~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Maulidur Rasul 2012

Hari selasa lepas, 27 Mac 2012 opis aku ada buat Majlis Maulidur Rasul. Kebiasaannya pada tahun-tahun lepas dibuat selepas waktu pejabat. Namun atas beberapa sebab maka kata sepakat diambil dan akhirnya majlis yang baik ini dibuat pada siang hari dari pukul 12 tengahari hinggalah ke pukul 2.00 petang. Kejap je majlisnya, dan korang nak tau sapa penceramahnya??? Sila lihat gambar dibawah ini...


|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|


Korang kenal sapakah gerangannya dibawah ini?????

Ya betull........... dialah Imam Muda Hassan juara program Imam Muda musim ke 2 tv Astro Oasis pada tahun lepas


Meh kite tengok sedikit biodata Imam Muda Hassan ni...


Nama sebenar Mohd. Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26. Kini Di kenali sebagai Imam Muda Hassan. Beliau seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM). Beliau dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.

Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat.

Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu.Mempunyai banyak pengalaman membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang. Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan.

dan yang pentingnya... Imam Muda Hassan telah memilih Fardatul Ulfah Jamali sebagai pasangan hidupnya, mereka telah pun diijab kabulkan pada 17 Februari 2012 (tarikh nikah sama dengan tarikh dilahirkan macam aku gak.. ehehehe) dan majlis dirumah perempuan telah dibuat pada 18 Februari 2012. Maknanya apaa?? Maknanya Imam Muda Hassan ni dah berkahwinlah... ehehehehe okey majlis untuk belah lelaki akan diadakan pada hari sabtu ni 31 Mac 2012 di rumah keluarganya kat Perak.Sape-sape berangan nak pergi, silalah... ehehehe Imam Muda Hassan menjemput kami ke majlis beliau hookeyyy... tapi jauh sangatlah Perak tu, kalau dekat kompom aku dah pegi... Same cantek same padan dia orang ni... tak caye??? Sila tengok gambar kat bawah ni.... Sejukkk mate aku memandang... ehehehe



|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|


Semoga rumahtangga yang dibina akan kekal hingga ke syurga, InsyaAllahhhh...

2 Ng0mel-ng0mel:

Aty Fared said...

impressive..muda lagi.. bagus kan..harap nanti anak saye pon akan jadi salah sorang imam..amiinnnn...:)

Lieya said...

Kan.... sejokkkk ibu dia ngandungkan dia... alhamdulillahh... insyaAllahhhh.... mari kite doakan sama2

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.