~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Yang Hidup Pasti Akan Mati

Bulan ramadan berlalu pergi dan kini syawal juga bakal meninggalkan kita. Macam-macam cerita suka duka dikongsi bersama kaum keluarga. Awal ramadan disambut dengan gembira, kemudian dipertengahan pula... kesedihan menyelubungi kaum keluarga, Pak cik ku kembali ke rahmatullah tanpa dijangka, yeee ajal dan maut tidak pernah kite ketahui... Sesungguhnya janji Allah itu benar belaka. 

Pada 6 Ogos 2012 bersamaan 17 Ramadan 1433H dan hari itu adalah hari Nuzul AlQuran, hari baik bulan baik pakcik ku Ismail Hj Sharif telah pergi buat selama-lamanya. Pergi meninggalkan seorang isteri tanpa berwaris. Tak siapa menyangka akan pemergiannya. 

Pagi pada 6 Ogos itu, pakcik ku keluar ke Hospital Sultanah Aminah untuk membuat pemeriksaan lanjut setelah 2 bulan tidak melakukannya. Sampai di Hospital arwah telah dimarahi oleh doktor kerana tidak datang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Hasil pemeriksaan, mengikut kata doktor darah pakcikku sedikit pekat, jantung dan kencing manis semua normal dan pakcik ku perlu datang kembali ke hospital pada minggu depannya untuk cek darah sekali lagi. 

Selesai mengambil ubat pakcik ku terus ke tempat kerjanya di Pekan Rabu, semasa dalam perjalanan pakcik ku sempat menelefon makcik ku untuk memberi perkhabaran hasil dari pemeriksaan doktor. "Yang... Alhamdulillah... semuanya ok, cuma kata doktor darah pekat sikit minggu depan kene datang lagi cek darah." Itulah antara ayat terakhir yang didengari oleh makcik ku dari suaminya melalui panggilan telefon lebih kurang pukul 11.30 pagi. Maha suci Allah... siapa kita untuk menghalang ketentuan yang telah Allah buat. Perancangan Allah cukup sempurna.

Pada pukul 1.30pm, aku menerima panggilan telefon dari makcik ku, mengatakan yang pakcik ku pengsan ditempat kerjanya ketika berbual dengan rakan sepejabatnya. Maka aku dan suami ku bergegas membawa makcik ku ke tempat kerja pakcik ku. Suatu kebetulan, pada hari itu suami ku hantar aku ke tempat kerja. Sampai di sana, sekujur tubuh yang kurus tinggi telah ditutupi kain putih menyambut kedatangan kami. Tiada kata yang dapat diungkapkan,  hanya air mata berjujuran jatuh ke pipi dan raungan seorang isteri di atas pemergian suaminya yang sebelum itu berbual seperti tiada apa-apa yang berlaku. Pada kebiasaannya situasi itu hanya aku tonton dikaca tv, tidak pernah aku duga keluarga kami akan diuji seperti itu. Pemergian seorang insan yang terlalu baik dengan semua orang, pertolongan yang diberi tidak pernah minta dibalas. 

Ya Allah... Engkau memberi balasan yang setimpal dengan amalannya, itu janji Mu. Engkau tarikh nafas pakcik ku dengan begitu mudah pada hari yang cukup baik dan pada bulan yang baik. Engkau pancarkan cahaya pada wajahnya disaat rohnya telah terpisah dari jasadnya. Sesungguhnya janji Mu itu benar Ya Allah. Ya Allahh... aku memohon kepada Mu, tempatkanlah arwah pakcik ku, ISMAIL BIN HJ SHARIF dikalangan orang-orang yang beriman iaitu dikalangan orang-orang yang Engkau kasihi. Aminn Ya Rabbal Alamain. 

Tinggal kenangan, Sambutan Hari Jadi Arwah bersama ahli keluarga yang lain pada hari raya haji tahun 2009.

Al-Fatihah untuk Arwah ISMAIL BIN HJ. SHARIF

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.