~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Bistik Ayam

Amacam ade menarik tak??? Tengok pun terliur woooo... aku lebihkan kuah pasal En. Hubby suka makan masakan yang berkuah.






Ohhh sudah lama rasanya tidak menepek resepi masakan dari dapur cinonet aku ni. Menjak dah ada rumah sendiri ni, part nak menghapdet blog memang malas. Patut makin rajin pasal macam-macam kisah yang boleh ditepek untuk dijadikan kenangan akan datang. Tapi kuasa M dah terlebey-lebey maka tak adalah kisah huru-hara aku nak pindah-randah, kisah dapur aku tak berasap beberapa hari hanya kerana rak dapur pendek kata macam-macam ada.

Takpelahhh.... yang berlalu biarlah berlalu, jadi hari ini untuk pertama kalinya aku tepek sumber resepi masakan BISTIK AYAM dari dapur cinonet aku hasil cilokan dari dapur Kak Nor tuan empunya Secubit Garam. Salah satu hidangan ketika Mak dan Makcik aku ada dirumah aku. Jom kite tengok resepinya...

BISTIK AYAM

Bahan-bahan perap :

  • 1/2 ekor ayam (lebih kurang 5-6 ketul)
  • 3-4 sudu besar sos lada hitam (apa-apa jenama pun tak pe) ATAU 2 sudu kecil lada hitam biji (ditumbuk)
  • 2 sudu besar tepung gandum

** Ayam dibersihkan, dibasuh dan ditoskan hingga kering. Gaul ayam dengan tepung gandum dan sos lada hitam atau lada hitam biji yang ditumbuk. Perap di dalam peti sejuk selama 30 minit.

Bahan-bahan tumis :

  • 4 ulas bawang merah - tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 inci halia - tumbuk
  • 1 labu bawang besar - dimayang bulat
  • 2 inci kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 2 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar majerin

Bahan-bahan lain :

  • 2 biji kentang - dikupas dan dibelah 6
  • 2 sudu kecil lada hitam biji - ditumbuk
  • 2 biji cili hijau - dihiris
  • 3 sudu besar puri tomato (aku tak letak, pasal dapur aku takde maka aku gantikan ngan sos tomato aje)
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 cawan air (250 ml)
  • 2 biji buah tomato - dibelah 4
  • Sedikit kacang pis (optional, aku tak letak pun)
  • Sedikit daun sup untuk hiasan (optional, wajib letak he he)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng kentang hingga masak dan kekuningan. Ketepikan.
  2. Goreng pula ayam yang telah diperap tadi hingga 3/4 masak. Tak perlu garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Kurangkan minyak menggoreng tadi sekadar cukup untuk menumis. Masukkan majerin dan biar hingga cair. Kemudian tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau dan garing.
  4. Masukkan lada hitam tumbuk, puri tomato, kicap masin, kacap manis dan sos cili. Kacau rata. Masukkan air.
  5. Masukkan ayam goreng dan kentang goreng tadi. Biar hingga kuah mendidih dan pekat seperti yang diingini. Kacau sesekali biar rata. Perasakan garam dan gulanya.
  6. Masukkan lada hijau hiris, buah tomato dan kacang pis. Biar seketika agar kacang pis dan buah tomato sedikit empuk.
  7. Tutup api dan hidangkan. Hiaskan dengan daun sup untuk menyerikan lagi masakan. Ohhh yeahhh...


dari kuali Kak Nor, so yummy.







Selamat mencuba!!!

1 Ng0mel-ng0mel:

aTy _faRed~ said...

halamak...dah ar taengah lapar giler nih...adeeyyy...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.