~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Mydin vs Resepi

Alhamdulillah semalam adalah hari ke-9 kite berpuasa, ini bermakna tinggal lagi 20 hari je kite akan berpuasa pastu raye, yeay yeayyy rayeee. Sekejap je kan mase berlalu pergi.

Ohh aku lupe nak cerita, bahawasanya dekat-dekat ngan tempat keje aku ni dah ade MYDIN baru, lagi besar dari Mydin kat BBU tu ha, siap ade jual ikan, daging, ayam juga sayur bagai. He heee ala2 jakun kejap. Tapi bukan aku je jakun, orang2 lain pun jakunnnn jugak. Ha ha ha.... So orang2 Johor yang duduk kat area2 Gelang Patah, Nusajaya, Bukit Indah juga Perling meh serbu MYDIN ANJUNG BAZAR. Iskkk orang Singapura dah jejak takkan korang tak nak menjejakkan kaki kot. He he he... Sekarang ni aku tengok dah ramai orang yang berbelanja kat Mydin Anjung Bazar ni. Kalau hari-hari minggu lagi la ala2 sesak. Maklumlahhh tempat barukan.

Bagus jugak dibukak Mydin dekat ngan tempat keje aku ni, serius memang dekat je... So kalau nak beli apa2 boleh terjah ke Mydin je, xyahlah aku nak susah-susah macam dulu pegi JJ ke Giant ke Tesco ke kan, terjah je Mydin ni ha... and xtually Mydin ni beli tapak kedai ngan kampeni aku. Heeeeee...

Tu dia Mydin, blakang ngan tepi Mydin yang tanah kosong tu masih dalam construction lagi. Tu yg ade nampak bangunan cinonet jee adalah tempat aku bekerja. haa dekatkan... Okehh sape-sape yg tak penah sampai Mydin Anjung Bazar ni meh sini aku bg direction. Kalau korang dari Perling, Johor Bahru or Bukit Indah, or kalau tetiba orang Pasir Gudang nak maei sini ke kan, ikut je highway Pontian/Perling, pastu exit ke highway Tuas/Gelang Patah/Nusajaya, pastu exit ke Nusajaya 312C jangan exit kat Nusajaya/Kota Iskandar kang melalut pulak korang pasal jalan ni ade sikit susah bagi yg tak penah sampai. Untuk yang dari Singapura pulak lepas korang kuar dari Tol Tanjung Kupang jalan je terus and cari exit Nusajaya 312C. Ok lepas dah exit Nusajaya 312C ni, jalan terus sampai jumpa roundabout pertama. Haaaa dari roundabout pertama ni dah nampak dah Mydin Anjung Bazar ni, tapi korang kene jalan terus sampailah jumpe roundabout besarrrrr punye and u-turn balik. Kire bile korang jalan terus korang akan lalukan Mydin tu sebelah kanan korang. Bile dah u-turn balik nanti korang sampailah ke destinasi yang dituju. Sikalang ade paham??? Kalau tak paham pegi tengok map ehhhh.. eheheh
picca cilok dr Mydin website
picca ini pun cilok dr Mydin website

Ok dah habis cite pasal Mydin. Hehehe.. skang mau kongsi resepi juadah yang aku masak semalam untuk berbuka puasa. Jom terus ke resepinya... dah kering tekak aku nak berceloteh panjang-panjang.

AYAM ROS PANDAN

Resepi c&p from Kak Azlita tuan punye blog Masam Manis

Tuan asal resepi oleh Cek Mat Gebu

Picca & recipe from Kak Azlita
Bahan-bahannya :-D
  • 7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
  • 1 cawan air
  • 1 camca besar gula melaka
  • 2 camca besar bawang goreng
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang kayu manis
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan.
Bahan Kisar :-D
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato merah
  • 7 biji cili merah
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci halia
  • 1/3 inci lengkuas
  • 1 camca besar sos tomato
Cara-caranya :-D
  1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing.
  3. Tuang air dan kacau rata.
  4. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
  5. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering.
  6. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  7. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng...

***NotadiHujungJari:-Kalau tak mencuba manekan tau kesedapannya... serius resepi ini setappp hingga menjilat jari, diakui oleh pengkritik tetap sape lagi kalau bukan En. Hubby aku. heeee

1 Ng0mel-ng0mel:

MushroomCute@Mariea said...

owh tidakkkkkkkkk!!!!!...mengapakah lambat Mydin ni wujud? mengapakah ida tidak wujud sewaktu aku di Nusajaya dulu..huh, jeles!!! menyampah!!!

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.