~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Mee dan Ayam

Bangun pagi, gosok gigi, cuci mukeee, mandi pagiii.. aiskkk betul ke lirik lagu tu... ahahah dah berpuluh-puluh tahun tak nyanyi langsung tak hengat dah. Isk isk iskkkk... Ape kes pulak tetiba nak nyanyi lagu kanak-kanak riangkan!!! Wahahahaa sesekali meriangkan hati sendiri ape salahnyakan, ye dakkkk!!!!

Hari ni seawal pagi aku dah sedar, kul 4.30 pagi kot sedarnya tapi pastu aku sambung balik tido. Ape ke gila nak bangun pepagi gajah macam tu. Haiskkk naheyy nahey naheyyy, rugi bangun pepagi pastu mengikut pembacaan aku dalam info sihat hari ahad yang lepas, tido kurang 6 jam boleh mengakibatkan maut. Iskkkk ngerikan bile dah dapat tahu info kesihatan macam tu. Haaaa tu pasallah aku tido balik, hehehe pastu pukul 5.17 pagi aku sedar lagi. Tengok-tengok jam.. dalam hati berkata,"ooo lambat lagi" so aku tido balik.

Bangun tak bangun kul 5.45 pagi, pastu terus ke dapur memasak. Aku masak nasi same lauk dulu pastu bile dah siap, 6.15 naik atas mandi dan solat baru turun semula buat sarapan pagi pulak. Goreng mee je pun, yang ringkas-ringkas aje. Segala bahan dah disiapkan malam tadi, so pagi bangun tinggal campak dalam kuali. Haaa senangkan keje macam tu, takdelah kelam kabut nak memotong itu ini. Dahhh jom kite tengok resepi Kuey Teow Goreng (resepi sendiri) sama Paprik Ayam dari resepi Kak Liza.

KUEW TEOW GORENG

Picca credit to Syazwani

Bahan-bahannya :-D

  • 500 gram Kuew Tiow (bersihkan dan toskan)
  • 1 cwn Isi Ayam (potong kecik)
  • 2 biji Telur
  • 1 senduk Lada Kisar
  • 2 biji Bawang Putih (ketuk)
  • 1 biji Bawang Besar (hiris)
  • 1 sudu Lada Hitam
  • 2 sudu Sos Tomato
  • 1 sudu Kicap Pekat
  • 1 sudu Sos Tiram
  • Garam & ajinomoto secukup rasa
Bahan-bahan sayur ;-D
  • 1/2 batang Lobak Merah
  • 5 batang Putik Jagung
  • 1 biji Tomato
  • 1/2 batang Saderi
  • 1 cwn Togeh
  • 5 batang Daun Sup (hiris halus)
***Sayur ikut suke hati koranglah nak letak ape pun, daging, udang, sotong semua boleh. Kat uma aku bahan-bahan tu je yang ado dalam peti sejuk aku, so itu jelah yang aku campak dalam kuali aku. Heeeeee
Cara-caranya ;-D
  1. Tumis bawang putih dan bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan lada kisar dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan isi ayam dan gaul rata.
  4. Masukkan sos tomato, kicap pekat, sos tiram dan lada hitam.
  5. Masukkan lobak merah, putik jagung, batang saderi, garam dan perasa tunggu hingga didih.
  6. Kemudian masukkan kuey teow dan gaul hingga rata.
  7. Kemudian pecahkan telur kemudian kacau hingga sebati.
  8. Akhir sekali masukkan togey dan tomato gaul rata dan kemudian tutup api.
  9. Sedia untuk di hidang.

PAPRIK AYAM

Picca credit to Mrs. Aisheiteru

Bahan-bahan :-D

  • 300 gm isi ayam ayam
  • 100 gm carrot
  • 100 gm brokoli
  • 100 gm cauliflower
  • 50 gm capsicum hijau
  • 1 labu bawang besar
Bahan sos
  • 2 s/b kicap pekat
  • 5 s/b sos tomato
  • 5 s/b sos cili
  • 3 s/b sos tiram
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 batang serai ketuk
  • 3 biji limau kasturi [ambil jus]
  • 5 biji ciliapi [ketukkan]
  • 3 ulas bawang putih [ketukkan]
  • 1/2 cawan air
  • minyak
Cara-caranya ;-D
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dengan serai sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata.
  3. Masukkan carrot, kicap pekat sos tomato, sos cili dan sos tiram. Biarkan mendideh.
  4. Masukkan sayuran lain dan kacau rata.
  5. Bila mendideh masukkan jdaun limau purut dan kacau.
  6. Masukkan jus limau dan tutup api.
  7. Hidangkan dengan nasi putih atau mee/bihun yg telah dicelurkan.
***NotaDiHujungJari:-Takut suami lapar!!! Kenelah berkorban bangun dipagi hari... he hee

4 Ng0mel-ng0mel:

Zana Adieyza said...

terus rasa lapar bila tgk gmbr makanan padahal baru lepas sarapan.. hihihihi

aTy _faRed~ said...

kire ok ar rajin jugak nak bangun.. kalau kiteorang laki bini..lepas solat sambung tidor balik..bangun terus nak masak tuk lunch jer..hahahaha...eerr...tetibe insaf biler bace "takut suami lapo"

Amy Syaquena said...

pasni boleh cuba buat paprik ayam tue..nampak sungguh menyelerakan...

Lieya said...

Zana->Heheheh... aiskkk biasalah tu... ahahaha tengok makanan kompom lapar balik.

Aty->Hahaahah takdelah rajin sangat Aty oiii... ikut mood jugak...

Amy->Yezzaaaa try jangan tak try..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.