~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

NURSE PELATIH HSI CUAI

Baru lepas dapat call dari biras aku... ingatkan nak bg tau yg baby dia dah boleh kuar dari wad hari ni tp rupe-rupenye tidak yg sepatutnya begitu... tapi atas KECUAIAN seorang NURSE PELATIH telah membuatkan anak sedara aku ditahan semula di wad NICU Hospital Sultan Ismail Johor (HSI).

Selalunya aku dengar berita ni dari tv je, tp sekarang ni berlaku kat anak sedara aku sendiri. Ape punye nurse ni langsung takde tanggungjawab sampai salah bagi info ubat pada biras aku. Ubat yg sepatutnya diberikan kepada ibu sebagai ubat tambah susu tp nurse pelatih yg sengal ni boleh cakap ubat tu utk baby. Lain kali kalau doktor cakap ngan ko tu, ko dengar betul2laa... senang2 je kan ko menjawab "maaf puan saya tersalah dengar apa yg doktor cakap tadi". Kalau jadi ape-apa kat anak sedara aku, aku heret ko ke mahkamah.

Citenye macam ni, dari hari sabtu tuh hari anak sedara aku AMAN DARIMI ditahan di wad NICU kerana tidak boleh membuang dan tidak boleh menyusu. Asal menyusu je muntah asal menyusu je muntah. So selepas beberapa hari kene tahan wad, hari ni sepatutnya Aman dibenarkan balik ke rumah. Bila doktor dah cakap boleh balik, kompomlah biras aku sukekan... sapelah yg tak sukakan bile dengar je kate dah boleh balik, dah la dalam pantang pastu baby sakit pulak kene jaga kat hospital. So bile doktor dah cakap macam tu, biras aku ni pun siap2lah berkemas sambil menunggu ubat. Pastu datang sorang nurse pelatih ni bawak ubat, bagi tau kat biras aku yang ubat tu untuk baby bancuh sekali ngan susu mase nak bagi baby susu. So for the 1st time biras aku ni pun peliklah jugak sbb mase jumpa doktor, doktor takde pun cakap pasal ubat untuk baby. Tapi nurse pelatih ni menegaskan yg ubat tu memang untuk baby, doktor yg bagi tau kat dia macam tu dengan penuh keyakinan.

Bile nurse dah cakap macam tu, biras aku ni pun percayalah and amik ubat tu. Then bile time anak sedara aku ni nak menyusu, biras aku ni pun bancuhlah sekali ubat tu ngan susu and bagi baby dia minum. Lepas je minum susu tu anak buah aku ni terus cirit birit. Pastu bile diperiksa bagai rupe2nya ubat tu ubat tambah susu untuk biras aku, bukannya untuk baby. Eiiii gerammnyaa aku ngan nurse pelatih macam tu. Memanglah korang pelatih tapi kecuaian yg macam ni tak sepatutnya berlaku, kannn TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU. Mende mudah je pun bukannye susah... macam manelah boleh dia dengar doktor tu cakap ngan dia yg ubat tu untuk baby. Sekarang ni nurse lain dah amik Aman Darimi untuk dicuci perotnya atas arahan doktor. Allahhhh huakbar.. moga2 takdelah jadi apa-apa effect pada si Aman Darimi tu... Semoga Allah melindungi Aman Darimi dan memberi kesihatan kepada dia. InsyaAllah...

3 Ng0mel-ng0mel:

bonda dadif aka akish said...

siannye bb!!!

aduhai....camno plan nak beranak kat hsi nih.....

aduhhhh!

Unknown said...

apa cerita nurse pelatih tu? pernah sekali nurse pelatih tu salah cucuk tangan Mush time nak masuk drip air tu. Dah cucuk punya cucuk dia kata tak jumpa urat..dtglah lg seorang pembantu perubatan tu kuarkan balik jarum tu dan cucuk lg sekali. Ingt anak patung ker main cucuk2 suka2? Rasa nak tendang jer nurse tu time tu..org dah lah dah lembik...

Lieya said...

BondaDadif->Xyahla ko besalin kat HSI, besalin je kat HSA...

Mariea->Tak tahulah ape tindakan yg dah diamik ke atas nurse pelatih tu, report dah dibuat ke pengarah hospital.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.