~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Muhammad Harith Darwisy bin Zainuddin


Semalam... aku ke hospital, melawat sepupuku Muhammad Harith Darwisy bin Zainuddin, dan semalam juga genap umur Harith 3 bulan. Masih sangat kecilkan, bayi sekecil itu telah melalui kehidupan dihospital selama beberapa minggu. Bergantung dengan bantuan pernafasan, bergantung dengan ubat-ubatan dan semalam juga doktor telah mengesahkan bahawa mereka telah habis usaha. Mesin-mesin yang digunakan adalah mesin yang paling maxima digunakan, maknanya tiada lagi mesin-mesin yang lebih canggih untuk membantu Harith. Tiada lagi ubat-ubatan yang paling power boleh diberi kepada Harith. Hanya Doa dan kuasa Allah mengiringi kesakitan yang Harith tanggung selama 3 bulan ini. 

Untuk pengetahuan semua, Muhammad Harith Darwisy dilahirkan pada 30 Julai 2012 (Isnin). Doktor mengesahkan kepada pakcik ku bahawa saluran najis Harith tidak bersambung dengan lubang duburnya dan sedikit komplikasi lain. Sejak dari itu Harith sentiasa berulang alik ke hospital. Sehinggalah pada 19 Oktober 2012 (Jumaat), Harith dibedah kerana doktor mengatakan ada ketumbuhan dalam perut Harith. 

Alhamdulillah pembedahan itu berjaya dilakukan. Selama beberapa hari di wad ICU Kanak-kanak keadaan Harith stabil. Kemudian pada petang 27 Oktober 2012 (Sabtu), Harith mula menunjukkan kesihatan yang membimbangkan sehinggalah menjelang ke 3 pagi. Degupan jantungnya tidak stabil, tekanan darah turun dan paru-parunya dijangkiti kuman. Dan doktor telah memasang mesin penggegar untuk membersihkan paru-parunya juga bermacam jenis ubat telah dimasukkan ke dalam badan Harith. 

...dan semalam, doktor sahkan Harith KOMA. Ya Allah.... Tak sanggup aku melihat keadaan Harith, apatah lagi pakcik dan makcik ku sendiri. Kau kuatkanlah hati mereka agar mereka kuat dengan ujianMu ini. Berikanlah kesabaran dan keimanan yang tinggi kepada mereka untuk menerima segalanya ketentuanMu.

Ya Allah... andai kata Muhammad Harith Darwisy belum tiba masanya kurniakanlah kesihatan kepadanya dan jika sudah sampai masa ingin kau ambil dia dari kedua ibu bapanya semula maka ambillah dia dengan tenang... Segalanya atas kekuasaanMu Ya Allahh....  

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.