Ini lah buah zuriat yang aku beli secara online dan ada juga yang orang bagi dan aku kirim kawan untuk beli di Mekah, Credit picca dari Mr. Google |
Ini gambar serbuk debunga kurma, ada yang aku beli dan ada yang orang bagi Credit picca dari Mr. Google |
Cara makan serbuk kurma
Amik sesudu kecil serbuk kurma dan bancuh dengan apa-apa air yang korang nak minum.
atau
Dos yang dicadangkan: 1 sudu teh yang kecil setiap hari bersamaan 1 grams serbuk debunga kurma. Campurkan dengan 1 sudu madu asli. Kacau sehingga kelihatan seperti gambar di bawah.
Waktu makan: Pagi sebelum sarapan atau malam sebelum tidur.
Untuk memudahkan pengambilan, boleh jadikannya ketul-ketulan seperti gambar dibawah. Caranya mudah sahaja. Ambil packet Streptsil yang sudah digunakan atau dibuang isinya dan jadikan ianya sebagai acuan. Kemudian campur madu asli dengan Serbuk Debunga Kurma dan gaul sehingga agak sebati. Letakkan ke dalam acuan paket strepsil tersebut.
Atau lepas gaul hingga sebati tadi, gumpal kecil-kecil jadikan bebola. Make sure boleh dapat 20 biji untuk 20 hari makan. Dos yang kami sarankan ini sebenarnya digunakan oleh penyelidik Universiti of Tikrit, Iraq.
Simpan dalam peti sejuk.
Kalau nak tambah serbuk habbatus sawda dan debunga lebah, lagi bagus. Ramai wanita Arab menambah 2 unsur ini kedalam resipi Serbuk Debunga Kurma.
Jangan lupa berdoa banyak2 & minta rezeki hanya pada Allah.
Amaran: Sesetengah orang alah atau alergi pada debunga, jika anda mengalami simptom gatal, bersin dan lain-lain, anda mungkin alah pada debunga...
![]() |
Sesudu madu Credit Picca to Mr. Google |
![]() |
Campurkan dengan sesudu serbuk degunga kurma Credit Picca to Mr. Google |
![]() |
Gaul hingga sebati Credit Picca to Mr. Google |
![]() |
Bentukkan agar mudah dimasukkan ke acuan strepsil Credit Picca to Mr. Google |
![]() |
Credit Picca to Mr. Google |
Cara-cara penyediaan Air Rebusan Buah Zuriat
Hasil selepas dibelah 2, nampak isi rong buah zuriat yang macam isi rong kelapa sawit tu??? Credit picca dari Mr. Google |
![]() |
Closed up supaya lagi terang Credit picca dari Mr. Google |
Hanya rebus isi rongnya sahaja, kulit boleh buang Credit picca dari Mr. Google |
Rebus selama 15 minit atau sehingga air bertukar warna kecoklatan.
Minum selepas air menjadi suam.
Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali:
“RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”.
Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”
Ayat 38, surah Ali-Imran.
Ganti buah zuriat ini selepas air rebusan tidak bertukar warna.
Sekali rebus biasanya aku buat 2 biji sahaja.
Minum setiap hari tak kira malam atau pun pagi.
Minum pada hari pertama korang uzur.
Selamat berusaha.. Yakin dengan usaha yang dibuat, berdoa, merendah diri serta berserah kepada Allah sepenuh hati. InsyaAllah ada rezeki untuk kita atau ada hikmah disebaliknya.
0 Ng0mel-ng0mel:
Post a Comment