~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Makanan ANTI Kolesterol

Jom kite makan makanan yang boleh menurunkan kolesterol dalam badan. Jangan ingat orang kurus takde potensi nak kene kolesterol tinggi ye... pasal beberapa orang kawan aku sendiri yang berbadan kurus menghadapi masalah kolesterol tinggi dalam darah. Sebelum terkene baik kite berjaga-jaga....



1. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Untuk memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh, disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi . Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

2. OAT
kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

3. KISMIS
Sesiapa yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%. Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol.


4. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol jahat dalam tubuh.
 
5. EPAL
Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari dapatuntuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, dapat menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.


6. ANGGUR
Buah yang kaya dengan zat catechin yang paling baik untuk menurunkan paras kolestrol dalam tubuh sesorang. 

7. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.


8. KUACI
Kuaci mengandungi zat besi. Pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari dapat menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol jahat sekali gus menghadkan kolestrol baik.



9. SOYA
Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral membantu memecahkan lemak di samping membantu meningkatkan kadar lemak baik dan mengurangkan kadar lemak jahat. Ia mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Kacang soya juga dapt mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.



10. WALNUTS/ BADAM
Kajian telah membuktikan walnuts boleh mengurangkan kolesterol darah. Kaya dengan asid poli tak tepu lemak, walnuts juga membantu mengekalkan salur darah sihat dan anjal. Begitu juga dengan badam, menunjukkan satu peningkatan ketara dengan hanya empat minggu.
11. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol baik dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

12. TEH
 Minum teh setiap hari dalam jumlah yang wajar dapat mengurangkan risiko anda mendapat serangan jantung. Teh dapat mengelakkan masalah pembuluh darah tersumbat yang mengakibatkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.


13. MINYAK ZAITUN
Memasak menggunakan minyak zaitun amat digalakkan kerana ia mempunyai campuran anti oksida yang mampu menyingkirkan kolestrol jahat keluar dari badan tanpa mengganggu kehadiran kolestrol jenis baik. Ia lebih sihat dan tidak perlu melalui proses pengolahan mahupun penambahan zat kimia.


14. IKAN TUNA
Ikan Tuna tergolong dalam sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol jahat.

3 Ng0mel-ng0mel:

Cho Zila said...

kesemuanyer itu kesukaan akakler.. okler tu..

Lieya said...

bagus tu kak kalau semua jadi kesukaan, potensi kolesterol tinggi tu takkan adela gamaknye kan...

Hanis MY said...

suka suka... thank u for sharing!

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.