~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Rainbow Kek

Hari ni adalah hari menepek resepi.. ohhh yeayyyy... resepi kek birthday ke-2 untuk En. Hubby, Akim dan Icha yg aku buat tuh hari. Bz la kekononnye sampai aku terlupe nak menepek resepi kek yg dah aku buat tu. Macam biasalah resepinye cilok dari Kak Ita tuan empunya blog Masam Manis.


KEK SENGET BENGET


Jangan dipandang pada rupe, walaupun senget rasa totap mantop... ahahahaa
 


Bahan-bahan :-D
  • 3 cwn tepung gandum
  • 4 sdk baking powder
  • 1/2 sdk garam
  • 1 cwn butter ~ suhu bilik
  • 2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
  • 5 biji putih telor ~ suhu bilik
  • 2 sdk esen vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
  • pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Cara-cara ;-D
 
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

  1. Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan.
  2. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih.
  3. Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  4. Masukkan esen vanila
  5. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  6. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
  7. *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
  8. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
  9. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
  10. *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
  11. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata, dan masukkan dalam loyang
  12. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
  13. Bila dah masak letak atas redai
  14. Tunggu sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
  15. Kemudian bolehlah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
  16. Jangan tindih2kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.

Untuk  topping pulak aku guna resepi yang ini.

ORANGE CREAM CHEESE FROSTING
By : Sheery Dzul
Rujukan : Zuriani Alias
C&P from : Kak Ita

Bahan-bahan :-D
  • 1cwn Cream Cheese
  • 1 cwn Butter
  • 4 tbs Jus Oren
  • 4 tsp Kulit Oren yg dah disagat
  • 2 tsp Vanilla 
  • 4 cwn Gula Aising (Aku pakai 3 cawan je)

Cara-cara ;-D
  1. Pukul cream cheese, butter, jus oren, kulit oren dan vanilla sehingga lembut.
  2. Masukkan gula dan teruskan memukul sehingga adunan berkrim dan ringan.
  3. Bila dah siap boleh warnakan ikut warna kesukaan atau boleh guna terus dan sapu pada kek.



0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.