asid lemak
- Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
- Kegunaan masajterapi
- Memberi kesuburan kulit wajah
- Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur
- Membantu menguatkan tenaga batin
- Mencegah cancer payu dara
- Membantu mengatasi kesan melecur
- Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi dan otot serta melegakan sakit
- Membantu mencegah keracunan
- Mencegah perut buncit
- Mengurangkan sakit gigi & gusi dgn campuran sedikit garam
- Membantu mengilatkan barang perabot dgn campuran lemon dgn 2:1.
- Menghilangkan parut dgn campuran minyak habbatussauda
- Mengatasi masalah berdengkur dengan meminum sesudu minyak zaiton
- Mengatasi masalah buasir dgn meminum 2 sudu minyak zaiton ketika hendak tido. campurkan 8 sudu minyak zaiton dan 2 sudu daun inai yg ditumbuk, dan sapukan dibahagian dubur pd waktu pg & mlm.
- Mengatasi masalah hairball pd kucing
- Mengilatkan bulu kucing
Khasiat Buah Zaiton @ Olive Oil
Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea atau bahasa inggerisnya olive oil ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.
Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit (part nie, mcm campuran scrub yg aku ajar sblm nie or boleh juga disapu secara nipis ke muka setiap mlm). Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".
Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut (bukankah org Malaysia tak jauh dr daging). Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara (so minyak zaitun ini sangat bagus untuk org perempuan ye) kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan (so sape2 yg nak jadi spt Anita Sarawak jgn lupa amalkan minyak zaitun nie). Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan (dah xpayah nak makan ubat cacing lg).
Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.
Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.
Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba-hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar-pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.
Nanti aku kongsi plak penggunaan minyak zaitun untuk untuk hidup harian kita.
Mari Scrub Muka - Olive Oil Sugar Scrub
Ke-2, MADU. Ape2 madu pun tak kesah yg pentingnya madu, dan pastinya korang pun tau kan khasiat madu utk badan kita nie. So jangan ragu2 pasal penggunaan madu utk kecantikan. Opsss jgn sesekali korang gunakan sudu besi atau ape2 bahan logam utk menyukat madu krn madu bersifat mudah menyerap, so aku takut madu menyerap bahan logam yg ada pada sudu yg korang gunakan.
Ke-3, GULA. Yahhh gula yg biasanya kite gunakan utk membancuh air juga untuk masakan segalanya. Nak gunakan ape2 gula pun xpe, janji namanya gula kecuali gula yg dah sedia ada halus tu xmo la. Nama pun nak buat scrub mukakann, kalau dah korang guna gula halus camne nak scrub muka korang ituu. Kann...
Ambil 3 sudu minyak olive oil, 2 sudu madu dan 5-6 sudu gula. Semua campuran ini korang gaulkan rata dan simpan didalam bekas plastik. Ingat gaul dengan bahan plastik or kayu sahaja. Bile dah gaul rata, Scrub muka seperti biasa terutamanya bahagian hidung. kecuali bahagian mata. Kemudian selepas beberapa minit barulah cuci bersih muke dengan air suam. Kalau korang rase muka korang berminyak ini bermakna korang dah terlebey letak olive oil.
Penggunakan scrub nie boleh korang gunakan bila2 masa aje, tidaklah semestinya time2 ari minggu. Juga boleh digunakan oleh sesiapa saje, tidak terkecuali pada mereka2 yg memiliki kulit muka yg sensitif yee... so jangan la risau.
Suka nak aku ingatkan, baki bahan scrub td korang boleh simpan dlm bekas kedap udara and simpan ditempat yg bersuhu bilik. Jangan simpan di dalam peti sejuk kerana suhu peti sejuk boleh mengubah testur bahan2 td. Rahsia kecantikan ini aku dapat dr Michelle Phan, aku juga banyak belajar petua kecantikan dr dia. Heeee... Selamat mencubaaa....