~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

CHECKERED CAKE

Seperti yang aku janjikan semalam, hari ni aku tepek resepi membuat checkered cake, tapi aku buat jadi layer cake. ehehehehe... almaklumlah aku belum ade cutter ring yang cun melecun macam Kak Ita guna tu. Cari kat kedai kek kat Perling Indah idokla ade depa menjualnya ade pun yang comey-comey belaka. Tu hari buat rainbow cake senget benget tu aku bedal tekan pakai bekas tupperware untuk buat line pastu aku potong pakai pisau. Heeeeeeee... suke suki hati aku jekan.

Kepada mereka-mereka yang baru nak belajar buat kek macam aku ni ha, boleh try buat kek ni. Pasal simple dan mudah je pun cara pembuatannya, takdelah rumit mana pun. Pejam sebelah mata pun boleh buat tau. Haahahahaa... Seriusss aku rekemen kat korang ni, rasanya pun ADE UMPPPHHHH.. sodap hingga menjilat jari, lembut pun lembut. Pengkritik tetap aku pun kate kek kali ni memmang meletopsss... Selamat mencuba!!!!


Picture credit to Masam Manis


CHECKERED CAKE
Rujukan video : Keikos Cake and Pastry Friends
Copy & paste : Masam Manis

KEK PUTIH

Bahan-bahannya :-D
  • 190 gm telur - anggaran 4 biji di buang tali pusatnya.
  • 110 gm gula castor
  • 70 gm tepung gandum
  • 20 gm tepung jagung
  • 30 gm butter
  • 20 ml susu segar
  • 1 sudu teh esen vanila  (K.Ita tambah aku pun tambah jugak)
Susu segar panaskan atas dapur bila dah suam masukkan butter.
Biarkan butter mencair
Kemudian tambahkan esen vanila.

KEK COKLAT
Bahan-bahannya :-D
  • 190 gm telur - anggaran 4 biji di buang tali pusatnya.
  • 110 gm gula castor
  • 60 gm tepung gandum
  • 10 gm tepung jagung
  • 20 gm serbuk koko
  • 20 gm butter
  • 20 ml susu segar
  • 1 sk vanilla
Sama juga seperti kek putih
Susu segar panaskan atas dapur bila dah suam masukkan butter.
Biarkan butter mencair

Cara-cara ;-D

KEK SPAN PUTIH
  1. Apa yang kita perlukan ialah loyang berukuran 7 inc. (aku guna loyang besar 10 inchi punya)
  2. Alas dasar loyang dan tepi loyang dengan kertas minyak. (JANGAN di sapu dengan butter) Bila dah siap, ketepikan.
  3. Panaskan oven pada suhu 190C. Aku guna suhu 170c je.Suhu oven bergantung kepada kepanaskan oven dan mengikut juga jangka hayat oven itu di gunakan.

Proses membuat kek.
  1. Proses membuat kek ni lain sedikit, ia menggunakan kaedah double boiler. Oleh itu ikut arahan dalam resepi.
  2. Mula-mula kita masak air dalam periuk yang kecil. Biar air mendidih.
  3. Dengan menggunakan mangkuk yang lebih besar dari periuk tadi, pecahkan telur dan masukkan gula dalam mangkuk tersebut.
  4. Letakkan mangkuk yang berisi gula dan telur di atas periuk yang telah mendidih airnya tadi.
  5. Pastikan dasar mangkuk yang besar tidak menyentuh permukaan air.
  6. Dengan menggunakan mixer, mulakan proses memukul telur dan gula secara double boiler tadi.
  7. Terus memukul sehingga suhu adunan telur mencapai suhu badan (38C - 40C)
    (Jika tiada thermometer, jangan bimbang anda hanya perlu sentuh adunan dan rasakan suhunya agak2 suam-suam kuku.)
  8. Bila adunan dah mencapai suhu badan, tutup api.
  9. Alihkan mangkuk dari periuk tadi dan terus memukul adunan telur sehingga ia menjadi ringan dan gebu. Ia mengambil masa yang agak panjang. Anda akan dapati perubahan pada telur iaitu dari warna kuning kepada warna peach dan akhirnya menjadi warna putih.
  10. Ayakkan tepung bersama tepung jagung ke dalam adunan telur tadi. 
  11. Dengan menggunakan spatula kaup balik adunan hingga rata.
    (Secara perlahan-lahan sahaja ye! jangan menggunakan mixer dan jangan pukul kuat-kuat kerana ini akan menganggu proses pengembangan telur tadi dan akan buatkan kek kita turun, atau bentat atau penyek setelah di bakar.) 
  12. Oleh tu pastikan adunan di pukul secara kaup balik dengan perlahan.
  13. Kemudian tuangkan pula susu dan butter yang telah di cairkan tadi.
  14. Tambahkan 1 sudu kecil esen vanila.
    (Dengan menggunakan spatula juga, kaup balik kek sehingga ia benar-benar sebati.
    Jangan terlebih pukul adunan, kerana adunan akan hilang kegebuannya nanti akibat terlalu di pukul.) 
  15. Masukkan adunan yang telah siap tadi ke dalam loyang.
  16. Hentak kan loyang sekali, perlahan aje ye jangan kuat sangat!
    (Proses ini untuk mengurangkan gelembung udara yang berlebihan pada kek.) 
  17. Bakar kek hanya menggunakan api bawah sahaja.
  18. Letak loyang pada rak paling bawah.
  19. Bakar pada suhu 190C ( aku bakar suhu 170C )
    (Proses membakar mengambil masa 15 - 20 minit.)
  20. Setelah kek masak terus keluarkan dari oven.
  21. Terbalikkan terus kek atas redai.
  22. Proses ini untuk mengelakkan kek mengecut dan penyek akibat faktor tarikan graviti.
  23. Bila kek dah sejuk keluarkan dari loyang.

KEK SPAN COKLAT

  1. Sementara kek berada dalam oven kita buat pula kek coklat.
  2. Kaedah membuat kek coklat sama juga seperti kek putih tadi.
  3. Cuma bezanya kita tambahkan serbuk koko yang kita ayakkan sekali bersama tepung dan tepung jagung.
  4. Sementara menunggu kek sejuk sepenuhnya, kita sediakan pula buttercream

BUTTERCREAM 

Bahan-bahannya :-D
  • 400 gm butter
  • 230 gm putih telur - anggaran 6 biji buang tali pusatnya
  • 200 gm gula castor
  • 50 ml air
Cara-caranya ;-D
  1. Buttercream ni menggunakan telur. Sebenarnya kita boleh juga gunakan buttercream yang lain jika kita tidak suka butter yang menggunakan telur. Butter yang menggunakan telur ni sedikit hanyir baunya, untuk mengelakkan hanyir jangan masukkan tali pusat telur.
  2. Kita juga boleh tambahkan esen vanila. Tapi esen vanila tu pastikan kita letak pada adunan butter jangan campur dgn adunan putih telur pulak! nanti tak jadi kita punya meringue.
  3. Mula-mula kita satukan gula dan air, masak atas dapur sehingga gula larut.
  4. Dalam masa yang sama kita pukul putih telur.
  5. Bila sirap gula mencapai suhu 117 -120 C ATAU Bila kita tengok gula tu dan larut dan keluar gelembung udara yang besar dan gula dah sedikit pekat dan likat dah ok lah tu.
  6. Tuangkan dalam adunan putih telur yang kita sedang pukul tadi.
    Teruskan memukul tanpa henti sehingga telur menjadi ringan gebu dan kaku.
    (Kaku - bila kita terbalikkan loyang telur tidak jatuh)
  7. Pukul adunan putih telur sehingga adunan sejuk. 
  8. Bila dah siap ketepikan.
  9. Kita pukul butter pula hingga butter kita lembut.
  10. Warna butter bertukar dari kuning ke putih dan sedikit creamy.
  11. Masa memukul ni boleh lah kita tambahkan sedikit esen vanila untuk mengelakakn bau hanyir pada buttercream kita tadi.
  12. Dengan menggunakan spatula, ambil 1/4 adunan putih telur dan satukan dengan adunan buter dan gaul rata.
  13. Bila dah rata tuang baki selebihnya dan gaul lagi hingga adunan sebati dan bergaul sempurna.
  14. Bila dah siap bolehlah kita mulakan proses melapis kek.

CHOCOLATE GLAZE

Bahan-bahan :-D
  • 300 gm coklat masakan gelap
  • 370 gm Heavy cream/ whipped cream
Cara-caranya ;-D
  1. Untuk chocolate glaze, resepi mencadangkan menggunakan Dark Couverture Chocolate, coklat cap tulip pun boleh atau coklat masakan gelap kalau tak ada boleh juga gunakan coklat masakan susu.
  2. Aku ikut Kak Ita guna whipping cream, pasal uma aku takde stok heavy cream.
  3. Caranya panaskan cream atas dapur hingga suam.
  4. Masukkan coklat masakan gelap yang telah di potong atau di hiris kecil.
  5. Kacau rata sehingga semua coklat melarut, kemudian tapis.
  6. Biarkan ia sejuk sepenuhnya. INGAT BIARKAN SEJUK. Kalau tuang coklat panas-panas atas kek akan membuatkan buttercream mencair. Haaaa keje aku lah tu pasal tak tengok betul-betul resepi. JANGAN IKUT KESILAPAN YANG AKU LAKUKAN.
  7. Kek yang telah dikeluarkan dari peti ais, di letakkan atas redai.
  8. Alas redai dengan tray atau dulang.
  9. Curahkan coklat atas kek hingga semua permukaan kek di saluti chocolate glaze.
  10. Dengan berhati-hati  alihkan atas dulang kek.
  11. Simpan dalam peti ais paling kurang 4 jam
  12. Kemudian bolehlah hiasa kek mengikut kreativiti masing-masing.




0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.