~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Juadah Puasa ke-10

Hari ke 10 berpuasa telah pun lepas,lagi bape hari puasa kite??? jeng jeng jenggg... wahhhh dah macam kanak-kanak riang la pulakkan tak sabar nak beraya. Hehehe... tp yang pastinya kompom raya aku tahun ni kelam kabut sikit. Heeeeeee... mane nak pegi uma mentua lagi, dlm mase yg same mentua pun nak kuar beraya. Haaaa cane tuuu ehh.. tak kite tengok dulu nanti macam mane, yang penting perancangan mesti adooo.. ehehehhe

Okeyyy aku mau kongsi juadah berbuke puasa aku semalam. Haaa korang penah makan IKAN MASAK KARAPULE??? Bukan daun karapole ehhh... Pelikkan bunyinyeee!!!! Hehehe memula aku dengar dulu pun aku rase pelik. Aku dengar since aku kanak-kanak riang lagi kerana ini adalah resepi turun temurun orang bugis, ini yang mak aku citelaa. So aku pegang cakap mak aku tu sampai sekarang bahawasanya ini adalah resepi keturunan BUGIS. Masakan ni sedap ye kawan2, he he he bukan tekak aku je kate sedap tp En. Hubby yang 1st time merasa pun dia kate... "Iskkkk sedapnyeeee yangggg". Haaa so terbuktilah kesedapannyekan!!! Hahahaha... masaknye pun sonang aje macam korang masak asam pedas cume letak sikit santan, dan penggunaan santannya pun takleh banyak dah jom layan resepi.

IKAN MASAK KARAPULE

Bahan-bahannya :-D
  • 10 hiris Ikan Tenggiri (apa-apa ikan pun boleh)
  • Segenggam Lada Kering *
  • 1 biji Bawang Besar *
  • 1 biji Bawang Kecil *
  • 3 ulas Bawang Putih *
  • 1/2 inchi Kunyit *
  • 1 inchi Halia *
  • 1/2 biji kelapa (blender dengan air, air ikut suke nak banyak mane kuahnye)
  • Asam jawa
  • Minyak
  • Garam
  • Ajinotomo
Cara-caranya :-D
  1. Blender bahan yg bertanda *.
  2. Kemudian tumis bahan yg telah diblender sampai garing atau pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan ikan dan santan kemudian masak hingga mendidih, pastikan sentiasa dikacau.
  4. Masukkan air asam jawa, garam dan ajinomoto hingga mendidih.
  5. Bila dah cukup rase dan mendidih bolehlah tutup api dan hidangkan.

*** Haaa senang je kan??? Boleh jugak ditambah bendi ke, kubis ke untuk lebeh sedap. Heeee...

Okeyyy menu ke-2 pulak aku goreng sawi je. Takkanlah goreng sawi pun nak tepek kat sinikan. Hehehehe... Pastu sambil-sambil memasak tu sempat gak aku buat kuih Onde-onde atau juga dikenali sebagai Buah Melaka. Nak tau asal usulnya haa tengok sini.

ONDE-ONDE @ BUAH MELAKA

Bahan-bahannya :-D
  • Tepung Pulut
  • Daun Pandan (Dikisar bersama air dan amik jusnya, tp aku guna perisa pandan je)
  • Pewarna Hijau
  • Gula Melaka (dipotong kecik untuk jadikan inti)
  • Kelapa Parut (mintak tuan kedai jangan parut sampai hitamnya)
  • Garam
  • Air untuk merebus
Cara-caranya :-D
  1. Gaul kelapa parut dengan sedikit garam kemudian ketepikan.
  2. Sediakan air dalam periuk dan biarkan mendidih.
  3. Bancuh tepung pulut, sedikit garam, perisa pandan dan pewarna hijau bersama air hingga adunan boleh digentel.
  4. Kemudian ambil sebesar ibu hari dan leperkan.
  5. Masukkan inti gula melaka ditengah-tengah kemudian tutup dan jadikan bulat.
  6. Masukkan ke dalam air yg telah dididihkan dan biarkan timbul sendiri.
  7. Ulang langkah 4-6 sampai adunan habis.
  8. Bila kuih dah timbul angkat toskan dan masukkan ke dalam kelapa parut bergaram.
  9. Golek-golekkan kemudian angkat dan terus dihidang.
  10. Sedia untuk dimakan.

***NotadiHujungJari:-Pelan-pelan makan onde-onde jangan sampai tercekik terutama sekali bila anak-anak yang makan, awasi mereka.

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.