~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Asam Pedas Lada Hitam

Ohh yeayyyy its time menepek resepi masakan yang aku masak. Lama dah kan aku tak tepek resepi kat blog ni, dan inilah masanyaaaa.... resepi macam biasalah yeee, semenjak dah ade buku masakan ni, so everthing pun dari buku itu. Hehehe.... Resepi from Chef Hanieliza, terima kasih kak kongsi resepi. Resepi memang terbaekkklah. Sampaikan en. hubby melanggar pantang larangnya yang kekononnya berikrar nak makan sesenduk nasi setiap kali makan. Adoiiiii.... pastu aku disalahkan....

Sesi perbualan diantara pasangan suami isteri dimeja makan.

En. Hubby, "Aduhaiii... tengok nie seluar semua dah ketat... punggong dah beso perot dah semakin membuncit, ini semua salah U..."

Cik Puan, "Ehhh ape pulak I, siapa yang makan banyak???? Kononnnn nak makan sesenduk sekali makan. Salahkan diri sendiri yee.... siapa suruh makan banyak-banyak. (sambil bebel panjang dan menyendukkan sesenduk nasi ke pinggan en. hubby, senduk dengan ikhlas ok he he he)"

Kemudian memasing diam sambil menikmati masakan yang dimasak oleh cik puan. Tiba-tiba...

En. Hubby, "Yang... tambah nasi sikit lagi..."

Cik Puan, "Haaa tengok tengok, baru lepas cakap tadi... isk isk iskkk... skarang nak salahkan siapa???"

Tak tahan nafsu makan rupenye suami aku ni, hu hu...dah, jom layan resepi yang sedap ni...

picca credit to Kak Hanieliza

ASAM PEDAS LADA HITAM

Bahan-bahan :-D

  • 500 gm ikan pari (aku pakai ikan selar yang besar)
  • 2 biji tomato (potong 4)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • air secukupnya (untuk kuah)
  • garam
  • minyak untuk menumis
  • daun sup (potong pendek)
  • 2 batang serai (diketuk)
Bahan dikisar :-D
  • 15 biji cili api
  • 2 s/b lada hitam
  • 1 inchi halia
  • 1 inchi kunyit hidup
  • 1 inchi belacan
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah (aku pakai 1 biji bawang besar)
Cara-cara ;-D
  1. Basuhkan ikan, rendamkan sebentar dengan asam limau + asam jawa + garam. Bilas dan toskan sehingga kering.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan masak/garing.
  3. Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan sehingga mendideh.
  4. Masukkan ikan, garam dan buah tomato.
  5. Biarkan kuah reneh sehingga agak pekat.
  6. Masukkan potongan daun sup dan hidangkan bersama nasi putih.

NotaD'HujungJari:-Moral of the story, jangan masak sedap-sedap kalau nak enchek hubby kurus kering. Heeeee...

2 Ng0mel-ng0mel:

Sinar Raudah said...

Tak pernah buat lagi nie , pasni leh cuba..

Lieya said...

Amy, try lah buat, tp resepi ni pedas tau... so kalau en. hubby amy tak kuat makan pedas kenelah kurangkan cili ngan lada hitamnya... ehehehehe

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.