~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Kelahiran Baru Rianne Marsya B. Noorhisham

Lahirnya Rianne Marsya mungkin sebagai ganti Arwah Neneknya yang meninggal dunia sehari sebelum kelahiran baby kecil yang comel ini. Tak sempat Arwah neneknya melihat Rianne Marsya. Tapi aku rase Arwah dapat melihat Rianne Marsya dari jarak jauh, kerana setahu aku roh orang yang meninggal dunia nie masih ada dekat dengan kita. Cume kita saje yang tak nampak. Comelkan Rianne Marsya!!! Kami sekeluarga sepakat memanggil Marsya sebab ketika Arwah Neneknya masih ade, Arwah selalu memanggil panggilan ini ketika Marsya masih dalam kandungan ibunya. Hari pertama Marsya dibawa pulang dari Hospital Maunt Elizabert, Orchard Singapura. Selepas waktu maghrib hari jumaat Marsya tido dengan nyenyaknya. Tapi selepas pukul 9.00 malam Marsya asyik menangis menggegarkan seisi rumah. Sehinggakan ketibaan aku dari kampung pun disambut dengan tangisan Marsya. Zura, Sham, Pak Ngah serta Mail tidak tahu bagaimana hendak mententeramkan Marsya. Pelbagai cara dibuat, tapi Marsya masih tetap menangis dan menangis. Sampaikan ibunya juga turut menangis kerana tidak tahu apa yang sepatutnya dibuat. Mungkin perubahan persekitaran membuatkan Marsya menangis. Atauuuuu...!!!! aku sendiri pun tak tahu. Aku, Mak juga Nenek turut serta membantu Zura menenangkan Marsya. Dan kemudian hinggalah menjelang subuh, lebih kurang pukul 6.30 pagi barulah Marsya lena tidur di atas pangkuan Mak. Jadi mengantuk semua orang dibuatnya Marsya. Nasib baik Marsya mengaruk 1 hari aje, hari berikutnya Marsya tidur lena seperti biasa itu pun setelah puas kami berusaha membuat air penawar untuk Marsya kerana pada awalnya Marsya menangis seperti semalam. Kalau tidakkkk, tak tahu nak buat macam mana lagi dah. Nak ketuk pintu macam crita Ahmad Albab tu takkan lah boleh pulakkan, takkan nak letak Siti Albab atau Nur Albab kalau tibe-tibe Marsya ketawa bila pintu rumah diketuk. Hehehhh Marsya Marsya, Nek Long kate jangan jadi macam Marsya yang tergedik2 tu sudahhh... Susah nanti Ibu nak jaga Marsya...

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.