~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

MAUTTTT......!!!!

Sabtu lepas aku dan M.Ya menuju ke Tebrau City semata2 untuk menonton filem MAUT arahan BADE. Tengok dia punye gazet cam best gilerkannn.. tu yg semangat nak tengok. Selepas collect tiket sbb aku book tiket dulu... takut tiket habiss daaaa... Lepas collect tiket tu kan aku dan M.Ya pun merayau ke JJ sementara menunggu waktu tayangan.

Tepat jam 3.25pm aku pun membeli popcorn dan air untuk mengeyangkan perut memasing walaupun kite orang dah makan tengahari. Hehehehe... Lepas tu bile time nak masuk panggung aku terus cari tiket yg aku simpan. Cari punye cari tiket tetap takde. Iskkk sekejapan tiket yg aku pegang tu boleh ilang, sbb sebelum aku membeli popcorn aku ade memegang tiket tu. Lepas puas aku ngan M.Ya mencari ke hulu ke hilir M.Ya pun cakap maybe dah termasuk dalam tong sampah. Aku terus ckp ngan M.Ya tak mungkinlah sbb aku takde buang ape2 . Lepas tu aku terus berpusing dan tibe2 ade satu Aci nie dok menyapu2 depan aku. Aku pun terus pandang penyodok sampah yg Aci tu bawak dan terus membelek kot2 ade tiket aku kat dalam tu.

Lepas tu mate aku terus tertumpu pd satu kertas yg bertulis dan ternampak ade label H15 menandakan tempat duduk di dalam panggung wayang. Aku pun terus membongkok dan mengambil tiket tu. Sahhh memang betul tiket tu dah masuk dalam penyodok sampah. Aku ngan M.Ya pun terus tergelak besar, sbb kami memasing berasa sangatttt la pelik bile mase Aci tu menyapu kat kawasan panggung tu dan bile mase pulak dia ade dibelakang aku sebaik saje M.Ya mengatakan yg tiket tu mungkin dah masuk dlm tong sampah.

Aci tu pun sengih sambil berkate, "Itu awak punye tiket ke???".

Aku cume mengangguk dan tersenyum melihat Aci tu...

Lepas tu aku ngan M.Ya sambil tergelak2 terus masuk ke panggung wayang dan terus menonton filem Maut tu. Mmmm untuk pengetahuan kowang jalan cerita filem nie memberi gambaran tentang pembalasan yg Allah janjikan. Terdapat 3 cerita pendek yg yang masing-masing berlaku daripada bulan Sya'ban, Ramadhan dan Syawal.

Pendokong watak utama setiap cerita ialah Liyana Jasmay (Sue) sebagai seorang pelajar telah dihantui oleh roh seorang remaja yg mati dirogol. Cerita ke-2 pula dilakonkan oleh Sabrina Hassan (Farah) sebagai seorang pramugari yg bermimpi rambutnya dijilat api 'neraka', memakan daging busuk , dipatuk ular yang sangat besar serta minum lahar panas menggelegak, gara-gara dia suka meneguk arak. Manakala cerita ke-3 pula dilakonkan oleh Q Haidar (JJ) yg menidakkan kesahihan Al-Quran) dan rakan-rakan black metalnya.

Fuhhhh insaf tengok cite nie. Mase aku tengok tu pun memasing kusyuk menonton, masing2 menghayati. So pade sesape yg berminat nak tengok p lah kowang tengok.

1 Ng0mel-ng0mel:

Umie said...

hahahaha.. aku dapat bayangkan scene ko tunduk amik tiket dalam penyodok sampah tu!!! i swear,kisah ko nie mmg lawak!!!

hahahahahahhaha

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.