~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Demam vS Makan

Mood ke laut nak hapdet blog sebenarnya, tapi layankan jugak. Last week 2 hari aku bercuti dari keje pasal demam, batuk, sesema menyerang ditambah pulak kepala pening berpusing-pusing macam diawang-awangan, pastu badan letih pasal muntah-muntah. Muntahhhh...!!!!!!!! Tettttttttt... opss belum ado laeii.... hu hu hu... tah yah nanye lelebey yee... Muntah pasal demam dan sakit kepala je pun. Kejadian berlaku secara tiba-tiba, bukan keje aku nak mengorek tekak untuk memuntahkan makanan yang telah aku telan dengan elok.

Hu hu aiskkk teringat plak kat officemate aku dulu, kijenye lepas makannn jee korek tekak, asal korek tekak je mesti lepas makan. Ape keje lepas makan korek tekak ehh!!! Ape lagi kalau bukan nak mengeluarkan balik makanan yang dah ditelannya sebelum tu. Giloo?? Ahaaa memang gilo amoi officemate aku ni dulu, gilo nak slim ala-ala model.(sila tepuk dahi) Kalau dah macam tu baik takyah makankan. Ye dakkk!!!!

Ok berbalik pada story aku tadi, hari khamis lepas pegi jumpe doktor. Dapat mc 1 hari je, ape punye kedukut doc ni, aku mintak 2 hari dia cakap "besok baiklah demam tu, kalau tak baik datang lagi". Ape dia ingat aku sukelah sangat nak jumpe dia plus nak ulang balik datang klinik dia ni. Saje ko lah doc kan nak makan duit kampeni aku lelebey. Okeyyy oleh kerana badan aku dah letih sangat so malas aku nak melayan doc tu then terus kuar tanpa cakap ape-apa. En. Hubby tanye dapat mc bape hari. Then aku jawablah dapat sehari je, dia pun mengomel... aku??? Badan dah letih, lemah longlai ade kesah nak ngomel lelebey!!! Huhhh non adoo.. diam je tunggu ubat. So makanya hari jumaatnya aku amik EL, tak kuasa aku nak ke klinik ngadap doc tu lagi. Nak pegi klinik sebelah jangan harrap orang tak ramai. Aku pulak tak suke nak menunggu lelama dalam keadaan aku demam-demam gitu so guna jela annual leave yang ade.

Rutin harian memasak, mengemas tetap dibuat. Kalau tak masak kesian pulak kat en. hubby. So masaklah yang ringkas-ringkas aje. Ringkas-ringkas pun aku belasah masak ikan caru belah belakang. Time demam-demam ni, selera makan untuk tekak aku memang sentiasa ada. Hehehehe itu memang tak dinafikan. Ade orang time demam tak lalu makan, tapi aku time demam ni.. wahhhh selera makan tetap no. 1. Hahahaha.... Opss dah terlebey panjang plak aku merapu, jomlah tengok resepi ikan caru belah belakang resepi mak aku. Feberet aku dari kecik ni, yum yummmmm....

CENCARU BELAH BELAKANG

Picca credit to Kak Hanieliza

Bahan-bahan :-D

  • 2 ekor Ikan Cencaru a.k.a ikan jaket
  • Sedikit Air Asam Jawa
  • Garam dan ajinomoto secukup rasa
Bahan Kisar :-D
  • 1 senduk Cili Kering Kisar
  • 1 biji Bawang Merah
  • 2 biji Bawang Putih
  • 1 batang Serai
  • 1/2 inchi Lengkuas
Cara-caranya ;-D
  1. Belah ikan cencaru dibahagian belakang badannya, buang juga bersihkan perotnya dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan blender hingga garing.
  3. Kemudian masukkan air asam, garam dan ajinomoto, bila rasa dah ok tutup api.
  4. Sumbatkan sambal ke dalam ikan caru.
  5. Panaskan minyak dan gorengkan ikan cencaru dengan minyak yang sederhana.
  6. Terbalikkan ikan supaya kedua-dua bahagian garing.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidang.

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.