~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Hantu Bungkus Part 2

Okey wahai kengkawan sekalian inilah sambungannye ye... selamat membace...

....masing2 pun mengatur langkah yg amat canggung aku rasekan sehinggakan aku terlupa pd arwah adik aku yg tertinggal ditempat duduk belakang yg aku bonceng. Setelah setengah jalan kami berlari aku berhenti krn teringatkan arwah adik aku yg tertinggal dibelakang, dan aku paksa sepupu aku mengikut aku mengambil adik aku yg tertinggal ditempat dimana adenya hantu bungkus itu dan kami teruskan berlari sekuat hati sehinggalah kami sampai ke rumah nenek sedara kami, iaitu tempat kami mengaji...

...Sesampai dirumah nenek sedara aku, semua orang didalam rumah tu jadi gempar dgn telatah kami yg lari lintang pukang sambil menjerit2 menangis ketakutan. Yuiiii kalau korang pun mesti macam tu kannnn!!! Nenek sedara aku terus bertanye ape dah jadi pada kami semua, dalam pada nangis2 tu dengan nafas yg tersekat2 krn jantung berlari laju aku pun menceritakan detik mengerikan yg kami lalui semasa dalam perjalanan pulang. Kemudian nenek sedara aku dgn beraninya mengajak kami semua ke tempat kejadian. Dengan perasaan takut kami pun mengikut kehendak nenek sedara kami tu. Sampai jerk kat tempat kejadian, hantu bungkus yg kami jumpe tu dak takde, yg tinggal hanyelah basikal kite orang yg tonggang langgang. Tak lame kemudian kami di hantar balik oleh pakcik aku ke rumah masing2.

Keesokan harinya, pagi2 lagi aku sekeluarga digemparkan dengan berita nenek sedara aku berjaya menangkap hantu bungkus yg menakut2kan kami... Nenek sedara aku berjaya menangkap hantu bungkus itu semasa hendak sembahyang subuh. Hantu Bungkus aka M.A.N.S.U.R itulah name bapak sedara aku yg berjaya menakut2kan aku dan sepupu2 aku malam itu. Kuang hajooo punye bapak sedara, bagi darah aku kering kontang jerkkkk... Citernya semasa nenek aku nak sembahyang subuh, dia mencari telekungnya diserata tempat hinggalah nenek aku jumpe telekung tu kat bilik pakcik aku nie. Selepas disoal siasat akhirnya pakcik aku nie mengaku yg dia lah punye angkara yg telah menakut2kan aku dan juga sepupu2 aku malam tu. Patutlah puas dibace segala ayat, hantu bungkus tu tak hilang2, rupe2nye manusia yg berlakon menjadi hantu. Memang hantulah pakcik haku tu sbb dah berjaya menakut2kan aku dan sepupu aku yg lain...

Ok dah habess pun citernyeee....

2 Ng0mel-ng0mel:

pEts LovEr.. said...

hahaaa..nanti aku suh david teo amik pkcik ko blakon dlm filem tbaru dier ek..

nURmALa mAZLan said...

wakakakakakaka
wakakakakakakaka
kelakar la..nenek cari telekung x jumpa. rupanyer hantu bungkus curi

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.