~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Tiada Tajuk

Assalamualaikum... sekian lamanya aku tak meninggalkan jejak di blog sendiri. Terasa tetiba aku dah kehilangan kawan-kawan yang dulunya rajin membaca blog aku walaupun sebagai silence reader. Kenapa?? Kerana aku sendiri dah lama tidak menjadi penjejak mereka. Baru adilkan!!! Hehehee.... Tak apalah, blog ni tercetus pun hanya kerana untuk diri aku di masa akan datang dan untuk orang-orang yang dekat dengan aku. 

Sekian lama tidak menulis, maka banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup aku dan sekeliling aku. Ada sedih ada gembira, setimpal dengan kehidupan aku menjadi manusia yang biasa-biasa aje. Kalau dah jadi manusia luar biasa tu gerun pulak kang. Hahahaha.... 

Aidil Adha pun dah terlepaskan... Alhamdulillah... tahun ini ada ahli keluarga aku yang membuat qorban. Mak Ya, telah menunaikan hajat Allahyarham suaminya Ismail bin Hj Sharif, sepupuku Azura juga telah membuat perkara yang sama untuk anak-beranaknya. Syukurrrr alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. 

Ohhh sehari sebelum hari raya haji, sepupuku telah melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel lagi sihat. Gile ko tak comel!!! mana ade baby lahir yang tak comelkan. Pendek kata segala ciptaan Allah ini comel-comel belaka. Lagi berita gembirakan... dan dalam kegembiraan itu hati aku tersentap sedikit. "Alhamdulillah... Mastura dah ada baby sendiri... sedangkan aku!!!". Ayat itu bermain di kotak fikiran aku. Syukur aku cepat sedar., bahawa segalanya datang dari Allah. Allah lebih mengetahui segala-segalanya, apa yang terbaik untuk aku dan En. Hubby. Segalanya telah tersusun untuk kehidupan kami seperti mana kami dipertemukan dan disatukan dahulu. Aku redha dengan apa yang telah tertulis untuk aku.




0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.