~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Sebulan Berpuasa...

Alhamdulillahhh dah seminggu kite semua berpuasa. Pejam celik pejam celik tau-tau dah nak raya pulak. Heeeee... Aku puasa??? Alhamdulillahhh sama dengan bilangan hari berpuasa sekarang nie. Rasa sakit tu masih adelah sesekali tapi tak la teruk sesangat, sikit-sikit jeee. Syukur kepada Allah kerana masih memberikan aku kesihatan, moga2 aku dapat terus berpuasa tanpa sebarang masalah kecuali time ABC. He he...

Puasa tahun ni jugak merupakan puasa pertama aku berpuasa sebagai isteri, kalau dulu takde kecoh-kecoh nak bangun pagi memasak kecuali zaman-zaman belajar dulu tu pun boleh dikira memasaknye. Kat uma mak sendiri?? Hemmm bangun tinggal ngap aje, tapi sekarang, menjak dah jadi isteri orang ni kenelah bangun pagi sediakan lauk untuk bersahur. Biasanya aku masak yang ringkas-ringkas jee, pasal pepagi gajah selera makan pun tak berapa nak gajah. Kalau untuk aku, aku tak berapa nak makan nasi sebabnya bile aku makan nasi waktu bersahur, siang harinya akan membuatkan perot aku kebuluran tahap gaban. Tapi oleh kerana aku baru je lepas operation, aku layankan jugaklah nasi tu pun untuk 3 hari pertama aje lepas tu aku lantak mende lain contohnya macam kurma, kismis, roti, koko-kruch juga susu. Haaa nampak macam lagi banyakkan... maka lagi lagi lagiiii la aku kebulur, pepagi je perot aku dah berkeroncong.

Haiseyyyy walau lapar macam mane sekali pun kenelah tahan. Takkan nak berbuka di pagi harikan... dah ngalahkan sepupu aku yang berumur 5 tahun berpuasala pulak kalau macam tu. Ha ha... Emmm tak lama lagi nak rayakan, ape resepi biskut yang mudah dan ringkas untuk dibuatkan. Dalam hati ni berangan nak buat sendiri la kekononnya dan setakat ni dalam kepala adelah jugak 2 3 resepi yang mudah-mudah lagi ringkas pembuatannya. Tapi kalau ade lagi yang ringkas, lagi la aku mau. Hehehehee...

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.