~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Ramadhan Reuni0n...

Sabtu dan ahad, aku berbuka pose bersama keluarga di kampung. Hmmm hari sabtu aku sekeluarga berbuka pose di luar. Makan fastfood jerk, KFC makanan kegemaran ahli keluarga aku. Aku pun pelik macam-manalah family aku nie bleh suka sangat makan ayam goreng KFC. Nak kata sedap, takdelah sesedap mana pun. Bukan aku tak makan langsung, tapi takdelah macam ahli keluarga aku yang lain nie. Boleh dikatakan setiap bulan mesti nak makan KFC or Mc-Donald. Pantang ade menu baru pasti melonjak-lonjak masing-masing nak pegi KFC nie mencuba menu baru. Hehehehehhh aku plak, tak kisah sangat ngan mende2 macam nie. Kalau ade aku makan, takde aku tak kisah. Pelik!!!! Antara aku ngan ahli keluarga yang ada nie memang tak same citerasa. Banyak mende yang dimakan oleh keluarga aku, aku tak makan or tak berapa nak makan. Begitulah sebaliknya. Hari sabtu tu aku dan keluarga berbuka pose kat KFC Tampoi Indah. Tak ramai yang berbuka puasa di KFC nie. Yelah bulan pose, jarang orang nak makan fastfood. Sesekali boleh ler... Dan yang meri0hkan suasana KFC nie datangnya dari keluarga aku juga. Mana taknya, Khalisa sepupu aku yang kecik nie dok sibuk bace doa makan. Sedangkan blom lagi masuk waktu berbuka pose. Dah 3 tahun tapi bercakap pelat sungguh. Hehehehheee semua yang ade kat KFC tu gelak tengokkan reaksi sepupu aku yang sowang nie. Tak lama lagi dah taklehlah nak manja2 ngan ayah and ibu, sebab dah nak dapat adik baru 16 october nie.
Hmmm semalam pulak ari ahad, aku dan keluarga berbuka pose kat umah nenek je. Aku wat roti prata 5 kilo. Fuhhh naik lengoh tangan aku nak mengulinya. Wat banyak sebab nak diantar ke umah sepupu aku di Singapura and nak antar ke masjid depan uma nenek juga jiran terdekat. Lepas siap semua, aku masuk Singapura plak. Kali nie aku pegi naik motor je, tak kuasa nak nak naik kete. Jadi minah rempit jap. Hahahaha tapi malang sungguh sebab time balik jem gile kat Imegresen Singapura. Perghhhh setengah jam aku beratur menunggu giliran tiba. Nasib baik semalam tak panas terik. Kalau tak masak ranum aku kat imigresen tu, dah le kene tolak motor tu. Dan nasib baik gak aku sempat berbuka pose kat umah nenek. Hmmm sampai je kat uma nenek, macam2 hidangan dah sedia menunggu. Roti prata, nasi ambeng Singapura, nasi berlauk, segala macam kuih-muih, mee kari, mee goreng, kebab dan entah ape2 lagi makanan yang tak larat aku nak jamah. Begitu jugak dengan air yang pelbagai, nak minum apa pun aku fenin. Hehehehehh. Hahhh tak dilupa tamar mude dari Singapura, ehhh buah kurma daaaa. Hmmm sedap juga, tapi untuk orang yang bergigi jelah. Orang yang tak bergigi macam abah aku takleh lah nak makan, sebab mudakan so gigi kene kuat dan sihat...hehehehh.

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.