Mmmm sok kuarga aku akan berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama. Yesss tak sabar nak tunggu esok hari. Kompom meriah macam tahun-tahun yang sudah. Menu juadah macam biasalah.. masing-masing dikehendaki membawa juadah dari uma sendiri. Aku??? Heeee aku verangan nak bawak kek.
"KEK??? Ape tebiat bulan2 puasa nak membawak kek pulak, buke puasa ngan kek ker???"
Aku tauuu mesti dalam hati korang akan berkata2 macam tu. Xtuallynya kite org nak sambut birthday untuk mereka2 yang dilahirkan pada bulan 8. Tu pasallaa kene ade kek. Haaaa.... dan tu pasallah aku sebok bebeno nak buat kek. Pada mulanya kazen aku suruh aku tempah kek kat kedai je, tapiiiiiiiiiiiiiiii oleh kerana sekarang ni mood aku rajin memasak dan rajin membuat kek la kuih la bagai kat uma kan!!! So inilah masanya aku nak menguji diri aku dengan membuat kek birthday untuk kuarga tersayang.
Apa lagi bile tengok blog kakak-kakak juga kawan-kawan menepek pelbagai jenis kek yg meletop dan mabelesss. Tak ke ko rase jelessss!!!! Wooo... aku jelesss woo tengok kek yang mengancam jiwa aku ditepek kat blog korang tu. Jeles aku jelessssss... nak jugak aku tepek kek hasil air tangan aku sendiri.
Ok jom kite tengok resepi kek yang telah menjadi pojaan hatiku... Aku tepek resepi je dulu, sok baru aku jalankan operasi menggodak kek. Semangat berkobar-kobar ni, moga-moga jadilah red velvet aku tu nanti. Aminnnnn....
RED VELVET CAKE
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.comBahan-bahan :-D
- 5 biji telur gred B
- 250 gram mentega beku tanpa garam
- *3 cawan tepung naik sendiri
- *3 sudu makan koko Vochelle
- 2 cawan gula kastor
- 4 sudu makan pewarna Red Bright
- 1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok)
- 1 sudu makan cuka makan
- Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
- Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
- Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
- Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
***Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.
Filling:- 500gram blueberry filling
- 500 gram krim keju Phillidephia
- 1 cawan krim putar
- Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
- *Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk
***Nota: Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
2 Ng0mel-ng0mel:
aaa dari last month teringin gila nak mkn kek nih tapi x jumpa yg sedap kat jb.. huu tau x kat mana nak beli kat sini eh? ^_^
huhu.. buat sendiri je fasha. Buat ngan si baby, kompom lg sedap punye pasal ade baby tolong buat... ehehhee
Post a Comment