~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Bila Ramadhan Bakal Menjelma

Ni lah bahananya kalau orang tua cakap takmo dengar. Air dah paras hidung baru terhegeh-hegeh nak mengganti puasa. Haaa aku lah tu.. tetiap tahun macam ni. Sesakkk napas jap. Berbulan-bulan masa diberi tak digunakan sebaik mungkin, he he.... apa nak buat yeeee!!! Sepatah kata brother kat opis aku, "Cuba buat awal-awal tahun dulu, buatla senin khamis senin khamis kan senang". Haaa kauuu kene pelepek sejibik kat batang hidung padankan muka aku. Hehehehe.... Takpe bang, saya tengah mengganti ni ha, insyaAllahhhh sempat.

Hari ni kalau sampai, cukup puasa ganti aku 4 hari, maka ada 2 hari lagi untuk mengganti. Tuh hari berangan nak habiskan seminggu, akan tetapiiii tiba2 terasa hari esok nak stop dulu pastu sambung senin depan pulak. Syukurrr yee cuaca tak terlalu panas, mmmmmm kalau panas pun bukan aku rasa pun dah keje dalam airconkan.

Bila dah berpuasa tu, maka hawa nafsu makan macam-macam. Time berpuasa ni lah tekedek-kedek aku bukak blog masakan. Kalau hari-hari biasa malas la pulak. Sekali bukak-bukak blog terpampang depan mata gambar makanan yang boleh menggoncang iman aku. Terasa nak terkam makanan time tu jugak, tapi nasib baikklah ingattt bahawa waktu skang ni dah terlalu singkat utk aku skip puasa. Takkan nak bawak ke tahun depan pulakkan!!!

Hari pertama aku puasa, tekak terasa-rasa nak makan ayam masak lemak cili padi special resepi mentua aku. Balik keje apalagi, bergegas masak, alhamdulillahhh lepas puasa aku sehari. Kemudian hari ke-2, jalan-jalan cuci mata tengok blog orang part resepi-resepi ikan. Jeng jengggggg...aku berbuka dengan ikan senonggang buih masak 3 rasa. Mak aku kata ikan senonggang buih tu lagi sedap digoreng cecah air asam atau masak asam pedas pekat. Tapi dah tekak aku ni gatal nak makan masak 3 rasa maka bedal jela sedap ke tak sedap. Jangan tanya aku ngapa ikan tu dinamakan senonggang buih, pasal aku takde jawapannya. Hahahahaa...

Hari ke-3 pulak, ronda punya ronda punya ronda ternampak tomyam kemudian ternampak pulak Kek Batik... lepas tu jalan-jalan blog En. Aximud, boleh pulakkk dia tepek Chocolate Almond Torte with Peanut Butter Ganache, mau tak menyirap darahh aku. Heheh terus pegi blog Dr. Ezani Masterchef amik resepi. Berangan balik keje nak buat ke 3 3 menu untuk berbuka puasa ye. Korang pikir mampu aku buat semua tu??? Haaaaa.... ceteka ceteka, dengan aku balik kije 5.30 dengan nak mencari bahan lagi kat Mydin sebelah opis aku ni ha... hagak korang sempat ke???? Memang non ado lah yeee....

AKAN TETAPIIIIIIIIIIIIIIIII.....

Dengan bangganyaaaa aku umumkan disini, bahawasanya aku MALIAH... anak kepada ibubapa ku dan isteri kepada suamiku telah berjaya melaksanakan impiannya menjadi realiti. Yezzzzzzzz i made it,  i..... made it, hoyeayyy hoyeayyy.... Syukurrrrrrr aku berjaya masak tomyam sebelum masuk waktu berbuka puasa, aku berjaya buat kek batik ketika sedang berbuka puasa dan aku berjaya godak chocolate torte tu sebelum aku makan malam bersama En. Hubby ku. Hehehehee.... bila masanya aku berbuka??? Haaa sambil berbuka sambil-sambil buat kek batik. Cayooo??? Percayaaaaalaaaaaaa.... memang aku buat.

Kek batik, aku makan selepas aku makan malam... Perghhh sungguh puas hati yeeee pasal aku dapat makan apa yang aku nampak kat blog korang korang semua. TAPIIIII.... chocolate torte tu yang tak dapat aku makan malam tadi. Bukan kerana tak jadi, tapi kerana ganachenya aku tak buat. Memula aku nak la pakai ganache yang sedia ada dalam peti sejuk aku, adalah dalam beberapa bulan lepas aku buat. Tinggal letak peanut butter jelakan... sekali bukak-bukak tupperware haaaaa terkuzattttt aku kejap. Tengok ganache aku dah berkulat.... perghhhh hampaaaa betulll hati aku. Nak sejukkan hati punya pasal, aku simpan elok-elok chocolate torte tu dan akan aku buat peanut butter ganache balik keje karang. Padahal boleh je makan chocolate torte tu tanpa ganache. Hehehehehe... nak jugak aku makan chocolate torte dengan limpahan peanut butter ganache, gedikkkkkan!!! Hahahahahahahahahahahahahahaaaaaaa...


Tomyam dari blog Aku dan Sesuatu...


Mahukan resepinya??? Ada aku tepek kat N3 yang lepas... cari kan sini  BERTOMYAM KITE




Kek Batik dari Citarasawan


KEK BATIK
***cara paling mudah...


Bahan-bahannya :-D

  • 250g Mentega
  • 250g Susu
  • 400g Milo
  • Biskut Marie - Secukupnya  (Aku suka guna biskut marie yang kecik-kecik)
Cara-cara ;-D
  1. Masukkan mentega, susu dan milo gaul rata dan tunggu hingga adunan mendidih di atas api yang kecil.
  2. Bila dah mendidih tutup api, masukkan biskut marie dan gaul sehingga biskut marie disaluti coklat dengan sempurna.
  3. Bila dah rata masukkan ke dalam plastik ataupun ke dalam loyang adunan.
  4. Sejukkan didalam peti sejuk.
  5. Bila dah keras, keluarkan dan potong sedia untuk dihidang.
Kalau nak lagi sedap, letak kacang. Mudahkan!!! Semudah memakannya... ehehehe



Chocolate Torte with Peanut Butter Ganache dari Dr. Ezani Masterchef...



CHOCOLATE TORTE WITH PEANUT BUTTER GANACHE

Bahan-bahan kek :-D
100g mentega
140g coklat hitam
6 biji telur, diasingkan putih dan kuning
140g badam kisar/serbuk badam
85g gula castor

Bahan-bahan ganache mentega kacang coklat :-D
150g coklat hitam
150ml krim memasak/krim putar
4 sudu besar mentega kacang halus
25g mentega


Cara-cara ;-D
1. Panaskan ketuhar ke suhu 170 darjah C. Sediakan tin pembakar kek “springform” berukuran 20cm. Alaskan dasarnya dengan kertas pembakar dan sapukan mentega di seluruh bahagian dalam tin.

2. Untuk menyediakan kek, pecah-pecahkan coklat hitam dan cairkan di dalam mangkuk tahan panas yang diletakkan di atas air mereneh (double boil). Tambahkan mentega dan kacau sehingga sebati. Biarkan sejuk seketika (5 minit).
3. Masukkan kuning telur dan serbuk badam ke dalam campuran coklat dan kacau sehingga sebati.
4. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga kembang sedikit (soft peak). Masukkan gula kastor dan pukul sehingga kembang sepenuhnya (stiff peak).
5. Campurkan sepertiga putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan coklat dan badam. Lebihan putih telur dikaup balikkan ke dalam adunan kek dengan perlahan-lahan.
6. Tuangkan adunan kek ke dalam tin pembakar dan bakar di dalam ketuhar selama 35-40 minit sehingga kek naik dan permukaan atasnya kering. Bahagian dalam akan masih basah lagi jika dicucuk dengan lidi, tetapi tidak mengapa. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk. Jangan risau jika kek mendap dan merekah.
7. Keluarkan kek dari tin dan tanggalkan kertas pembakar. Letakkan kek di atas pinggan hidang.
8. Sediakan ganache. Potong coklat hitam dan masukkan ke dalam mangkuk.
9. Panaskan krim di dalam periuk kecil sehingga mendidih, masukkan mentega kacang dan kacau hingga sebati.
10. Tuangkan krim yang telah dipanaskan tadi ke atas coklat, biarkan selama 5 minit, kemudian kacau sehingga ganache licin dan berkilat. Kacaukan mentega ke dalam ganache.
11. Tuangkan ganache ke atas kek. 
12. Untuk menghias kek, lebihan ganache boleh disejukkan di dalam peti sejuk sehingga keras sedikit, kemudian pukul ganache dengan pemukul elektrik sehingga gebu dan bolehlah dipaipkan bentuk rosette di atas kek.

Hari ni rasa-rasanya nak berbuka dengan Kuey Teow Hong Kong laaaa..... he hee





2 Ng0mel-ng0mel:

cira said...

pandainye kak lieya masak.. terliur bulan2 pose ni.. hihi

Lieya said...

Masak ikut buku je dek oiii... Sesape pun boleh. Ehehehe

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.