~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Juadah Puasa ke-11

Yihaaaa hari nie aku mau tunjuk, tayang, tepek, kongsi dannnnn kasi korang jeles plus kecur liur juadah berbuka puasa aku dan En. Hubby pada hari ke-11 berpuasa. All homemade hokeyyy, atas kerajinan aku bersama En. Hubby, he heeee. TQ Kak Ayu dan Kak Hana coz share resepi yang sedap-sedap hingga menjilat jari. Jom layan resepi...

SAMBAL SERAI BEBOLA AYAM

Resepi oleh :- curlybabesatisfaction.blogspot.com
picca credit to Kak Ayu
Bahan-bahan kisar :-D
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 30 batang cili kering (direndam)
  • 5 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 6 batang serai (aku guna 2 btg)
  • 1 inci belacan
Bahan-bahan lain :-D
  • 20 biji bebola ayam (aku buat lebey, tp tak kire bape biji)
  • 2 biji kentang (dibelah 12 - macam wedges tu)
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 batang serai (hiris nipis) - tak pakai
  • 1 batang serai (dititik - aku guna 2 btg)
  • 4 helai daun limau purut (dikoyakkan - aku guna 3 helai je)
  • 1 tsp asam jawa + 1/4 cawan air
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masak
Cara-cara :-D
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorang kentang. Angkat dan toskan. Kemudian goreng bebola ayam seketika dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak tadi untuk menumis bahan kisar. Tumis bahan kisar bersama bawang besar, hirisan serai, serai yang diketuk dan daun limau purut. Biar hingga kering.
  3. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa.
  4. Masukkan bebola ayam dan kentang goreng tadi ke dalam kuali dan gaul rata. Sesuaikan rasanya. Tutup api dan boleh dihidangkan bersama nasi panas.

RESEPI POPIA BERSIRA PEDAS

Resepi oleh :- hanamemories.blogspot.com
Picca credit to Kak Hana, feberet En. Hubby
Bahan-bahan :-D
  • kulit popia secukupnya
Bahan Inti :-D
  • 1 batang carrot - dihiris halus
  • satu mangkuk kubis yg dihiris halus
  • segenggam atau lebih taugeh
  • 1 biji bawang besar - mayang
  • 1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan dan blend
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • garam
  • perisa@gula sedikit
Bahan Sambal :-D
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu makan bawang merah dan putih kisar
  • 2 sudu besar sos cili @ sos cili thai
  • secubit belacan - jika suka
  • 1sk air asam jawa
  • 1sm gula melaka racik halus@gula putih
  • garam
  • bijan
Cara-cara :-D
  1. Cara penyediaan inti popia - Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan udang kering kisar. kacau rata. Masukkan pula lobak merah. Biarkan sebentar kemudian masukkan kubis dan taugeh. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula (jika suka). tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi kemudian gulung kemas dan goreng hingga kekuningan.
  2. Cara penyediaan sambal - Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih, kemudian masukkan cili kisar dan belacan. Masukkan sedikit air asam jawa dan juga sos. Kacau. Masukkan gula dan sedikit garam. Suaikan rasa pedas dan manis. Masak hingga sambal agak pekat dan kering. Masukkan popia yg sudah digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan.Gaul.
  3. Hidangkan.
NOTADARIKAKHANA : untuk menghasilkan popia yang sentiasa rangup selepas disira, pastikan sambal ditumis agak kering dan tidak terlampau basah, baru masukkan popia. begitu juga inti... toskan air sayur jika ada yg boleh membuatkan popia jd lembik selepas disira.

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.