~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Kek Coklat Hoyeay Hoyeay

Ni namanya kek bantai saje..... resepi kelam kabut pasal takot En. Hubby sampai awal sebelum kek siap. Hehehehe suprise kek for En. Hubby's birthday on 19 January 2012.

Bahan A
  • 1 cawan Gula Kastor/ gula perang
  • 1 cawan koko 
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu nescafe
Bahan B
  • 6 biji telur 
  • 340gm tepung naik sendiri
  • 300gm gula caster(10 oz)
  • 250gm butter
Cara-caranya ;-D
  1. Sediakan loyang 8" sapukan loyang dengan butter dan letak kertas minyak.
    Panaskan aven sebelum membakar kek dengan suhu 170c
  2. Satukan bahan A, gaul rata kemudian letak tepi.
  3. Dalam mangkuk lain, pukul butter dengan gula hingga kembang.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji berselang seli dengan bancuhan A.
  5. Kemudian masukkan tepung dan kaup dan balikkan perlahan-lahan hingga adunan rata.
  6. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.

untuk topping aku gunakan resepi dari blog Kak Ita,

STABILISED WHIPPED CREAM

Bahan-bahan :-D
  • 2 sudu besar gelatin
  • 4 sudu besar air
  • 2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula icing
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara;-D
  1. Pastikan mangkuk pemutar dan alat pemutar di simpan atau di sejukkan dulu dalam peti ais selama 15 minit
  2. Pastikan Whipping Cream benar2 sejuk baru keluar dari peti ais
  3. Mula-mula kita masukkan air dulu dalam sebuah mangkuk kecil
  4. Kemudian barulah masukkan gelatin dan kacau rata
  5. Kemudian panaskan bahan ini di atas api perlah sehingga gelatin melarut
  6. Sejukkan bahan gelatin ini pada suhu bilik ketepikan
  7. Keluarkan mangkuk dan pemutar dari peti ais
  8. Tuangkan whipping cream dan putar dengan kelajuan sederhana
  9. Kemudian masukkan esen vanila dan gula sedikit demi sedikit hingga ia hampir mengeras
  10. Tuangkan gelatin dan terus putar hingga ia kental.
  11. Pastikan tidak terlebih pukul kerana adunan akan berair dan sudah semestinya ia tidak boleh di gunakan lagi.
Diantara lapisan topping tu aku letak sikit blueberry, maka semakin mabeleslah rasanya kerana coklat telah digandingkan dengan blueberry. Tak caya trylah sendiri.... ala2 blackforest gitu.. ahahahhaa




2 Ng0mel-ng0mel:

Nurmala Mazlan said...

Untung la tau buat kek sendiri..Kita x pandai..Hehehehe~

Lieya said...

Sikit2 bolehlah mala.... bedal aje... ehehehe tp biel kite buat pastu menjadi.. wahhhh kepuasan yg luar biasa tau....

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.