~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

16 days t0 g0.. a g0 g0

Pejam celik pejam celik tup tup 16 hari lagi. Aiyoooo... kad jemputan tak settle lagi. Rase mcm tak sempat la plak nak distribute ke kawan2 semua. Tapi takpe pasal aku dah jemput dia orang pakai FB, tepek kat blog, by call, jemput face to face and ade jugak yg aku mintak kawan2 aku pas kan kad jemputan pd kawan2 lain. Pun begitu masih belum settle, hua hua huaaa... ramai jugak kawan2 aku rupenye. Alhamdulillahh biar ramai kawan jgn ramai musuh and InsyaAllahhh bile tiba masanye nanti settle la tu.

Weekend ni plak kene ke Singapore, buat ape??? Honeymoon kaa?? Ooohooooii tentunya tidak same sekali... aku nak jadi posmen tak bertauliah ke kawasan sane, luar negara ok!!! Ha ha.... Ke kuarga2 belah mak aku. Tak la semua uma aku pegi, cume pegi uma yg penting2 je. Yang lelain tu, kirim2 je kat dia org. Memang begitulah kebiasaannye. Kalau nak p meronda semua 2 hari tak cukup woooo, boleh pitam aku nak meronda ke sane.

Oleh kerana sok malam nak masuk Singapore, wajiblah aku renew passport aku yg dah nak tamat tempoh tu. Kalau tak renew nanti tak pasal2 aku kene warning ngan imigresen Singapore, bukan boleh aci dia orang ni. So tengahari tadi aku pergi la ke Pekan Rabu. Sampai2 sane dengan kompiden aku terus ke kaunter borang nak mintak borang. Dengan sopan pegawai imigresen yg ala2 bonzer tu cakap, "Nombor dah habis dik, kite kat sini amik nombor sampai 200 je 1 hari". Allamakkkkkk aku ape lagi, buat2 la muke terkejot. Patutlah tengok kat situ lengang je. Dengan langkah yg kecewa, laju2 aku jalan balik and terpikir plak nak ke imigresen Setia Tropika. Belum jauh aku melangkah laju, bro imigresen yg sopan santun lagi lemah lembut cakapnye tu memanggil aku... opsss bro ni bukan spesis DONUT ok!!!! Gileee ko, badan besar dah rupe bonzer nak jadi donut, sungguh tak sesuai. Muahahahahahahahaaaaaaa... Aku pun cepat2 patah balik ke kaunter. Pegawai imigresen tu terus bagi aku sekeping ketas kecik and bagi tau kat aku yg imigresen kat Setia Tropika takde limit nombor.

Haaa mmg aku bernasib baikkkk la kan, dengan sepantas kilat aku terus memandu menuju ke imigresen Setia Tropika. Sampai2 sane dengan tak tau kat mane pejabat imigresen tu aku terus jalan laju mengikut arah perjalanan orang yg ade kat situ. Orang terus aku terus, orang belok aku belok, orang naik lip aku pun ikut ikut naik lip. Kalau orang nak ke jamban kompom aku ikut ke jamban gak. Hahahaha.... tapi nasib baik memasing nak pejabat imigresen, so selamat la aku sampai ke pejabat imigresen. Terus mintak borang pastu isi borang and amik nombor, duduk kejap pastu no aku dipanggil. Pastu berinterbiew sikit ngan pegawai imigresen tu. Pastu bayar pastu dia soh aku tunggu kat kaunter 25. Haaa kat kaunter 25 ni agak lamalah jugak aku menunggu resit pembayaran. Tungu punye tunggu sampai gak giliran aku. Pastu bile dah dapat resit bayaran, pegawai imigresen tu suruh pegi ke kaunter serahan pasport selepas 1 jam.

Aku duduk la menunggu kejap kat pejabat imigresen tu, lepas 5 minit perot berkeroncong mintak diisi. Aiyoooo dengan sesorang gitu mane aku mau pegikan. Ok pikir punye pikir teringat kat area situ ade starbuck, kfc juga pizza bagai, zasss cepat2 amik kete terus menuju ke starbuck. Order2 air same almond pie and duduk makan sambil2 call kawan2 menjemput dia orang datang majlis aku. Tepat kul 2.30pm aku pun terus bergegas ke pejabat imigresen and terus tuju kaunter no. 11 and bagi resit pd pegawai imigresen yg bertugas. Duduk kejap pastu nama aku pun dipanggil. Selepas ituuuuu, 0000YEEEEEE sudah dapat pasport baru. Aku just renew untuk 2 tahun je memandangkan aku dah jarang2 masuk Singapore sekarang ni. Lepas tu teruslah aku balik ke opis, on the way balik jumpe tol ye kawan2, sila bayar 2 hengget 30 sen. Kat tol aku jumpe kawan sekolah aku yg aku dah call mase menunggu pasport aku siap kat starbuck tadi. Hahaha punye suke terus bg kad kat dia. Kononnye nak menulis nama kawan aku tu tp bile toleh belakang tengok dah ade kete menunggu so terpaksalah aku batalkan hasrat murni aku tu, kang tak pasal2 kene maki ngan dreber kete blakang. Cepat2 aku mintak mahap ngan kawan aku tu pasal aku tak sempat nak tulis nama dia kat atas kad. Hehehehe... pastu sampai2 opis ngam2 hooo pukul 3.12 minit. Terlebeyyy 12 minit dari yang aku janji ngan bos aku. Mintak mahappppp ye bossss... Lain kali saya buat lagi. Hehehehe...

1 Ng0mel-ng0mel:

Mama Cute said...

hahaha... ada rasa gemuruh x? dh dkt 2mggu, ko igt lama ke?! pejam celik..pejam celik.. confirm debaran smakin terase... Cool babeh! ;))

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.