~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Juadah Puasa ke-12

Alhamdulillahhh kalau sampai hari ni aku berpuasa maka genaplah 15 hari berpuasa, jadiinyeee ade lagi 14 hari untuk semua umat Islam seluruh negara akan berpuasa. Lepas tu ape lagi rayaaaa dengan pelbagai juadah laaa. Ohhhh yeayyyyy... Tak sabar nak makan ketupat, burasak, ayam masak merah, sambal satey special mak aku, sambal raya special resepi nenek sedara aku, rendang masakan makcik aku, lemang made in Rawang.. Ul la la la laaaaa.... mau menjejeh air liur aku ni ha bile terkenangkan masakan tu semua. Sedapnyeeeeeeeee....

Kalau dipikirkan memang sedap semuanyakan. Tapi takpe biarkan mase berlalu pergi hinggallah tiba waktunya nanti. Sekarang meh sini aku nak kongsi resepi dari mak mentua aku. Resepi ni, sedapppp jugeee... cubalah try kalau tak cuba manekan tahu kesedapannyekan. Heheheeee

IKAN MASAK KUNING DAUN BAWANG

gambar diamik selepas ikannye dirembat oleh En. Hubby, lupe nak snap awal2. heee..mahaplah picca xbape nak syun pasal pakai hp cabok je pun.
Bahan-bahannya :-D
  • 3 ekor ikan Selar Kuning
  • 10 batang Cili Padi hijau *
  • 10 batang Cili Padi Merah * (cili boleh lebihkan ikut kepedasan yg korang mau)
  • 1 bj Bawang Besar *
  • 3 biji Bawang Kecik *
  • 3 biji Bawang Putih *
  • 1 inchi Halia *
  • 1 inchi Kunyit *
  • 1 inchi Belacan *
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 2 btg Serai (dititik)
  • Air Asam Jawa
  • Daun Bawang (dipotong)
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Minyak untuk menumis
Cara-caranya :-D
  1. Blender semua bahan bertanda *.
  2. Tumis bahan blender, kulit kayu manis dan serai yang telah dititik hingga garing.
  3. Kemudian masukkan ikan dan air asam jawa tunggu hingga didih.
  4. Kemudian masukkan garam dan ajinotomo secukup rasa.
  5. Bila dah mendidih sekali lagi, tutup api dan hidangkan.
  6. Taburkan daun bawang ketika dihidangkan.

Okeyyy pastu pada hari yang sama jugak aku buat lasagna. Fuhhhh memang menjadilah... best killerrrrr.... Aiii tak caye aku pandai buat lasagna??? Korang ni tengok jari-jari aku je dah boleh tau apeeee.. aku memang terror semua ni. Masak sekali je terus menjadi. Haaa tak caye kasi tengok picca kat bawah ni ha.... laki aku siap kate. "Sedapnyeee yanggggg" ayat biasalahkan... ahahahaha.. Sape lagi nak puji aku masak kalau bukan laki sendiri. Heehehehhe... aku sangat-sangatlah berbangga hokeyyy tp belum sampai tahap riak lagi. Muahahahahaa....

Tengok-tengokk... sangat moisttttkan lasagna aku, ni lepas dingap sesudu oleh En. Hubby. Aku pun lupe nak snap lepas kuarkan dari oven. Hehehe dah kene ngap baru teringat. Skang meh kite tengok resepi untuk membuat lasagna ni....

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

V

haaa inilah resepinya... aku beli yg instant je pun. Hahahaha jangan marah haaa....
dalamnye macam ni, patut kene masuk pakai microwave tp uma aku manelah ade microwave jadi aku sumbat masuk dalam oven biasa je. Tapi korang kene kuarkanlah dari bekas plastiknya tu, kalau korang sumbat sekali ngan bekas plastiknya tu alamat korang makan lasagna plastik la.. ehehehe....

Tapi takpe meh sini aku tepek resepi membuat lasagna khas untuk penggemar-penggemar lasagna macam aku, sendiri bikin punya haaaa.... Sonang ajeee...

LASAGNA DAGING O LA LA

koleksi resepi Kak Nannie
Bahan-bahan utk Sos Bolognese :-D
  • 1 kotak instant lasagna
  • 2 tin sos pasta bolognese PREGO perisa tradisi - boleh tambah
  • 1 peket daging cincang-boleh tambah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak zaiton- utk menumis
  • Sedikit herba oregano freshGaram secukup rasa-bila perlu sahaja
Cara masak Sos Bolognese :
  1. Kupas semua bawang dan cincang halus.
  2. Kemudian panaskan minyak zaitun di dalam frying pan dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu.
  3. Masukkan pula daging cincang, herba oregano dan kacau sampai daging masak.
  4. Tambah garam jika sos kurang masin.
  5. Masukkan semua sos bolognese Prego dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan masak.
Bahan utk Sos Bachamel :-D
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar butter
  • 800ml susu segar kotak
  • 1/2 cawan parutan keju parmesan atau chedder secukupnya
  • Sedikit black pepper
  • Garam secukup rasa
Cara masak Sos Bechamel:
  1. Panaskan butter dan masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kekuningan, guna api dapur sederhana besar dan sentiasa kacau adunan tepung ni supaya tidak hangit.
  2. Masukkan semua susu dan terus kacau sehingga sebati kemudian boleh la dimasukkan parutan cheese cheddar dan serbuk black pepper.
  3. Biarkan kuah mendidih dan masak, terus kacau kuah sehingga masak dan menjadi pekat kalau tak cukup masin baru ditambah garam.
  4. Kuah bechamel akan jadi pekat bila dah dimasak. Boleh ditutup api dapur.
Cara masak Lasagna :-D
  1. Susun lapisan pertama kepingan lasagna dalam tray/baking dish yang sesuai kemudian curah sos bolognese dan curah sos bechamel serta tabur cheese.
  2. Ulang semula susun kepingan lasagna, curah sos dan tabur cheese buat begini sampai ke lapisan paling atas atau sampai habis bahan.
  3. Curah sos bechamel dengan banyak sampai banjir supaya kuah sos bechamel yang sudah mesra bercampur dengan sos bolognese meresap dengan sempurna dalam kepingan lasagna.
  4. Kuah bechamel dan sos bolognese yang mendidih masa proses masak dalam oven yang akan masakkan kepingan lasagna ni nanti .
  1. A - susun kepingan lasagna
  2. B - lapis sos bolognese - banyak
  3. C - lapis sos bechamel - banyak
  4. D - tabur cheese - ikut pada selera sendiri
* Ulang susunan seperti di atas A , B C dan D. Buat sampai habis semua bahan-bahan kemudian bakar pada suhu 170'c selama 45 minit tau sehingga masak.

1 Ng0mel-ng0mel:

malynd_anggun said...

sedapnye lasagnaaa....macam nk juge la..aduhai...kecur liur jadi nye.. :(

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.