~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Usaha untuk Mendapatkan Si Comel

Amboiii.... berbulan tak update ni, janji nak update tuh harikan.. isk isk iskkkk... masa tak berapa nak mengizinkan untuk aku update dengan lajunya.

Mmmm ok bermula cerita dengan usaha-usaha untuk mendapatkan si comel. Selepas tahun pertama usaha tidak berjaya, aku mula mencari pergi tempat-tempat mengurut yang orang kata bagus. Tapi takdelah banyak mana pun tempat yang aku terjah tu. Selain berurut dengan bidan kat kampung sendiri, pergi pulak ke tempat kawan En. Hubby yang katanya dah ramai yang berjaya namun untuk aku tak serasi kemudian mak mentua pulak bawak mengurut dengan bidan yang biasa dia mengurut. Semuanya hampa belaka... tidak mendatangkan hasil plus Allah masih mahu menguji dan mahu mendengar doa-doa kami suami isteri.

Usaha tidak habis di situ, aku teruskan usaha dengan meminum air rebusan buah zuriat selama 40 hari ++ bersama dengan serbuk kurma, aku pun tak berapa nak ingat exactly hari yang sepatutnya kene minum. Yeee dah orang kata minum, air rebusan buah zuriat tu so aku minum jelaaa... Suami isteri kene minum, and yes kami buat tapi biasalah kadang kala terlupa tu maka terskiplaa gamaknya. Selepas tempoh yang ditetapkan habis, kami berhenti minum, tapi hasilnya... mmmmm masih tidak ada. Kami tetap berserah kepada Allah dan redha atas ketentuannya, belum rezeki kami lagi.

Beberapa bulan berlalu bergerak dari setahun tu, setiap bulan adalah waktu yang ditunggu hasilnya. Namun segalanya adalah ketentuan yang Allah tetapkan untuk kami, kami terima dengan redha. Bersabar dan terus bersabar dan menanti. Walau selalu hati kecil ini terasa dengan cakap-cakap orang, En. Hubby selalu menasihati dan begitulah sebaliknya. Kami lalui dengan tabah... 

Kami teruskan usaha... pantang dengar ada orang kampung or kawan-kawan nak ke Mekah menunaikan umrah atau haji. Aku pasti mengirim doa, minta keizinan dari Allah memberi kami zuriat. Mengirim sedekah ke masjid pada hari penghulu segala hari, setiap minggu aku pastikan masjid yang berlainan. Tapi kadang-kadang adalah jugak masjid yang sama, dan mintak kawan-kawan tolong doakan sekali kat masjid. 

Pada penghujung bulan Januari 2013, tergerak hati aku dan En. Hubby untuk pergi buat pemeriksaan doktor. Alhamdulillah kami berdua sihat, cuma ada sedikit masalah dengan rahim aku. Doktor Rajesh dari Hospital Pakar Columbia Asia mengatakan aku mengalami rahim terbalik (rahim retroverted), namun menurut kata Dr. Rajesh bukanlah masalah besar jika mengalami masalah rahim terbalik ni, ramai je patient dia yang mengalami rahim terbalik boleh mengandung seperti biasa. Tapi Dr. Rajesh memberi aku pilihan sama ada nak biarkan atau pun membuat pembedahan untuk membetulkan kembali rahim aku pada kedudukan asal. Aku dengar saja pembedahan hati terus tidak senang memandangkan aku telah 2 kali membuat pembedahan. Tak sanggup rasanya nak mengadap pembedahan buat kali ketiga ini. Jadi jalan yang aku pilih adalah mintak Dr. Rajesh bagi aku ubat subur (clomid) dahulu dan bagi aku masa sebulan.

Selepas itu, aku dan En. Hubby balik ke kampung dan berjumpa dengan Pak Haji yang dah aku anggap seperti ayah aku sendiri untuk minta dia tengok-tengokkan keadaan aku. Pak Haji tu pesan supaya jangan buat pembedahan, berubat cara kampung dahulu. Dan kemudiannya aku berurut dengan Pak Haji untuk membetulkan kembali kedudukan rahim aku yang terbalik itu. Kesakitan untuk membetulkan kembali rahim aku tu, jangan di cakaplah... sakitnya memang tak terkata rasanya. Disamping usaha itu, aku kembali meminum air rebusan buah zuriat bermula pada hari pertama aku uzur, kali ini tiada had hari yang aku tetapkan. Tekad aku minum hingga membuahkan hasil.

Pada pertengahan bulan Mac 2013, aku membuat test UPT sendiri di rumah dan aku disahkan mengandung oleh Dr. Rajesh dan ketika itu usia kandungan aku sudah pun mencecah 6 minggu. Kegembiraan yang tidak terhingga oleh kami suami isteri setelah menunggu berita gembira ini selama 1 tahun 10 bulan. Syukurrrr alhamdulillahh... semoga kawan-kawan yang masih berusaha, teruskan usaha dan jangan mudah berputus asa. Penyusunan Allah untuk kita adalah yang terbaik untuk kehidupan kita yang tidak pernah kita ketahui.   

   

1 Ng0mel-ng0mel:

malynd_anggun said...

alhamdulillah.. congrats dear! kagum dgn usaha u..usaha tangga kejayaan! yeahh! take care!

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.